Iklan di blog – sumber pendapatan blogger

Iklan di blog – sumber pendapatan blogger

iklan di blog – sumber pendapatan blogger apa maksudnya? pernah tengok benda macam ni kat mana-mana blog?

iklan blogiklan di blogsumber pendapatan blogger

sumber pendatan blogger

mesti pernah kan? itulah salah satu sumber pendapatan blogger. kalau kat blog saya ni, kalau tengok kat sini

iklan di blog - sumber pendapatan blogger iklan di blog sumber pendapatan blogger

tu semua iklan lah tu… saya tak mintak lah orang klik… tapi kalau nak klik, tu bonus lah pada saya.

kalau blogger-blogger baru biasanya diorang pilih nuffnang, saya dulu pon pakai nuffnang jugak… tapi saya bermula dengan adsense, tapi iklan adsense masa tu tak support blog atau laman web berbahasa melayu, jadi iklan yang keluar biasanya bertulis khidmat masyarakat je..  kalau dah keluar tu, macam mana nak datang pendapatan? macam mana nak jadi sumber pendapatan blogger kalau macam tu? jadi saya biarkan je.. sebab tujuan saya berblog bukan nak dapatkan pendapatan. sekadar nak bercerita,masa tu blog tu cam diari je pon… objektif saya blogging bukan untuk menjana pendapatan… TAPIIII

Kalau earning masuk bertingkek-tingkek, semangat nak berbloging tu akan lebih membuak-buaklah lah kan? jadi masa lapang tu bolehla diisi ngan kongsi ilmu ke info kat blog, mana tau ramai orang lpak kat blog, kot-kot pendapatan pon masuk kan? barulah sesuai nak kata sumber pendapatan blogger kan?

iklan di blog apa yang paling popular? well… saya rasa nuffnang la kot, sebab tu yang paling senang untuk blogger baru apply, lagipon die ada tempat untuk ping blog sendiri… tapi kenapa saya tak pasang iklan nuffnang di blog saya ni? panjaaaaaaang ceritanya…

selain dari nuffnang, antara yang popular yang saya tahu lah… innity… tapi yang ni bukan senang woo nak apply, dia ada syarat yang agak ketat, kena ada minimum trafik tertentu baru layak. blog-blog yang trafiknye 4 ke 5 ribu sehari layakla nak apply innity ni, cam blog ni, takat ratus-ratus je, mana la layak.

selain dari dua syarikat iklan yang saya cakap tu, ada lagi 1 yang saya tahu gak… tapi atas pengalaman kawan saya yang claim cash out dari syarikat tu, sampai bertahun tak dapat-dapat duit lagi, macam mana nak dijadikan sumber pendapatan blogger kalau macam tu? saya malas nak nyatakan lah nama company tu.

Jadi iklan apa yang saya guna di blog saya ni? buat masa ni ada tiga iklan yang saya pasang di blog saya ni, komli , h12 media dan revenuehits, macam mana saya masukkan tiga iklan dalam blog saya ni? saya buat dia bertukar- tukar atau rotate iklan tu secara rawak macam saya nyatakan di entri iklan bertukar-tukar ni, jadi tak lah penuh sangat iklan kat blog saya ni.

h12 mediakomli_logo

revenuehits alternatif adsenseketiga-tiganya bukan syarikat tempatan(rasanya) tapi tu sebenarnya satu kelebihan gak, earningnya dalam bentuk usd, jadi… 3 kali ganda lah nilai yang kita dapat. sebenarnya saya belum merasa lagi duit cash dari kedua-dua syarikat ni, sebab komli ni boleh cash out bila dah cecah usd 50, total earning saya baru usd 20 lebih,

nak apply komli ni pon bukan lah mudah tau… saya apply dua kali baru dapat, saya tak pastilah pulak dia tengok jumlah pageview dan visitor atau tak… tapi benda tu kena isi masa apply

yang h12 media ni pulak saya baru join seminggu, earning masa ni baru dalam usd o.80, tapi apa yang bestnya h12 media ni, kite boleh cash out ke akaun paypal bila dah capai usd 5, jadi tak payah la nak tunggu sampai dah banyak sangat. nak apply pon taklah susah sangat, kejap je dah approve, tapi bile dah approve, kena apply blog atau laman web mana yang kita nak masukkan ads dia. tu makan masa sehari dua jugakla…

