Kalau pakai linux, hacker lettew

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? adakah korang pun jenis manusia yang “kalau pakai linux, hacker la orang tu”?

Ceritanya bila sorang ahli group telegram geekers ber’pm’ dengan saya. Dan dia ingat saya ni hacker sebab saya pakai linux.

Mungkin pada dia, kalau pakai linux, hacker lah manusia tu.

pakai linux hacker

Dan macam saya jawab, tak semestinya orang yang pakai linux tu hacker. Continue reading

Hasil carian :

Duit mobicow dah masuk untuk kali ke 10

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com. Yes, duit mobicow dah masuk untuk kali ke 10 (kalau saya tak salah kira). Agak-agak kalau orang search duit br1m dah masuk ke belum jumpa tak entri ni? hehehehe

duit mobicow dah masuk

Alhamdulillah, dah 5 bulan berturut-turut berjaya cash out (secara automatik) mobicow ni, dan syukur pendapatan dari mobicow ni dah mampu untuk menampung 2 server saya (siap ada balance lagi).

Kiranya usaha berblogging selama betahun-tahun tak sia-sia lah, Ooops, kantoi bukan blogger newbie hahahahaha. Continue reading

Hasil carian :

Pesanan kepada budak-budak sekolah

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog alongxp.com. Hari ini saya ada pesanan kepada budak-budak sekolah.

Masa terdetik nak tulis entri pesanan kepada budak-budak sekolah ni, jam menunjukkan pukul 01:33 pagi, saya tengah menaip entri lain, tiba-tiba haus, bangun dari kerusi, pergi ke peti ais untuk minum, terlihat anak-anak saya.

Masa tu lah terdetik nak pesan kepada anak-anak saya sekaligus ianya menjadi pesanan kepada budak-budak sekolah yang lain.

Saya nyatakan disini kepada budak-budak sekolah, bukan anak-anak muda.

Target saya adalah mereka yang masih bersekolah, dari 5 tahun hingga 17 tahun.

Jadi pesanan ini adalah untuk semua budak sekolah terutama anak-anak saya.

Antara pesanan saya:

Masa di sekolah rendah ni, belajar betul-betul, dapatkan ilmu sebanyak mungkin, kalau ada ujian atau peperiksaan, dapatkan markah yang paling tinggi.

Bukan markah tu sasaran utama, tapi markah tu adalah kayu pengukur pencapaian anak-anak terhadap apa yang anda belajar, kalau 100%, maka anak-anak dah dapat cukup banyak.

Sertai segala aktiviti sekolah, sukan, kelab, permainan, badan beruniform dan segala apa yang ada.

Masa di sekolah menengah pun sama, jangan berhenti belajar, jangan main-main, belajar bersungguh-sungguh.

Jangan nak sibuk nak cari girlfriend la boyfriend la, pakwe makwe, awek balak, cikaro crush sebagainya

Sebab apa saya beri pesanan kepada budak-budak sekolah macam ni?

Masa depan kamu semua bergantung kepada kamu semua, ilmu adalah segala-galanya.

Hari ni mungkin ibu bapa kamu mampu memberi kamu makan, tapi akan datang, kita tak tahu, mungkin ekonomi makin teruk? kita tak tahu

Walaupun kamu hebat dalam pelajaran, belum tentu satu hari nanti kewangan kamu dan keluarga kamu mampu untuk menampung pelajaran kamu.

Pemberi pinjaman pelajaran pun dah mengejar para peminjam, tahukah apa tandanya itu?

Kita tak tahu masa depan negara kita, dengan segala ilmu yang kamu dah belajar, kamu mampu untuk mengembangkan ilmu tu sendiri melalui banyak cara, lebih banyak ilmu yang anda tuntut, lebih mudah untuk kamu mengembangkan dan menggunakan ilmu tu.

Mungkin rezeki kamu jadi artis, jadi ahli sukan, jadi apa sekalipun, maknanya kamu mungkin dapat kerjaya yang hebat.

Tapi dengan asas ilmu yang kukuh, kamu juga mampu mencipta masa depan yang lebih kukuh.

Jangan ingat upsr ke pt3 ke spm atau segala ujian dan peperiksaan yang ada tu benda ringan, ingat…. itu mungkin jadi kayu pengukur atau itu boleh jadi satu batu loncatan atau satu kayu sakti yang mengubah masa depan kamu.

Jadi, jangan memandang rendah pelajaran masa sekolah.

Tumpukan pada pelajaran. Itu masa depan kamu

Hasil carian :

Petua menghilangkan bau badan

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com. Apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan satu petua iaitu petua menghilangkan bau badan.

Petua menghilangkan bau badan

Petua menghilangkan bau badan yang saya nak kongsikan ni sesuai sangat untuk mereka yang menganggur atau sering di reject sebab masalah bau badan.

menghilangkan bau badan

Petua menghilangkan bau badan adalah satu petua yang biasa, tapi apa yang jadi luar biasa adalah bila petua menghilangkan bau badan ni menggunakan kangkung.

Haaa… mesti korang tak pernah jumpa kan? Biasa korang dengar atau baca petua menghilangkan bau badan adalah dengan menggunakan limau, tak kira lah limau nipis, limau purut, limau sunkist, limau bali atau limau mandarin sekalipun.
Continue reading

Hasil carian :