Macam mana nak jual ebook?

Pernah terfikir nak buat ebook? Pernah cuba jual ebook tapi tak berjaya? macam mana nak jual ebook? Setiap orang ada hobi, salah satu hobinya adalah menulis, walaupun sekadar hobi, tapi kalau hobi tu mendatangkan pendapatan, dan lumayan? lagilah bersemangat nak menulis kan?

Sama juga dengan saya, saya berblogging untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, saya bagi percuma je, tak payah bayar, tapi kalau ada sumber pendapatan dari berblogging ni, lagilah saya bersemangat nak blogging kan?

Nak kongsi hasi penulisan tak tak reti nak buat laman web atau blog? boleh belajar dengan senang dan cepat, tapi andai kata memang anda tak nak buat laman web atau blog, cuma nak menulis menggunakan word atau apa-apa perisian yang sama waktu dengannya, mungkin anda nak tahu macam mana nak menghasilkan ebook dan jual ebook tu kan? Continue reading

Hasil carian :

Belajar buat website

Sape nak belajar buat website? Nak belajar buat website tapi tak nak pergi kelas? Nak belajar buat website dengan cepat sebab tiba-tiba bos suruh anda buat website walaupun sebenarnya anda pon tak pernah tau apa-apa pasal buat website?

belajar buat website

Kalau korang baca post saya sebelum ni yang bertajuk kenapa upah mahal sangat? korang mungkin boleh agak kenapa diorang meletakkan upah yang mahal. Sebab saya sendiri pon buat website dan blog. Jadi saya tahu memang benda tu bukan benda yang senang makan kacang cap gelas.

Tapi andai katalah korang tiba-tiba jadi bidan terjun untuk melahirkan sebuah website, memang pening kepala, memang merisaukan, macam orang mengandung anak sulung juga, bila pertama kali nak bersalin tu cukup risau, susah ke senang? Boleh ke macam ni? boleh ke macam tu?

Saya mula bina website menggunakan joomla dari tahun 2008, macam selang beberapa bulan, saya mula belajar bina website menggunakan wordpress, sampai sekarang saya tak berani nak kata saya mahir, apatah lagi nak mengaku diri ni sebagai pakar.

Ranapkan? berpuluh kali dah saya ranapkan website, tapi adalah skilnye macam mana nak ranapkan tanpa merosakkan yang ada. hehehehe. Masa dulu, saya belajar memang merujuk kepada banyak laman web dan blog dari luar negara.

Sebelum ni tak banyak orang dari malaysia yang nak buat tutorial, kalau ada pon kebanyakkanya dalam bahasa inggeris, sama lah jugak kalau saya merujuk ke laman web luar negara kan? Kalau ada pon dari indonesia, walaupun macam dekat sama, tapi tetap juga tak sama, pening juga kan?

Tapi bila saya jalan-jalan kat blog orang malam ni… saya terjumpa cara senang nak belajar buat website. Tak payah nak makan masa sampai bertahun-tahun macam saya, hanya ambil masa 24 jam je… semalam korang tak pandai, hari ni dah pandai.

Jimat duit korang sehingga 300%tu beb. Kalau bos korang bagi duit kat korang untuk korang cari orang nak buat laman web, tapi sebenarnya korang yang buat, tak ke masyuk namenye tu kan?

Siap diajar macam mana nak buat laman web yang korang bina nanti tu mesra SEO supaya trafik pon masyuk. Tak rugi pon belajar buat laman web ni, kalau andai kata medium yang korang gunakan sekarang(contohnya fesbuk) ditutup, sekurang-kurangnya korang ada laman web yang mesra SEO yang akan membantu meneruskan perniagaan korang.

Lagipon, laman web bukan untuk bisnes online je, tapi banyak lagi fungsi lain, jadi jangan buang masa, tambahkan ilmu didada.

Belajar buat laman web dengan cepat sekarang

Hasil carian :

Komponen asas komputer

Komponen asas komputer

Selama ni saya banyak berkongsi pasal komputer dan tips-tips berkaitan komputer, tapi rasanya saya tak pernah buat satu entri pasal komponen asas komputer. Saya pernah post projek pemasangan pc baru. Tapi penerangan dalam tu pon simple sangat.

Saya sangka benda ni satu benda yang semua orang mesti dah tahu. Tapi rupanya tak jugak kan? Jadi Entri kali ni saya nak kongsikan komponen asas komputer yang semua komputer mesti ada.

komponen asas komputer

Komputer yang saya maksudkan tu, komputer yang selain komputer Mac(Apple), sebab saya tak tahu isi dalam semua komputer mac, sebab saya cuma pernah leraikan sebiji je komputer mac, itupun tak lerai sepenuhnya.

Komputer ni, maknanya komputer pc atau desktop, laptop atau notebook dan termasuk juga netbook.

Rileks pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sekalian, tak payah nak buat muka terkejut sangat lah. Memang rupa dia lain, tapi secara asasnya, benda yang sama gak. Continue reading

Hasil carian :

mahal dan bagus

Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal – iklan sabun

Hasil carian :