update:

yang terbaru saya join adalah revenuehits , saya pon tak ingat dari mana saya dapat info pasal revenuehits ni, tapi apa yang buat saya tertarik dengan revenuehits ni adalah bila masuk web dia revenuehits, kita akan nampak ni

revenuehits - pengganti adsense

kenapa dia kata macam tu? sebab… adsense tu google, google tu companya besar bapak punye pon… memang hazab la kalau nak fight, tapi berdasarkan pengalaman saya yang pernah guna adsense, ternyata earning yang dapat dari revenuehits ni memang boleh tahan banyak. tambahan pulak kalau korang ada buat aplikasi telefon, rasanya boleh masukkan revenuehits ni kot.

Jadi mana yang dah bosan dapat earning yang tak seberapa dengan company ads sekarang, atau asyik kena ban je, bolehla cuba tiga company ni… terutama sekali h12 media ni…

Tapi macam yang saya nyatakan awal tadila… saya berblogging bukanlah untuk menjana pendapatan, tapi benda ni mungkin boleh membantu kite untuk hidup dizaman kos sara hidup bukan sekadar tinggi, tapi melampau. harga barang yang tinggi, dengan segala macam cukai, dengan bantuan yang tak seberapa, pendapatan sampingan sekaran bukan untuk menjadikan kita kata, cuma mampu membantu kita untuk teruskan hidup.

Untuk jadi blogger sepenuh masa bukanlah mustahil, ramai je yang jadi blogger sepenuh masa, tapi macam saya ni… mungkin belum sesuai lah kot. tapi saya tetap gak cume untuk menjadikan blog ni sebagai sumber pandapatan blogger macam saya.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,350,193)

Hasil carian :

macam mana nak buat password yang kuat

macam mana nak buat passowrd yang kuat atau pun dalam istilah yang biasa kita jumpa bila nak buat akaun gmail atau mendaftar kat mana-mana laman web adalah strong password. kenapa kita kena buat password yang kuat? terjamin selamat ke akaun kita bila kita buat password yang kuat ni?Jawapan bagi persoalannya kat bawah ni.

password yang kuat

Macam mana nak buat password yang kuat adalah dengan membina banyak aksara atau charactor, menggabungkan huruf besar dan kecil, dicampur dengan nombor dan simbol. Jadi, antara caranya, janganlah buat password menggunakan nombor telefon, nombor ic nama sendiri sama ada nama betul atau nama samaran,nombor plat kereta. kenapa pulak? sebab orang-orang yang disekeliling korang, ataupun orang yang dok menghendap atau dok memerhati sama ada dia minat ke berdendam ngan korang akan cuba guna benda-benda tu sebagai cubaan untuk cuba log masuk ke akaun korang atau hack wifi korang hehe.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,350,193)

password yang kuat

Bila duduk-duduk tak buat apa tu, cam duduk tunggu bas ke, duduk rehat ke, cuba cipta password atau kata laluan yang kuat contoh benda yang korang boleh guna untuk bina password atau kata laluan yang kuat adalah menggunakan model handphone pertama yang korang dapat, model kereta pertama korang beserta dengan nombor plat atau model motorsikal pertama yang korang bawak, atau mungkin model kereta idaman korang ke atau filem atau drama kegemarang korang atau mungkin nama pelakon, penyanyi, ustaz kegemaran korang atau nak buat ayat pon boleh

contohnya macam :

nokiaPISANG8110.

nokia pisang

korang jangan gelak guling-guling plak… selain nokia 3310, nokia pisang ni pon legend gak tau, neo guna dalam cerita matrix. tapi saya tak pernah la guna fon ni… model paling lama saya pernah guna takat nokia 5110 atau yang ada kalanya dipanggil nokia kereta kebal ni jela. tu pon pinjam member punye yang die dapat daripada membe lain yang diorang jumpa tepi jalan masa balik dari makan

nokia kereta kebalcontoh password lain, proton_saga_KNIGHT89. korang boleh gak ganti beberapa huruf dengan simbol, antara yang saya dapat fikirkan dan simbol ni biasanya ada kat keyboard komputer atau laptop adalah macam ni.

