Bongkar potensi diri part 1

Bukan mudah jadi saya (Alongxp) ni… dia seorang yang banyak pengalaman, sebab tulah namaya ada XP, singkatan dari eXPerience. Jadi bila dah banyak pengalaman, banyaklah panduan. bila banyak panduan, agak susah nak predict dia ni macam mana, so bila susah nak predict, susahlah nak bongkar potensi diri dia.

alongxp

Bukan sorang dua counselor cuba nak ‘korek’ personaliti dan potensi diri alongxp ni. di ‘haha’ kannye aje. dah la benda yang general je diorang dapat korek, banyak pulak tu yang salah. Continue reading

Fakta tentang blog alongxp.com

Ini adalah satu entri yang menekankan berkenaan fakta tentang blog alongxp.com yang patut anda tahu.

fakta tentang blog alongxp.com

Fakta tentang blog alongxp.com #1

Satu blog peribadi yang secara asasnya berkongsikan hal berkaitan dengan teknologi

Secaara khususnya blog ini adalah blog yang berkongsi fakta tentang teknologi.

Berkongsi bagaimana menggunakan teknologi terutama sekali teknologi ICT

Berkongsi apa yang anda perlu tahu mengenai teknologi, terutama sekali teknologi ICT dari dulu hingga kini. Continue reading

#lynkbloggerdinner menyesal

ni cerita hari jumaat yang lepas, bila mana saya turut dijemput ke satu event blogger yang saya kira agak mewah juga la walaupun di hotel 4 bintang iaitu #lynkbloggerdinner. Saya tak banyak pergi event blogger, tapi bukan tak pernah langsung, biasanya di cafe-cafe, dewan… tapi kali ni di hotel dan yang pastinya event #lynkbloggerdinner ni macam menampar muka saya yang tengah mamai dan itu seterusnya membuat saya menyesal.

Maknanya, lynk.my atau hexa cooperation mampu membuat event yang best untuk blogger juga la… dengan jumlah penaja yang saya boleh kata ramai, untuk event kali pertama, dengan menampilkan sharifah syahirah sebagai host event tu. Ko rasa biasa ke?

Habis tu kenapa saya menyesal? Ok, yang tu cerita kejap lagi… saya cerita step by step perjalanan saya nak ke event tu dari banting, selangor nak ke KL. Tak lah jauh sangat kalau tengok kat google map atau waze, cuba buat sendiri tengok… nangis ke tak hahahaha

Pukul 1700 waktu punch card tu, saya dengan pantas memecah kebuntuan office dengan menghasilkan bunyi dari punch card yang menumbuk kad saya. Tercengang bila mereka tengok saya orang pertama punch balik pukul 5, sebab saya selalunya balik lewat.

Berlari dari office menuju ke parking kereta tempat saya menyimpan lamborghini elemento saya.

lamborghini elementoGambar sekadar angan-angan

Continue reading

Hasil carian :

Kenapa tak guna Power Bank je?

Kenapa tak guna Power Bank je? tulah soalan yang nak saya tujukan kepada gadis comel beberapa hari lepas lepas saya tegur dia pasal dia hidupkan enjin kereta myvi putih dia  semasa berniaga di car boot sales.

guna power bankOk, dia kata tu 1st time dan 1st day dia masuk car boot sale, tapi come on lah dik oi, tak kan korang tak ada common sense kot? kita berniaga di belakang kereta kita, sebab tu nama dia car boot sale, bukak bonet belakang kereta, berniaga.

Eksos kereta pun kat belakang kereta, bila kau hidupkan enjin kereta, pastinya sisa pembakaran enjin akan keluar dari ekzos tu. Dan orang yang akan menyedutnya adalah kau dan paling utama yang sebelah menyebelah kau.

Bila aku tegur… “tak perlu la kot start enjin, kita sama-sama jual makanan kat belakang ni” dia jawab “diorang tengah cas telefon” lagi la rasa macam tak logik.

Kalau dah tau korang ni jenis ngadap telefon je kerjanya, kenapa tak guna power bank? Tak kan tak ada power bank kot.

Kalau tak ada, belilah sorang satu, bukan mahal sangat pun, tak sampai RM50. Ni model power bank saya. Continue reading

Hasil carian :