Aplikasi wajib ada dalam telefon saya

Ramai orang share aplikasi wajib android la aplikasi wajib dalam iphone la… suka-suka hati je kata wajib. Abis tu kalau diorang tak install? Dosa ke? Hehehe… gurau je…

Apa pon,saya nak kongsikan la jugak aplikasi wajib saya install kat telefon saya.

whatsapp

1. Whatsapp – benda pertama kena install ni, mak saya yg umur 50 contact sy guna whatsapp, mak mertua sy yg dh dkat umo 60 guna whasapp, kwn2 semua ada whatsapp. Jadi tu medium contact yang utama. Even bila ada orang emel saya untuk saya buat review produk mereka, saya akan mintak nombor telefon mereka yang boleh saya whatsapp, sbb dengan whatsapp jauh lebih jimat. Continue reading

Hasil carian :

Blogwalking kaw-kaw

Apa benda blogwalking tu? blogwalking adalah satu perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger iaitu, berjalan-jalan ke blog-blog blogger lain. Dan biasanya blogger yang berblogwalking ke blog blogger lain akan meninggalkan jejak dengan meninggalkan komen atau jerit kat shoutbox.

Cara saya blogwalking biasanya melalui komenlah.mm saya akan balas kunjungan mereka yang pernah komen di blog saya. Sebab tu kalau tengok kat atas kotak komen saya cakap saya akan gembira kalau korang komen, antara sebabnye tulah… supaya saya ada peluang nak balas budi orang yang dah singgah blog saya. Jadi sila tinggalkan komen bila baca entri kat blog saya ye.

blog walking

Perlu ke blogwalking? Tak perlu sangat pon kalau anda  ni kaya. Jika anda tak nak atau tak mampu nak bayar servis seo atau apa-apa servis untuk menaikkan trafik ke blog anda, maka anda perlu blogwalking, selain dari mengundang owner blog yg diblogwalking dan pembaca blognya untuk ke blog kita, blogwalking sambil meninggalkan link blog kita juga akan membantu supaya blog kita di indeks di laman enjin carian macam google ke yahoo ke bing dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjadikan blog lebih mesra SEO. Dan ini juga sekaligus membantu meningkatkan ranking di alexa. Dan antara kriteria yang diambil kira apabila blog kita hendak dinilai ialah brapa banyak web/blog yang link ke blog kita

Adalah satu bonus bila blog yang kita blogwalking tu ada pasang commentluv, entri kita pon terpampang sekali.. Tapi motivasi saya down bila nak tinggalkan komen, tapi tiada ruang untuk masukkan nama dan url, lebih teruk lagi bila pilihan yang ada cuma komen menggunakan akaun google atau blogspot. Rugi 1 backlink kat situ.

blogwalking

Selain dari meningkatkan link, blogwalking juga adalah cara untuk menambah ilmu dan menambah idea. macam mana tu?bila anda berblogwalking, anda akan jumpa macam-macam jenis blog, jadi anda boleh belajar, macam mana dia menyusun ayat, macam mana dia nak menarik minat pengunjung untuk membaca, sedut tips-tips blogging dan macam-macam lagi. anda mungkin akan dapat idea untuk tulis entri di blog anda bila terjumpa blog atau entri yang mungkin berkaitan dengan anda dan anda mungkin boleh buat ulasan mengikut pandangan tersendiri di blog, letak sekali link ke entri blog yang anda baca tadi. link building tu, ada outbound link

Banyak lagi tips-tips blogging yang saya nak kongsikan, tapi adalah lebih mudah kalau korang baca kat kategori blogging dalam blog ni

Hasil carian :

Apa itu advertorial ?

Siapa yang friend dengan saya kat fb akan perasan yang kebelakangan ni saya ada update status berkaitan dengan advertorial. Ada jugak yang tanya apa itu advertorial. Ok, sekarang saya nak cerita ape kebendanya advertorial tu? adakah ianya sejenis buah macam epal? adakah ianya sejenis tangkal pendiding diri yang membolehkan kita jadi kebal? adakah ianya satu jenama mi segera yang baru? adakah ianya model kereta terbaru? atau mungkin ianya satu teknologi komputer baru?

Ok, advertorial sebenarnya adalah gabungan perkataan advertisment (iklan) dan editorial. Maksud editorial pulak, kalau mengikut google translate adalah seperti dibawah.

maksud editorial

dan kalau mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pulak adalah seperti dibawah

makna editorialsenang cerita maksud editorial ni penulisan mengikut pandangan penulis / editor lah…. kot… hahahaha. maknanya, bila digabungkan perkataan advertisment dan editorial, yang menghasilkan perkataan advertorial bermaksud pengiklanan yang mengikut pandangan / ulasan penulis. kalau advertorial di blog, maknanya pengiklanan berdasarkan ulasan bogger sendiri. Continue reading

Hasil carian :