A = A atau 4 atau a atau @ atau ^

B = B atau 8 atau b atau 6 atau &

C = C atau c atau (

D = D atau d atau &

E = E atau e atau 3

G = G atau g atau 9

H = H atau h atau #

I = I atau | atau  i atau !

N = N atau n atau %

O = O atau o atau 0(kosong)

S = S atau s atau $

T = T atau t atau 7 atau +

tapi tak semua boleh diterima… kalau diterima boleh la guna. contohnya andai kata nokiaPISANG8110 tu kita boleh buat macam ni n0k!aP|$ANG8110. atau pr0+onKN!GH789

ok, point untuk membina password yang kuat adalah:

  • bina ayat atau menggunakan banyak perkataan
  • menggabungkan huruf kecil dan huruf besar
  • menggabungkan huruf,nombor dan simbol

selain daripada fikirkan untuk bina password atau katalaluan yang kuat, kita boleh gak menggunakan password generator(taip je kat google) antara yang saya jumpa, adalah strongpasswordgenerator.com

katalaluan yang selamat

kenapa kita kena buat password yang kuat?

supaya akaun kita sama ada komputer, password wifi atau akaun online kita tak mudah di ceroboh, dengan mencipta katalaluan yang kuat atau kukuh, agak sukar penceroboh atau penggodam nak meneka katalaluan yang kita gunakan baik dari sudut manual, ataupun menggunakan aplikasi atau script

terjamin selamat ke akaun kita bila kita buat password yang kuat ni?

jawapan saya – TAK. saya tak jamin yang dengan membina atau membuat atau mencipta katalaluan yang kuat akan menjamin peranti, komputer, laptop, akaun facebook,akaun email, akaun paypal kita selamat dari diceroboh. seperti yang saya nyatakan dalam entri mengelakkan gambar lucah tersebar  yang lepas, tiada jaminan yang kita ni selamat dari digodam. tapi sekurang-kurangnya hacker atau penggodam baru, yang kurang ilmu atau pengalaman sukarlah sikit nak ceroboh.

cari katalaluan

selain tu, kerap menukar kata laluan juga amat digalakkan, lagi kerap kita guna, lagi keraplah kita digalakkan tukar katalaluan tu

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,350,193)

Hasil carian :

kenapa internet dunia tanpa sempadan ek?

Kenapa org kata internet dunia tanpa sempadan? Dulu masa hujung tahun 90an atau awal milenium tertanya gak bila orang sebut internet dunia tanpa sempadan ni.

kenapa internet dunia tanpa sempadan
Yelah… masa tu saya ni masih bodoh internet. Tak tau pon apa fungsi sebenar internet. Masa tu pernah guna internet untuk mirc dengan e-mail je.

mirc
Masa dok serumah ngan sorang freelancer, saya pernah dengar die cakap dengan kawan dia “susahla takde internet. Nak buat reference jadi susah” walaupun masa tu amende je yang ada kat internet. Blog pon tak banyak macam sekarang.

Tapi lepas dah beberapa tahun ni… saya dah jadi webmaster,web developer, dah jd webhosting supplier, blogger, tokei kedai online dan segala macam jenis kerja atau bisnes online ni barula saya faham maksud internet dunia tanpa sempadan ni.

Maksud internet dunia tanpa sempadan ni taklah susah mana pon. Maksudnya kite boleh tahu situasi di mesir, mekah, madinah, palestin, afrika, amerika, london,pattaya,songkhla, jogjakarta, aceh, myanmar atau kat mana-mana je kat dunia ni tanpa perlu bersusah payah nak ke sana. Kita boleh tengok pulau-pulau kecik yang tak pernah dinyatakan dalam buku geografi sekolah tanpa perlu mengembara berjam-jam ke sana.

internet dunia tanpa sempadan

Kite boleh beli barang kat cina tanpa perlu naik kapal terbang… kite boleh beli barang kat mana2 pon tanpa perlu pakai baju sejuk… kalau tak pakai apa2 pon kite boleh beli pasu.

Maksudnya dengan internet ni kita boleh sampai ke merata dunia tanpa perlu kite bangun dari kerusi malas kite.

duduk online

Kalau dulu kite nak barang yang memang ada jual kat london je… kite kena pergi ke london… andai kata la benda yang kite nak tu mungkin biskut. Biskut tu pulak harga mungkin dalam RM20.00 je… tapi kite kena belanjakan beratus ringgit untuk ke sana semata-mata nak makan biskut yang hanya ada kat london. Nak kena beli tiket kapal terbang,ambil gambar untuk buat passport atau renew passport. Duduk melangok berjam-jam kat airport. Kalau kena musim sejuk lak kat sana dah nak kena beli baju sejuk yang entah bila lagi nak pakai kat Malaysia ni. Tapi hari ni… tak mustahil benda macam tu ada orang jual online. Kite pakai boxer je… atau pakai tuala je… silap-silap tak pakai ape-ape pon dok depan komputer, tekan butang order… amek kad kredit atau kad debit,bayar je.. tak nampak muke orang yang menjual… tak nampak muka yang membeli… tak perlu pegi bawak wang tunai ke money changer… semua tu sistem akan buatkan… asalkan kite ada duit… silap-silap modal yang kite keluarkan untuk biakit tu tak sampai suku pun dari modal kalau kite pergi sendiri.

online shoping

Kenapa internet dunia tanpa sempadan? Kalau dulu kita dapat merasa rumpai laut sabah cuma kalau kite pergi ke sabah atau ada kawan-kawan atau saudara mara ke sabah,kita kirim… jauh wooo sabah tu… saya pon tak pernah sampai lagi ke sabah tu… negeri lain semua saya dah sampai… sabah je belum lagi. Sekarang order je kat internet… diorang pon tak malu nak jumpe kite… kite pun tak malu nak jumpe diorang… yang penting dia dapat tambah pendapatan… kite pon dapat merasa rumpai laut sabah.

internet dan manusia

Cam sekarang ni, bila dah ada internet, kita nak cari pembekal dari negara lain, contohnya dari cina pun dah senang, kita bukan setakat boleh bandingkan mana yang terbaik dan dipercayai siap boleh jadi rambang mata lagi… kalau dulu bila dengar barang made in china, orang kondem… kata takde kualiti… sekarang ni kebanyakkan barang pon dan made in china… paling tidak pon assamble kat china… persaingan pon makin sengit, yang untung kita lah… kite boleh pilih yang terbaik. bukan cakap kosong… tapi dah memang saya sendiri banyak menjana pendapatan dari barangan yang saya import dari china… saya terus terang je dengan pelanggan saya, barang tu dari china, harga murah, kualiti hampir setanding atau mungkin setanding dengan yang ori. so far alhamdulillah… berjalan lancar cume… modal tak besar, untung pon tak besar la…

barang-barang tu saya cari dari internet, saya shortlistkan mana yang dah lama buat bisnes ni, mana yang dapat review yang terbaik, saya shortlistkan, lepastu saya contact supplier atau agen syarikat tersebut melalui applikasi chat atau skype, cuba berunding, mana yang saya rasa bole dipercayai… itu yang saya pilih… hampir setengah tahun saya dah berurusan dengan mereka, tapi saya tak pernah pon dengar suara mereka, tengok muka mereka… apatah lagi berjumpa dengan mereka, tapi so far ok, tak ada apa-apa masalah. itulah kekuatan internet tanpa sempadan

tapi harus diingatkan, walaupun internet tanpa sempadan, kite sendiri perlu meletakkan had dan sempadan sampai mana yang kita akan sampai… boleh baca entri macam mengelakkan gambar lucah tersebar di internet ni dan lain-lain entri lagi.

 

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :

Macam mana nak jimat minyak

Terfikir nk kongsi cara macam mana nak jimat minyak ni bila bangun tido tadi.. yelah… harga minyak tetap naik walaupun negara kite pengeluar minyak,tapi kite kena ikut harga pasaran negara yang tak keluarkan minyak… nk buat cammana kan? Tunggulah kot sampai bile dah boleh pindah marikh ke pluto ke nanti kan? Hahaha…

pelantar minyak
Ok… balik kepada cerita macam mana nak jimat minyak ni kan… masa balik ke kampung baru-baru ni saya isi la 30 ringgit, masa tu minyak dah tinggal dekat-dekat dengan E… so saya isi 30, die naik atas sikit dari bar 2nd last tu… saya tunjuk kat wife saya,saya cakap tengok isi 30 banyak mana je die naik… dulu isi 30,dia naik sampai atas sikit dari setengah… masa awal tahun, harga minyak masih sama…. tapi bila isi 30, tak sampai setengah… bwh sikit dari setengah…

