Gasket head terbakar, hari raya dah dekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca alongxp.com. Yup, itulah yang terjadi, gasket head terbakar dikala hari raya dah dekat.

Kali terakhir saya rasa nak menangis sangat bila mengenangkan raya dah dekat adalah pada tahun 2009. Siapa yang kenal saya dengan sangat rapat, dia tahu lah kenapa.

Tapi selepas 7 tahun, sekali lagi saya nak menangis bila mengenangkan gasket head terbakar.

Ok, ni cerita pasal enjin kereta la, kot sape yang tak faham hujung pangkal amende gasket head tu kan? Gasket head ni kira macam pelapik yang sangat penting antara head dan block macam ditunjukkan dalam rajah kat bawah ni.

gasket headSebagai seorang juruteknik komputer, saya tak tahu fungsi gasket head ni yang sebenar-benarnya. Saya cuma tahu, antara simptom gasket head terbakar adalah termperature akan rajin naik.

Tapi hasil bacaan saya dan lepas berbual dengan sorang jiran yang pernah kerja sebagai foreman atau mekanik, ada beberapa akibat yang akan berlaku. Continue reading

Hasil carian :

Cabaran bulan puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog alongxp.com, berbulan gak tak update. Siap Aretikz perli kata lama tak update ha… ni nak cerita pasal Cabaran bulan puasa.

cabaran bulan puasasumber gambar

Bukan suka-suka tak nak update blog ni, tapi terlampau sibuk dengan tugas hakiki, lepas tu pulak, bulan puasa ni ada satu job yang saya perlu siapkan dalam minggu ni jugak, iaitu tugas yang tak pernah saya buat secara rasmi iaitu programming php dan mysql.

Walaupun saya agak selalu amek job buat blog dan laman web, customize blog dan yang sama waktu dengannya, tapi buat laman web php dan mysql dari scratch kata orang, ni pertama kali la.

Apa yang buatkan ianya jadi satu cabaran bulan puasa adalah sebab biasanya bila saya mengahadap benda yang memerlukan tumpuan yang tinggi ni, saya akan berasap, tapi disebabkan bulan puasa, tak kan nak berasap siang-siang lak kan?

Walaupun saya ada ruang peribadi kat tempat kerja, tapi yang maha berkuasa tu nampak je kita buat apa kan?

Well… kali ni tak boleh nak cerita panjang, nak sambung balik buat programming php dan mysql tu.

Jumpa lagi

Hasil carian :