Huawei Honor 4x ditangan (hands-on)

Huawei Honor 4x.

Huawei Honor 4x ni adalah telefon yang baru terpaksa rela saya beli bagi menggantikan samsung galaxy note saya yang dah berkhidmat dengan menggila selama 3 tahun.

image

Walaupun melalui mata kasar ianya nampak masih boleh digunakan, tapi sebenarnya sangat banyak yang problem.

Continue reading

Hasil carian :

Idea untuk menulis blog

Idea untuk menulis blog

Tak ada idea untuk menulis blog bukan benda yang pelik, bukan benda yang luar biasa, bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai oleh seorang blogger.

Tak kira blogger baru atau blogger lama, hampir semua blogger akan jumpa masalah tak ada idea untuk menulis blog. Tak ada idea juga salah satu sebab kecil kenapa saya update blog setiap 2 hari.

Disebabkan itu juga, saya biasakan diri saya untuk membawa pen dan kertas ke mana-mana, pergi makan, pergi mandi, pergi buang air besar, masuk tidur, pergi merokok dan lain-lain masa.

Bila dapat idea, tapi masa tak mengizinkan, saya tulis tajuk dan point penting atau keyword yang saya rasa bagus untuk digunakan atau ada potensi orang cari di enjin carian.

Kadang-kadang bila saya tak ada idea untuk menulis blog, saya baca balik entri-entri lama saya.

Bukan setakat dapat idea,  malah saya dapat tengok balik gaya penulisan dan buat pembetulan pada ayat dan ejaan saya.

Ok, saya nak bagi cadangan idea untuk menulis blog, ianya mungkin boleh menghasilkan lebih dari 1 entri.

Saya cadangkan anda tulis tentang perkara-perkara di sekitar tempat tinggal anda, atau tempat kerja anda atau kampung anda.

Nampak macam benda tak popular, tak hot, macam tak ada orang nak baca, tapi ini hakikat yang anda perlu ingat!

Anda menulis di blog, di internet, di sebuah tempat yang tiada sempadan. Jadi, ada macam-macam jenis orang yang mungkin akan masuk ke blog anda melalui enjin carian seperti google, yahoo, bing, bang, boom dan sebagainya.

Mereka, pembaca atau pengguna internet tu mungkin seorang suami kepada seorang isteri yang mengidam makanan yang mungkin hanya ada di tempat anda.

mereka mungkin bakal pengantin yang nak mencari homestay di kawasan anda untuk rombongan keluarga mereka.

Mereka mungkin pengembara yang belum sampai ke tempat anda kerana tak pernah tahu pasal tempat menarik yang anda ceritakan tu.

Mereka mungkin adalah orang yang akan berpindah ke kawasan kejiranan anda?

Mereka mungkin pencinta sejarah yang mencari cerita yang mana, bila anda tulis pasal tempat anda, barulah mereka tahu.

Anda mungkin ada idea untuk menulis blog anda, tapi anda rasa cerita tu sampah semata-mata.

Tapi cerita yang anda sangka sampah tu mungkin emas, intan, berlian pada orang lain. Jadi anda secara tak langsung telah menyebarkan sesuatu yang sangat besar nilainya.

Macam saya katakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger dulu, just blog!!

 

Hasil carian :

Beza interface wordpress.com dan wordpress.org

Beza interface wordpress.com dan wordpress.org

Beza interface wordpress.com dan wordpress.org. Sebelum saya tunjukkan beza interface wordpress.com dan wordpress.org, saya nak jelaskan siap-siap bahawa wordpress.org yang saya maksudkan disini adalah wordpress self hosted.

Maksud worpress self hosted pula adalah wordpress yang dipasang di webhosting / hosting sendiri macam blog saya ni.

beza interface wordpress.com dan wordpress.org

Beza interface wordpress.com dan wordpress.org ada banyak juga sebenarnya. Perbezaan antara interface wordpress.com dan wordpress.org juga menunjukkan had seperti yang pernah saya nyatakan dalam entri beza wordpress.com dan wordpress.org sebelum ini.

Mari kita tengok beza interface wordpress.com dan wordpress.org Continue reading