jimat minyak - meter minyak

Ni lepas harga minyak dh naik… 1 bar kurang dari kali terakhir…

Ok… balik kepada tajuk kita… macam mana nak jimat minyak…

jimat minyak auto vs manual

Antara tips yang saya boleh kongsingkan… kepada pengguna kereta manual, pertukaran gear tu kena kemas la… bila rasa macam dh meneran ckit tuka la gear,kalau tukar gear awal, kite akan memberi beban kepada enjin unyuk menarik beban kereta… kalau kite masuk lambat kite dah meeeee… tak tau la nk cakap mcm mn… tp senang cerita memang akan meningkatkan penggunaan minyak la…

gear manual

Kepada pengguna kenderaan auto pulak… bila berhenti tu, letakkan gear dalam mode N atau P… bila lampu dah nak hijau baru masuk ke D,bila lampu dah hijau baru lepas brek… bia kereta bergerak ckit,tekan minyak berperingkat-peringkat secara perlahan-lahan.

gear auto

Ada la org kata kerap tukar gear akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih. Memang betul kalau penukaran gear kita tak cantik… maksudnya macam yang saya bagitahu tadila… sampai enjin meneran… kalau kita tukar gear pada masa yang sesuai,boleh je menjimatkan minyak…

jimat minyak meter rpm

Lagi 1… ni hasil kajian saya sendiri yang tak bertauliah ni la… bawak slow tak menjamin ianya boleh menjimatkan minyak… kalau pemggunaan gear yang tak betul pon boleh jadi tak jimat minyak… kita bagi beban pada enjin… pakai gear 5, bawak slow… minyak nak kena tekan lebih baru bergerak… tak jimat gak beb.

kereta lembab

Antara cara lain macam mana nak menjimatkan minyak… guna aircond bila perlu… sebab… mengikut teori saya… kenapa pakai aircond boleh menyebabkan minyak cepat jadi kurang… sebab… biasanya bila aircond mengeluarkan angin yang sejuk tu… rpm akan rendah…

aircond kereta

Satu lagi benda yang perlu diambil kira untuk menjimatkan minyak adalah tekanan tayar, pastikan mencukupi, kalau tak cukup, keta jadi berat(tak tau nak cakap macam mana tapi die jadi cam berat lah). Ia jugak boleh mengelakkan dari kemalangan.

angin tayar

Keluarkan barang yang tak penting dari kenderaan anda macam durian, tayar motor jiran sebelah, almari baju, printer lama pejabat, compressor air cond yang dikutip ditepi jalan, dan apa-apa benda yang tak begitu penting, kalau perlu tinggalkan isteri, tinggalkan… yelah, kata orang, sayang isteri, tinggal-tinggalkan hehehehe… senang cerita, kalau boleh bia bonet tu kosong, kalau ada benda pon, benda2 macam tayar spare dan benda-benda untuk tukar tayar jelah.

Satu benda ni mungkin bercanggah pendapat dan mungkin berbeza mengikut model kereta, tapi kalau ada yang nak bagi pendapat, silakan komen… dulu memula pakai kereta, bila nak balik kampung, saya selalunya akan isi RM50 atau penuh (kadang sampai RM70) sampailah beberapa ketika, saya tergerak hati nak buat eksperimen, saya isi RM30 je.. saya buat beberapa kali, dengan speed yang lebih kurang sama, pada waktu yang lebih kurang sama, hasilnya pon lebih kurang sama… sama ada saya isi RM50 ke RM30, bila saya sampai kat kampung, baki minyak lebih kurang sama je… apa yang saya dapat simpulkan dari eksperimen saya tu, bila minyak diisi banyak, kereta akan jadi lebih berat, jadi… untuk mencapai kelajuan yang selalu saya guna bila balik kampung, saya perlu tekan lebih banyak minyak.. sebab tu hasilnya lebih kurang sama…

lagi 1 tips untuk menjimatkan minyak… yang ni saya bagi kat membe saya, gatal nak pakai kereta cc besa tapi nak minyak macam kereta cc kecik, so saya cakap ngan dia.. cara untuk dia jimat minyak… gantung je kunci kereta dia hehehehe

gantung kunci

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :