apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan

terfikir nak buat entri apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan ni bila teringat kat adik saya seronok ngan blog dia yang dapat beberapa ratus pageviews dalam masa sebulan. Ok la tu kot… wlaupun pageviews die sebulan tu sama dengan saya sehari hehehehe.

Jadi saya nak kongsikan lah sikit sedikit tips untuk blogger baru, apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan bila dah buat blog. Blogger lama pon tak salah nak guna tips ni.

Walaupun saya ni takla sehebat dan sepopular ben ashaari, abang ensem, broframestone, hasrul hassan, ammar, obefien dan lain-lain, tapi saya mula berblogging tahun 2006, jadi dah berapa tahun? kira sendiri la ye… ehehehehe…

Jadi sejak dari tu, macam-macam pengalaman saya dah kaut berkaitan dengan blogging.

Ok,cukup dengan pengenalan… kita fokus dengan tajuk kita,apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan blogging.

Kenapa perlu tahu apa yang blogger batu perlu buat untuk permulaan blogging ni? Sebab untuk dapatkan trafik,dapatkan idea untuk update blog,untuk dapatkan bahan,untuk belajar cara yang betul atau cara yang berkesan untuk menulis blog,untuk cari kelemahan kita supaya boleh diperbaiki akan datang,untuk cari contoh dan idea untuk menghias blog,cara untuk melindungi blog dan baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi.

Memula sekali,buat akaun media sosial di laman-laman media sosial macam facebook,twitter,instagram,google plus dan banyak lagilah. Pastikan profile name atau handle media sosial tu ada kaitan antara satu sama lain, maknanya bila orang tengok nama tu,orang tau itu adalah anda. Anda adalah profile2 tu.

blogger baru - social media

Bila dah buat akaun media sosial tu,tambah rakan2 blogger. Contohnya macam kat fb,cari group2 blogger selalu ping blog, join group blogger di facebook tu,add blogger2 yang selalu ping blog tu.gunakan kotak search kat atas tu
Macam tu jugak dimedia sosial yang lain cam twitter,google plus,instagram dan lain2… setiap laman media sosial ada kotak search, gunakan,search keyword blog atau blogger atau blogging. Add mereka,follow mereka.

Lepastu apa?apa lagi yang perlu blogger baru buat sebagai permulaan? Bila dah add,follow tu,rajin2lah bertegur sapa,nak start dulu boleh,nak menyampuk pon boleh… pandai2 lah… rajin2 blogwalking ke blog diorang. Komen kat blog diorang.

Apa itu blogwalking? Kenapa nak kena blogwalking? Perlu ke blogwalking?

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,364,821)

 Apa itu blogwalking?

blogger baru blogwalking

Blogwalking adalah satu aktiviti yang takde kena mengena dengan senaman fizikal seperti berjalan-jalan ditaman bunga. Blogwalking adalah satu aktiviti yang amat digalakkan untuk dilakukan oleh semua blogger terutama blogger baru. Blogwalking dilakukan dengan melawat dari satu blog ke satu blog yang lain. Dan biasanya blogger akan meninggalkan komen siap ngan link blog skali. Tapi ada sesetengah blogger penyayang macam saya ( :p ) akan pasang plugin atau masukkan skrip macam ni kat blog diorang yang akan membuatkan entri blog pemberi komen akan terpapar bila komen dipublish.

commentluv

Kenapa nak kena blogwalking? Perlu ke blogwalking?

sebab kita budak baru belajar, even dah lama sekalipun, proses belajar takkan pernah habis, bila kita blogwalking, selain kita meninggalkan link di laman (blog) lain yang akan meningkatkan rank di alexa dan membantu dalam penambahbaikan dalam SEO, kita juga secara tak langsung akan menambah pengetahuan dari entri blogger lain dan dekorasi, customization dan elemen-elemen lain mungkin perlu dalam blog kita.

Selain tu jugak, kita boleh menambahkan bilangan blog yang boleh kita lawat, semakin banyak blog kita singgah,komen dan tinggalkan link blog kita, semakin blog kita dikenali, bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, makin banyaklah yang kita akan belajar dan baiki.

Apa yang perlu blogger baru buat untuk permulaan dan apa perlunya blogwalking? Bila blogwalking, kita juga ada peluang untuk join contest,giveaway dan segmen yang blogger-blogger lain anjurkan. Benda-benda ni akan memperkenalkan blog anda dan mungkin akan dapat ganjaran… hehehehe.

Selain dari blog walking, apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan, cari peluang untuk bersemuka secara real dengan rakan-rakan blogger. ini banyak membantu dari banyak sudut, jumpa secara real akan membuatkan kita lebih ingat blog diorang dan apa kepakaran diorang.

well… saya rasa tu je dulu untuk kali ni… insyaAllah saya akan tambah tips blogging dan apa yang blogger baru perlu buat pada masa akan datang. Iklan? saya cadangkan tunggu dulu, pastikan setiap hari ada trafik masuk dan keluar baru kita cerita pasal iklan ok? jumpa lagi.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,884 times, 5,364,821)

Hasil carian :

(Visited 345 times, 5,364,821)

11 thoughts on “apa yang blogger baru perlu buat untuk permulaan

  1. Thanx atas nasihat yang diberi saya harap dapat menggunakan ilmu yang tuan curahkan dengan sebaik mungkin….harap dapat mendorong saya dalam bidang penulisan blog ini..#budakbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge