Marah dan kesannya

Marah dan kesannya.

Ok, cerita hari ni yang bertajuk Marah dan kesannya ni ada kena mengena dengan entri sebelum ni iaitu kenapa lelaki susah nak minta maaf.

Apa kaitan marah dan kesannya dan kenapa lelaki susah nak minta maaf? Kaitannya adalah macam yang saya cakap, lelaki yang matang, dia tak akan buat satu benda yang kurang bijak kerana dia tahu akan kesannya. Antara benda yang akan di elakkan adalah, marah.

marah dan kesannya

Kenapa dengan marah? Kenapa nak marah? Kenapa tak marah? Tak kan tak boleh marah langsung?

Macam saya tengok(sambil-sambil update blog) kat tv ni dia cakap, dalam cerita p.ramlee ada cakap, kalau marah kena jual, jual kat syaitan… Maka syaitan akan gunakan kita untuk perkara yang dia nak. Tak faham kan? Biarkan… Hehe

Ok saya pernah dengar satu cerita seorang ayah dengan anak dia ni. Ayah dia cakap kat anak dia suruh dia kawal marah. Setiap kali dia marah, dia kena ketuk satu paku di dinding.

paku dinding

Dan setiap kali dia nak marah, tapi dia mampu kawal dan atau meminta maaf pada orang yang dia marah, dia kena cabut satu paku yang dia dah ketuk tadi.

Pada peringkat awal, memang banyak paku yang dia ketuk. Setiap kali dia marah, dia akan balik dan mengetuk paku di dinding. Makin hari makin banyak paku di dinding, bila dia nampak terlalu banyak paku, dia cuba belajar kawal kemarahan dia.

Lepastu masih banyak yang dia paku tapi banyak juga yang dia cabut sebab dia dah dapat kawal marah dan memohon maaf.

Masa berlalu, dan dia makin mahir mengawal kemarahan dan mula minta maaf, banyak paku yang dia cabut. Sampailah satu hari dia nampak dah tak ada paku yang nak dicabut dan tiada lagi paku yang bertambah di dinding.

Dia pun tunjuk kat bapa dia yang dia dah berjaya kawal kemarahan dia. Bapak dia mengucapkan tahniah dan bapa dia tanya apa yang dia nampak di dinding tu. Anak dia jawab lubang bekas paku.

Bapak dia jawab tulah kesan dia marah. Bila dia marah (ketuk paku) Walaupun dia dah minta maaf (cabut paku), kesan dari dia marah(bekas lubang paku). Tulah marah dan kesannya. Sebab tulah saya cakap kaitan dengan kenapa lelaki susah nak minta maaf, dia tak nak meninggalkan kesan di dinding

Hasil carian :

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Saya pun tak faham kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Sebab saya pun tak faham. Hahaha…

Hari tu saya dah cerita kenapa lelaki susah nak minta maaf, hari ni saya nak cerita kenapa lelaki susah nak faham perempuan.

lelaki susah nak faham perempuan

Well… Pada fitrahnya, memang lelaki tak akan faham akan perempuan. Macam saya cakap haritu la… Lelaki dan perempuan tak akan sama.

Lelaki tak akan faham kenapa perempuan sama perempuan mesti nak peluk-peluk… Laga-laga pipi, cium-cium pipi, cium-cium mulut (eh ada ke?).

Lelaki tak akan faham kenapa bila lelaki sama lelaki bila pegang tangan nak melintas jalan, orang akan kata gay. Tapi bila perempuan sama perempuan pegang tangan nak lintas jalan, tak ada pula orang kata lesbian.

Korang(perempuan) pernah terfikir tak kenapa? kalau korang dapat huraikan kenapa lelaki tak boleh buat macam tu, bagus. Korang dah tak perlu baca lagi dah entri ni. Korang pergi tengok link-link menarik kat bawah ni pulak.

Dan kalau korang (perempuan) tak boleh nak huraikan sebab kenapa lelaki tak buat benda macam tu. Korang yang sebenarnya tak faham lelaki. Isu kenapa lelaki tak faham perempuan adalah kerana perempuan tak faham lelaki.

Sebenarnya korang yang tak faham lelaki tu dan korang sebenarnya nak lelaki tu yang ikut kehendak korang. Korang nak lelaki tu mengucapkan ayat-ayat cinta padahal lelaki sebenar tak ucap ayat-ayat cinta, diorg luahkan melalui perbuatan, diorg ambil berat pasal korang, diorg jaga korang. Bagi apa yang korang perlu mengikut keperluan korang dan kemampuan diorg.

Lelaki yang mudah luahkan ayat-ayat cinta ni yang korang kena elakkan. Sebab apa? Sebab diorg ni bak kata orang “menanam tebu dipinggir bibir” ayat dia manis je. Entah ikhlas dan jujur entah tidak.

Instead korang merungut kenapa lelaki susah nak faham korang, baik korang fahami perangai lelaki tu sendiri. Dan benda tu akan patah balik kat korang, lelaki tu akan cuba belajar untuk faham korang pulak.

Hasil carian :

Penyumbang trafik terbanyak 2014

Penyumbang trafik terbanyak 2014

Oleh kerana hajat saya untuk buat bloglist berkategori nampaknya macam suam-suam ketiak je, maka saya mendapat idea pada hari krismas hari tu, saya nak menyenaraikan blog2 penyumbang trafik terbanyak 2014 kepada blog saya ni.

Sebagai tanda menghargai mereka yang sengaja atau tak segaja menghantarkan link balik kepada saya, saya akan buat 1 widget bloglist blog-blog yang masih hidup yang telah menjadi penyumbang trafik terbanyak 2014.

Ini saya akan merujuk dari plugin jetpack site stats yang menarik data dari wordpress.com.

penyumbang trafik terbanyak 2014

 

Sehingga semalam (25/12/2014), ni lah 10 blog-blog yang banyak memberikan trafik kepada saya, selain dari search engine dan ping agregator.

faridahyaacob.blogspot.com

melvister.com

wavemerah.blogspot.com

kopilekat.com

kinidandulu.blogspot.com

www.pendekarberkuda.org

kakiblog.info

www.blogammar.com

ohpilihanku.blogspot.com

kinderbuenogulz.blogspot.com

terima kasih banyak-banyaklah kepada mereka yang sudi menghantar trafik ke blog saya yang tak seberapa ni.

Maka saya akan masukkan 10 blog yang banyak bagi trafik ke blog saya ni. senarai kat atas ni mungkin akan berubah sikit kalau ada blog lain yang last-last minit banyak pulak bagi trafik kepada saya.

Senarai blog yang banyak bagi trafik kepada saya sepanjang 2014 ni akan  berada di dalam bloglist saya selama setahun.

Selain dari senarai blog yang banyak bagi trafik ni, saya akan setkan ruangan top Commentor (Paling ramah) ni.

top commentor

Dari setiap 2 minggu kepada setiap sebulan bermula januari 2015. Dan kalau saya sempat, saya akan senaraikan orang yang paling rajin komen (tempat pertama) setiap bulan.

Dan juga, terima kasih juga diucapkan kepada mereka ni, terutama sekali blogger lelaki, walaupun kami ni baru je mula rapat di dunia blogger, tapi kat blog ni, dialah yang paling kerap datang komen.

Dan mereka ni lah juga yang membantu saya menaikkan ranking alexa saya dari hampir 3 juta lebih ke 600 ribu lebih

ranking alexa 2 bulan

Tak lupa juga terima kasih kepada pembaca pasif blog saya ni, pastinya korang semualah penyumbang trafik utama blog ni. Kalau korang tak search kat enjin carian, tak jumpa blog ni, tak adalah trafik ke blog ni. terima kasih sekali lagi.

Akhir kata, semoga tahun 2015, kehidupan kita makin bagus berbanding sekarang

Hasil carian :

Kenapa update blog setiap dua hari?

Kenapa update blog setiap dua hari?

Ada pihak yang bertanya Kenapa update blog setiap dua hari? Bila saya kata entri seterusnya akan publish lusa atau 2 hari lepas entri terbaru tu.
Benda ni mungkin ada yang perasan, mungkin “lantak kaulah”, tapi blog saya ni akan Publish atau terbitkan entri atau post atau artikel setiap dua hari atau selang sehari. Kenapa saya buat macam tu? Kena update blog setiap dua hari?
Kenapa saya tak update hari-hari? Atau update 3 hari sekali? Atau 4 hari sekali atau seminggu sekali atau sebulan sekali atau 3 kali sehari? Kenapa mesti nak update 2 hari sekali?

kenapa update blog setiap

Banyak sebabnya saya selangkan sehari atau setiap dua hari. Antara sebabnya:

Saya work smart + work hard. Maksudnya apa? Maksud saya, bila saya ada idea, saya akan draftkan idea saya kedalam apa-apa medium yang saya sempat capai. Kalau masa tu saya depan laptop atau pc, dengan laptop atau pc lah saya draftkan idea saya tu Continue reading

Hasil carian :