Kenapa laptop jadi panas?

Saya baru lepas servis kipas laptop sorang makcik ni, atau lebih tepat lagi servis sistem pengudaraan untuk pemproses laptop tu. Dan itu yang buat saya nak share sebab kenapa laptop jadi panas dan tips untuk mengurangkan sebab laptop jadi panas.

Punca yang buatkan saya servis laptop makcik tu adalah sebab dia tunjuk error yang selalu muncul bila dia on laptop.

laptop jadi panas sebab kipas tak pusing

Jadi saya pun menawarkan perkhidmatan untuk membersihkan sistem pengudaraan laptop dia, tapi bukan la free, kawan-kawan memang la kawan-kawan, tapi masa tu emas beb, kalau saya mintak emas, tak ke parak? hehehe.

Lagipun, cukup stress nak meleraikan dan memasang balik laptop hp makcik nih. lain macam betul sistem connector dia ni.

Saya pun cubalah bersihkan sistem pengudaraan laptop dia, dengan harapan lepas ni laptop dia dah tak panas lagi dah.

Tapi dalam pada masa yang sama, semalam, sebelum saya ambil laptop makcik ni, ada sorang lagi makcik ni, masalah laptop dia lain, keyboard dah tak berfungsi yang mana saya tak dapat nak menyelesaikan masalah tu melainkan mengesyorkan dia beli jela external keyboard, sebab penyelesaian tu jauh lebih murah.

Masa saya dok belek laptop makcik yang keyboard laptop dia rosak tu, saya cuba menaip apa semua kat laptop dia, terdetik dalam hati saya “mak oi, panasnya laptop makcik ni”.

laptop jadi panas

Lepas tu saya membebel la kat makcik ni, saya cakap la, letak la ruang yang lebih besar antara bawah laptop tu dengan permukaan meja, supaya lebih banyak udara keluar masuk, sambil saya angkat laptop dia (nak tunjuk demo cara yang betul).

Sekali tengok, siap basah bawah laptop dia, makin panjang la khutbah saya seru kat telinga makcik tu.

Kenapa laptop jadi panas?

Kebanyakkan masalah laptop jadi panas ni dialami oleh kaum perempuan, tak kurang juga yang lelaki, tapi perempuan lebih ramai memonopoli acara laptop jadi panas ni.

Sebab apa? sebab perempuan ni lebih perasaan kasih saya, sampaikan laptop pun dia nak belai manja macam kucing yang akhirnya membawa kepada padah.

Contoh kasih saya yang buat laptop jadi panas adalah: Continue reading

Hasil carian :

Isu vape meletup masa digunakan

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca.isu vape meletup masa digunakan ni satu lagi isu yang dah lapuk tapi saya rasa saya perlu ulas selepas isu makan dalam pampers.

vape meletupsumber gambar

Apa yang buat saya rasa nak ulas pasal isu vape meletup masa digunakan adalah bila saya tengok sorang kawan blogger(tak pasti jika dia masih menulis blog) kongsikan tweet pasal hanphone meletup masa cas. Continue reading

Hasil carian :

Kuasa Pulut (The power of Pulut)

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca. Tajuk kita hari ini adalah, kuasa Pulut atau The power of pulut.

Kuasa Pulut ni bukanlah satu cerita dongeng macam kisah pak pandir, atau kisah si luncai dengan labu-labunya. Kuasa pulut ni satu entri pasal apa yang saya nampak dan fikir tentang pulut. Kuasa tu saya tambah je kasi macam power sikit bunyinya.

Tergatalnya jari ni untuk menaip kisah kuasa pulut bila pagi ni isteri saya masak bubur putih merah.

kuasa pulut bubur putih merahMalam tadi saya tanya dengan wife saya, pulut ada ke tak? Dia kata ada sebab nak masak bubur putih merah.

Saya pelik la kenapa tiba-tiba dia nak masak bubur putih merah ni. Sebab memang tradisi keluarga mertua saya, bila birthday atau ada apa-apa kesyukuran, diorang akan masak bubur putih merah.

Saya dah risau, takut saya lupa birthday anak saya ke, birthday wife saya atau ada tarikh penting yang saya lupa.

Jadi saya tanya la kenapa buat bubur putih merah ni? dia kata sempena dah sunatkan anak perempuan saya.

Owh… patutla. Continue reading

Hasil carian :

Kenapa ambulans lambat sampai?

Tertarik dengan pos yeop maz pasal kenapa ambulans lambat sampai, yang diambil dari Penolong Pegawai Perubatan, saya rasa saya nak ulas sedikit pasal isu kenapa ambulans lambat sampai dari sudut pandangan mata saya sebagai orang awam.

Saya teringat dalam cerita 3 idiots, mak kawan si watak utama ni cakap, kat negara ni, pizza boleh sampai dalam masa 30 minit, tapi ambulans?

ambulans lambat

Kalau kat malaysia pulak, ramai orang merungut yang ambulans selain kkm macam jpam ke st.john ambulance ke lebih cepat berbanding ambulans kkm.

sikap rakyat malaysia sendiri yang kurang peka dan kurang tindakan spontan dan refleks.

Tak rasa benda tu ada diajar dalam modul pembelajaran masa ambil lesen memandu. Ada ke masa korang belajar memandu, diorang bagitahu secara detail apa yang korang nak kena buat, apa yang boleh korang buat?

Rasanya tak ada kan? diorang mungkin ada bagi tahu suruh beri laluan, tapi tak beritahu secara detail macam mana nak bagi laluan tu, diorang anggap korang ni sangatlah bijak sana, bijak sini. So sape yang salah? hahahaha.

Ok, macam saya cakap tadi la e? ni pandangan saya sebagai orang awam, kalau baca nombor 1 sampai nombor 4 dalam entri kenapa ambulans lambat sampai kat blog yeop maz tu, kesimpulannya adalah pengguna tak memberi maklumat penyakit dan lokasi yang tepat kepada pihak… KKM agaknya.

Ambulans lambat sampai kerana pemanggil sendiri

ambulans lambat sampai

Persoalan yang timbul dalam fikiran saya adalah, kenapa tak hebahkan cara yang betul? kita tengok iklan yang pada saya tak sepenting pendedahan pasal benda ni, macam iklan barang 1 malaysia la, iklan br1m la, padahal pada saya, iklan atau informasi tentang langkah yang perlu dilakukan bila ada kecemasan tu lagi penting.

Ni pandangan saya ye, buatla iklan dalam 2 versi, 1 bentuk animasi dan satu lagi lakonan semula(maksudnya bukan animasi la).

Kenapa nak ada 2 versi?

  1. Versi animasi untuk ditonton oleh kanak-kanak, nak lagi best, negara kita ada 2 animasi yang tengah top, upin dan ipin dengan boboiboy, suruh budak-budak tu berlakon, kononnya opah atau tuk abah sakit, atau terjumpa orang eksiden ke apa, apa nak buat?

Benda ni nampak simple je, faedahnya? Kalau andai kata la satu hari, mak atau ayah kita datang rumah kita, nak bercuti kat rumah anak cucu seminggu katanya, tapi kita kerja dan tinggalkan anak kita yang umur 5 tahun dengan atuknya kat rumah.

Nak dijadikan cerita, tetiba mak atau ayah kita sakit jantung ke sakit ke ape ke, orang yang boleh call 999 masa tu hanyalah anak kita yang berumur 5 tahun.

Kalau hari-hari anak kita tengok iklan upin ipin atau boboiboy telefon ambulans, takla panjang cerita operator yang jawab tu, senang cerita, senang banyak lah untuk masa akan datang.

Setuju tak dengan cadangan saya tu?

