ada apa dengan mykad – ic malaysia

ada apa dengan mykad – ic malaysia

mykad adalah kata ganti nama diri bagi ic malaysia kan? hehehehe… Tak boleh tahan dari menulis pasal ic malaysia ataupun disebut sebagai mykad bila baca entri blogger lelaki pasal fungsi mykad.

Dek kerana perasaan tak puas hati yang membuak-buak, saya komen kat entri tu pun tak habis, jadi saya nak luahkan seluah-luahnya kat sini.

ic malaysia

Kucha lana a.k.a blogger lelaki senaraikan pelbagai fungsi yang ada pada mykad (sepatutnyalah), tapi tahukah anda ic malaysia yang anda bawak ke sana kemari tu ada fungsi tu?

Mungkin anda tahu ic tu ada fungsi tu, tapi pernahkah anda diberitahu macam mana nak guna fungsi-fungsi tu?

fungsi mykad

Ok, ni senarai fungsi yang ada pada sebuah ic malaysia atau mykad anda yang saya copy paste dari blog blogger lelaki

  • Kad Pengenalan
  • Lesen Memandu
  • Passport
  • Prasarana Kekunci Awam
  • Touch N Go
  • Dokumen Kesihatan
  • e-Tunai
  • Kad ATM
  • Kad Frequent Travellers Card (FTC)
  • e-Pasartani@FAMA
  • Pendaftaran Nelayan
  • MyPesara
  • Orang Yang Kompeten (OYK)
  • e-Kasih
  • Loyalty Card – Mykad Smart Shopper

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,350,193)

 

Ok, kalau fungsi yang pertama, iaitu kad pengenalan, semua orang tahu kegunaannya terutama sekali yang selalu pergi klinik atau kena tahan masa road block. Kalau tak bawak, kena marah, paling teruk pon kena saman.

Lesen memandu, ok… part ni lah yang buat saya nak terbitkan entri pasal ic malaysia yang dikenali sebagai mykad ni.

Tak tahulah sekarang macam mana, tapi satu masa dulu, masa saya baru masukkan detail pasal lesen saya ke dalam mykad saya, dan saya sampai di satu road block, saya bagi ic je.

Pihak berkuasa tu mintak lesen saya. saya jawab ada “dalam tu, saya dah masukkan maklumat lesen saya dalam tu” sambil menunjuk ke arah ic saya. Pihak berkuasa tu jawab,kami tiada alat untuk baca mykad.

Dalam hati saya, kenapa sediakan perkhidmatan ni kalau tak semua pihak tak ada kemudahan untuk benda ni?

Kalau sekarang saya tak tahulah, sebab malas nak panjang cerita, malas nak berdebat, berhujah, bila umur dah banyak ni, masa tu terasa sangat singkat. Terasa dah banyak buang masa.

Passport?? abes tu nape orang dok bawak lagi buku merah tu? macam mana passport dalam mykad tu berfungsi? no komen.

Prasarana Kekunci Awam… hentah, mungkin sebagai verifikasi macam yang selalu orang bank buat kot.

Touch n go dalam mykad adalah satu-satunya fungsi mykad yang selalu saya guna, selalu tu taklah selalu sangat-sangat, tiap2 kali lalu tol je. Ramai yang tak tahu macam mana nak guna, so boleh baca kat sini >> guna mykad sebagai touch n go <<

Dokumen Kesihatan, so far, kalau kat selangor ni, ic malaysia kita ni memang digunakan, tapi sebagai kad pengenalan, pergi klinik, diorang ambil mykad kita, salin semua atas kertas atau kad atau buku sebagai dokumen kesihatan kita.

Apa yang saya nampak, kalau wife saya pergi buat checkup, buku mengandung tu lah yang dibawak. tak pulak bawak ic semata-mata.

Macam tulah kalau saya pergi derma darah, buku merah tulah saya bawak, tak de pulak bagi ic semata-mata.

ic malaysia bermutu tinggi ni dah 14 tahun dah dilancarkan, tapi bila fungsinya boleh digunakan sepenuhnya? 14 tahun lagi? 24 tahun lagi? 34 tahun lagi?

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,350,193)

 

Yang nampak makin popular sekarang ni adalah Loyalty Card – Mykad Smart Shopper tu jelah yang saya nampak. Tapi tak tahulah kan?

Hasil carian :

Dapat income dari blog lagi nampaknya

Dapat income dari blog lagi nampaknya

Dapat income dari blog lagi nampaknya, syukur alhamdulillah. Walaupun tak banyak macam blogger yang dah berblog lama macam aku, tapi cukup untuk melegakan keperitan.

Ceritanya… Masa saya di KLIA dengan keluarga isteri saya untuk hantar abang ipar yang akan kembali bertugas di lubnan, saya dapat email.

Bila bukak email tu, saya tengok tajuk email tu adalah myadwise via paypal. Dan ada tulis myadwise sent you usd23.36.

income dari blog - revenuehits

Terbeliak kejap la bila tengok emel tu, satu lagi income dari blog masuk dikala saya mula risau mana nak cari duit untuk bayar lagi satu server.

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi 1 duit hasil dari menulis di blog. Terasa berbaloi usaha saya update blog, blogwalking kaw-kaw.

Walaupun tak banyak, tapi income kali ni mampu untuk bayar semua server saya.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,350,193)

Dengan kejatuhan nilai ringgit malaysia, dapat income dalam matawang usd ni adalah menjadi satu kelebihan.

Kelebihannya, saya boleh bayar server-server saya terus, tak perlu ubah nilai matawang dari ringgit malaysia ke usd. Lebih jimat!!!.

Lagi satu kelebihannya, dikala nilai ringgit jatuh, income dalam usd bila ditukar ke ringgit malaysia, nilai yg ditukar lebih banyak 😀

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,350,193)

Saya yakin, ada yang bertanya… Mana banner iklan revenuehits kat blog saya ni?

Korang tak akan nampak iklan revenuehits kat blog saya ni sebab saya tak pasang banner revenuehits kat blog saya. Saya pasang kod popunder.

Maksud popunder adalah, dia akan keluar di tab lain atau windows lain, di belakang tab atau windows yang sedang kita buka.

Jadi, korang boleh terus melayari blog atau web yang korang tengah layari tanpa gangguan.

Kalau korang berminat nak beralih arah dari syarikat pengiklanan di blog anda sekarang, boleh cuba mendaftar dengan revenuehits kat sini DAFTAR REVENUEHITS

Sebab payment akan dibayar bila dah mencecah usd20. Berbanding adsense yang usd 100 baru boleh cash out. Dan payment adalah melalui paypal dan beberapa cara lain.

Tapi saya lebih selesa dibayar melalui paypal, sebab banyak tempat lain yang menerima paypal kalau saya nak bayar, kiranya paypal ni dah jadi macam satu lagi akaun bank untuk saya.

Harap 2015 ni, murahlah rezeki saya dalam dunia blogging nih. income dari blog ni adalah satu motivasi dalam berblogging.

Hasil carian :

gaji dari blog – komisen mobicow ke 2

gaji dari blog – komisen mobicow ke 2

Hari ni dapt gaji dari blog iaitu komisen mobicow ke 2, kali pertama dapat bulan lepas, saya ada tulis pasal pendapatan yang saya dapat melalui mobicow kali pertama dalam entri komisen pertama dari mobicow.

Yang bestnya, pendapatan kali ni lebih banyak dari pendapatan bulan lepas.

Kalau tengok bulan lepas punya.

komisen pertama dari mobicow

manakala gaji dari blog yang saya dapat bulan ni melalui mobicow

gaji dari blog melalui mobicow

nampak beza nilai kat situ 90 sen USD je kan? tapi income dari blog untuk bulan januari melalui mobicow ni adalah dari 3 disember 2014 sampai 15 januari

Maknanya sebulan tambah 12 hari… berbanding dengan pendapatan dari berblogging melalui mobicow kali ni dari 15 / 16 januari sampai 16 februari.

Kenapa 16 Februari pulak? bukan ke mobicow akan bayar setiap 15 haribulan ke? Itulah yang saya dan kebanyakkan orang fikir.

Tapi bak kata ianfaizal kat twitternya

duit mobicow tak masuk lagi

 

Mungkin sebab 15 haribulan tu hari ahad, diorang tak kerja? mungkin la… tapi takpela… earning jalan gak hehehehe

tak banyak mana pon gaji dari blog saya ni kan? tapi macam saya katakan dalam entri saya sebelum ni la…

Tak banyak, tapi cukup untuk bayar 1 dari 3 server saya untuk 1 bulan. Komisen pertama dari mobicow ni nampak tak banyak, tak sampai 10 usd pon, tapi itulah yang bagi motivasi untuk saya berblogging dengan lebih rajin.

Sekarang ni pendapatan saya dari menulis blog mungkin cukup untuk bayar 1 je server saya, tapi tengoklah, ia dah meningkat.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,350,193)

Mungkin pendapatan dari menulis blog kali ni cukup untuk bayar 1 server je, mungkin pendapatan akan datang cukup untuk bayar 2 server?

Dan siapa tahu, kalau-kalau duit dari berblogging akan datang cukup untuk bayar semua server saya?

Mana tahu, berkat kesabaran dan usaha berblogging yang dah bertahun-tahun ni, akan datang, mungkin pendapatan dari blog menjadi pendapatan utama saya? siapa tahu kan?

Kalau korang blogger, dan nak mendaftar sebagai publisher klik sini Publisher

So kalau korang pon dah mula menyampah dengan nuffnang, macam kes sorang rakan blogger ni, dan mula mula nak mencari alternatif pengiklanan di blog selain dari nuffnang, korang boleh cuba mobicow.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,350,193)

Sebab apa saya sebut CUBA? sebab cashout dia dari serenda usd 5 je, so, cukup usd 5, kalau kena 15 haribulan tu hari bekerja, secara automatiknye duit tu akan masuk ke akaun paypal korang.

Tak ada akaun paypal? daftar la… rugi tau tak ada akaun paypal ni. Saya dah bertahun dah guna paypal.

Hasil carian :