Di pondok kecil

Di pondok kecil

di pondok kecil

gambar hasil carian google

 

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

 

lirik lagu di pondok kecil ni saya dapat hasil carian google semalam (17 september, saya tulis entri ni 18 september dah dekat pukul 12 malam), masa tengah tengok ceramah ustaz kazim elias, dalam program die tu, kalau dah jodoh semalam. tak ingat pulak tajuk ceramah die tu ape, tapi pasal kasih sayang terhadap ibu bapa agaknya. Hampir2 pecah gak la empangan air mata jantan ni. Dahla semalam tu la kali pertama saya tengok ceramah die kat kalau dah jodoh tu dari awal, terus die buat saya sebak, selalu tengok iklan atau tengok ceramah die dari tengah, macam kelakar2, tapi entahla… xtaula kenapa boleh tertengok dari awal lak.. bila nak tengok daru awal asek lupe je.

ustaz kazim

ustaz kazim elias

jadi minat tengok ceramah die ni lepas tengok ceramah die kat youtube lebih kurang 2 tahun lepas n lepas dapat tahu die ni adik beradik ngan ustaz yang mengajar saya masa saya sekolah rendah dulu.

ustaz najmudin

ustaz najmudin elias

Banyak punca yang buatkan saya jadi sebak bile tgk ceramah ustaz kazim elias ni… antaranya sebab saya pernah bercerai, masa saya bercera tu, mak bapak saya la yg paling banyak bagi sokongan, mental dan fizikal. antara sebab lain, keluarga saya bukan orang senang, family saya mula ada kereta masa umur saya dh 17, sblm tu g memana naik moto je… kadang naik 1 motor bertiga, kadang saya n adik tak dapat ikut, kadang klu nk ikut, mak, ayah ngan adik bongsu naik motor, saya n adik(angah) naik bas. kadang2 kami sume naik bas… klu nk citer panjang lagi kang basah lak keyboard ni… hmmm… antara sebab yg lain lagi bile ustaz kazim elias cakap, harap adik die dapat tgk rancangan tu bile die cerita psl mak die menyusukan adik die kat tetengah orang, dlm bas, duduk atas lantai bas… apa yg buat saya sebak, bila anak bongsu saya(hasil perkahwinan yg ke 2) menyusu badan, kadang g makan, tak semua tempat menyediakan bilik khas utk breast feeding, malah kompleks membeli belah sekali pon… tak semua ada, cam satu shopping kompleks besar kat sebuah bandar elit, sebesar2 tu, langsung xsediakan bilik utk yg breast feeding, ada lak satu shopping kompleks yang gah ni, dpd 3 tingkat, kat satu tingkat tu je ada satu bilik khas, yang ada tempat duduk… wlaupn keadaan memadai, tapi dpd 3 tingkat, luas rasa2nya 4 padang bola, cuma satu je bilik yang sesuai untuk breast feeding?

wlaupn perceraian tu memedihkan… sampai sekarang pn masih terasa pedihnye… tapi ada banyak hikmah disebalik tu… byk yang manis saya terima lepas tu.

Hasil carian :

fakta mengenai gigi

Fakta mengenai gigi

fakta gigi

Fakta 1 :

Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda

Fakta 2 : Setelah membaca Fakta 1 anda dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 : Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!”

Dan…

Fakta 4 : Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada kawan korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena..

Fakta mengenai gigi xde yang betul pon dalam post ni sebenarnye hehehehe

Hasil carian :

Lawak Sains

Lawak Sains

kartun sains

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Bedah marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

9. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

10. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-‘dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

Hasil carian :