2.  Versi lakonan semula tu untuk tatapan orang dewasa la… kan mentaliti orang kita ni, tengok kartun tu kan budak-budak je.

Jadi kalau ada iklan ni, otak kita tak dilatih, ” bila call 999, sedia nak bagi tahu apa, apa, apa, apa dan apa “

Bila tengah panik, tambah-tambah orang yang kita sayang, nampak macam dah nak mati, kita akan panik, banyak benda kita boleh lupa.

Tapi kalau ada iklan yang sentiasa ditayangkan sampai nak muntah asyik tengok, benda tu dah jadi satu mainan dalam kepala, jadi akan mengurangkan lembab otak nak fikir masa panik.

Tidakkah itu akan memendekkan masa perbualan dan memudahkan semua pihak?

Bab “M-kad” tu, saya tertanya tanya, itu je ke yang pilihan yang ada? Bab yang ni banyak saya nak ulas sebenarnya, tapi biarlah jadi tanda tanya kat korang. hehehehe.

ambulans lambat sampai akibat sikap pengguna jalan raya yang lain

Ok, yang ni memang saya tak nafikan. Tambah-tambah dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat ditambah pemandu yang tahu bawak kereta tapi tak cekap.

Masa saya belajar memandu dulu, jurulatih memandu saya ada cakap, kalau nak tahu kereta kita ditengah-tengah lorong adalah dengan tengok line jalan. Kalau line tu di bucu cermin depan, maknanya kereta kita ditengah-tengah lorong

kereta tengah lorong

Contoh berdasarkan ilustrasi kat atas tu, itu adalah pandangan dari dalam kereta kita bila kita memandu, yang hitam tu adalah body kereta kita, yang kelabu tu cermin depan kereta dan garisan putih tu adalah garisan jalan raya.

bila kita nampak macam tu, maknanya kereta kita ditengah-tengah lorong yang kita pandu.

Bila ambulan lalu, kalau kita dilorong kanan, kita boleh himpit ke tepi jalan sehingga sampai mencecah wiper bahagian pemandu.

Dan pemandu lorong kiri boleh naik ke bahu jalan atau sekurang kurangnya hingga mencecah wiper bahagian pemandu.

Dan macam saya cakap di awal entri ni tadi, masa kita belajar memandu dulu, ada ke jurulatih memandu ajar macam mana nak beri laluan kat ambulans?

Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah pemandu yang ‘tuli’, bunyi siren ambulans tu cukup kuat, setakat 100 meter tu rasanya boleh dengar lagi, tapi spesis ni tak reti gak nak berhenti.

Mengikut SOP, ambulans tidak di benarkan melanggar lampu isyarat

ok, kenyataan nombor 12 ni yang ni pelik… kalau tak boleh langgar lampu isyarat, macam mana nak cepat? terutama kawasan bandar yang lampu trafik ni macam bertih jagung?

Korang pon mesti baru tahu pasal ni kan?

Kesimpulan dari entri kenapa ambulans lambat sampai di blog yeop maz, apa yang saya nampak, kurangnya pendedahan dari pihak tersebut kepada rakyat malaysia.

Ada iklan aedes, macam-macam versi saya tengok, kenapa tak ada iklan pasal tugas mereka yang telibat dengan ambulans dan apa yang masyarakat perlu tahu dan perlu buat supaya isu ambulans lambat sampai boleh dikurangkan?

Sebenarnya banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu ambulans lambat sampai ni, baca balik entri ni, saya dah selit-selitkan dah.

Dan mungkin, malaysia boleh wujudkan ambulans bermotorsikal macam india buat.

ambulans motorsikalLepas tu, bagi elaun untuk mereka yang ada lesen khas untuk menunggang motor ambulns ni.

Bomba pun dah lama dah wujudkan bomba bermotorsikal, sedikit sebanyak, mempercepatkan kerja menyelamat. kan?

bomba motorsikalada komen? komen la… tak kan baca je?

Hasil carian :