orang asli dibaham harimau

Seperti setiap hari yang lain, 2 orang asli telah pergi ke dalam hutan untuk mencari sumber rezeki. Setelah separuh hari berjalan didalam hutan, 2 orang asli tersebut ke sungai untuk menambah air untuk bekal mereka, semasa mereka beredar, tiba2 mereka terserempak dengan seekor harimau dan salam seorang orang asli dibaham harimau itu. Manakala seorang lagi orang asli itu sempat melarikan diri dari dibaham harimau itu dan dengan segera pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan tentang kematian sahabatnya itu.

dibaham harimau

orang asli: selamat pagi tuan
polis: selamat pagi
polis: apa hal
orang asli: saya nak buat repot tuan
polis: fasal apa tu
orang asli: kawan saya di baham harimau
polis: pukul berapa
orang asli: dia tak pukul, terkam
polis: habis?
orang asli: tak habis, tinggal kepala

Hasil carian :

10 penyakit aneh

10 penyakit ni memang penyakit aneh, tambah aneh bila semua penyakit ni memang sah dalam dunia perubatan. (macam tak percaya lak)

1. Serangan seni (Stendhal syndrome)

art attack

Pengarang buku The Stendhal Syndrome, Dr Graziella Magherini yang telah mengkaji lebih dari 100 pelancong di Florence, Itali yang menjadi sakit apabila berada dalam persekitan karya-karya hebat. Antara gejala penyakit aneh ini seperti jantung berdebar-debar, pening dan sakit perut dan biasanya melanda kepada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun yang jarang keluar rumah..

Dr Graziella Magherini percaya sindrom ini berpunca dari tekanan perjalanan jauh seperti jet lag, dan kejutan melampau masa silam. Gangguan ini dinamakan sempena nama novelis perancis abad ke 19 yang ditenggelami lukisan dinding Gereja Santa Croce di Florence.

Hasil seni yang paling menyakitkan beliau adalah patung Michaelangelo dari David, lukisan Caravaggio dari Bacchus dan bulatan konkrit kubah Duomo.

 


2. Usus Hula-hoop

hula hoop

Pada 26 Febuari 1992, Xu Denghai, seorang pekerja Beijing dimasukkan ke hospital kerana usus yang terpintal selepas terlebih bermain hula-hoop. Kes beliau adalah kes ke 3 dalam masa beberapa minggu sejak kegilaan hula-hoop melanda Cina. Pihak media Beijing menasihatkan orang ramai agak melakukan regangan otot sebelum bermain dan elakkan terus bermain hula-hoop betul-betul selepas makan.

 

3. Ketagihan lobak merah

Pada tahun 1992, British Journal of Addiction menyatakan 3 kes luarbiasa terhadap ketagihan lobak merah.Seorang lelaki berumur 40 tahun telah menggantikan rokok dengan lobak merah. Beliau memakan sehingga 5 tandan sehari dan sentiasa memikirkan tentang lobak merah. Menurut 2 pakar psikiatri Czech, apabila lobak merah dikeluarkan, dia dan penagih lobak merah yang lain menjadi sangat teransang. (macam ni punya orang pon ada?)

 

4. Keinginan kutleri (sudu, garfu dan pisau)

Biasanya teringin untuk makan objek logam. Terdapat kes yg agak melampau, seperti kes seorang lelaki yg berusia 47, Allison Johnson,seorang perompak besar yang sangat suka makan benda2 logam. Beliau telah menjalani 30 pembedahan untuk membuang benda asing dari perutnya. Pada tahun 1992, terdapat 8 garfu dan satu logam pada bahagian kepala mop dalam badannya. Beliau sering dipenjarakan dan apabila dia keluar dari penjara, dia akan ke restoran dan memesan makanan yang banyak dan mahal. Bila tak boleh bayar, dia akan menyuruh pemilik restoran memanggil polis sambil memakan kutleri sehingga polis tiba. (orang macam ni pon ada?)

 

5. Sindrom Dr Strangelove

suka meraba

Secara rasminya dikenalo sebagai Sindrom Tangan Alien, penyakit neurologi yang pelik ini melanda beribu-ribu orang. Ia adalah disebabkan oleh kerosakan kepada bahagian-bahagian tertentu pada otak yang menyebabkan takbalas yang bertentangan dengan apa yang diinginkan oleh pemiliknya. Contohnya, jika pemiliknya hendak membutang baju, tiba-tiba tangannya bertindak menanggalkan butang baju, jika pemiliknya hendak menutup zip seluar, tiba-tiba tangannya bertindak melondehkan seluar. Kadang kala tangannya boleh bertindak lebih agresif dengan mencubit, menampar atau menumbuk pesakit atau pemilik tangan itu sendiri. Terdapat satu kes dimana pesakit mencekik dirinya sendiri. Menurut pakar neurologi, Rachel Doody, pesakit selalunya akan duduk diatas tangannya tetapi ia menjadi longgar dan mula bertindak sendiri.

6. Ruam Gusti Lumpur (Palastaie Limosae)

Dua puluh empat lelaki dan perempuan bergumul didalam lumpur sedalam paras betis di University of Washington. Dalam 36 jam, 7 orang telah dipenuhi dengan tompokan lebam kemerahan berisi nanah seperti jerawat. Manakala selebihnya mengalami selepas itu. Lebam terjadi pada bahagian yang tidak dilitupi oleh pakaian mandi, seorang penggusti yang malang mengalami kesan yang teruk kerana bergusti dalam keadaan bogel. Palastaie limosae dermatitis, atau ruam gusti lumpur mungkin disebabkan lumpur baja yang tercemar. (macam dah takde tempat lain nak bergusti)

7. Orang elektrik

Menurut paranormalist British, Hilary Evans, sesetengah orang elektrik mampu menjana menjana cas elektrik yang cukup kuat untuk merosakkan lampu jalan dan peralatan elektronik. Kes orang elektrik, pada 1786, seorang budak berumur 14 tahun, Angelique Cottin telah menyebabkan jarum kompas berputar liar dengan kehadirannya. Bagi menyiasat kes ini dengan lebih lanjut, Evans mengasaskan SLIDE(Stree Lamp Interference Data Exchange)

 

 8.Epilepsi Mary Hart

Pada 1991, kes Dianne Neale, 49, telah muncul dalam New England Journal of Medicine. Neale mengalami epilepsi apabila mendengar suara hos Entertainment tonight, Mary hart. Neale mengalami sakit perut, tekanan dalam kepala dan kekeliruan. jian makmal mengesahkan pelepasan elektrik yang tidak normal di dalam otaknya, dan Neale mengadakan sidang akhbar bagi menegaskan bahawa dia tidak gila. Dia juga menyatakan tidak mengambil hati pada Mary Hart, yang telah membuat permohonan maaf secara langsung bagi keadaannya.

 

9. Sindrom Loghat asing

Terdapat lebih kurang 50 kes telah direkodkan tentang Sindrom Loghat Asing ini, yang mana mereka mengalami strok atau kecerderaan lain mengamalkan loghat baru. Contohnya Tiffany Roberts Florida mengalami strok dan mula bercakap menggunakan loghat Inggeris. Beliau juga menggunakan beberapa ungkapan seperti ‘Bloody’ dan ‘Loo’ Cik Roberts tidak pernah ke Britain dan bukanlah seorang peminat rancangan televisyen British.

 

Kes yang mungkin jadi kes paling pelik adalah mengenai seorang wanita Norway yang telah koma selepas terkena sepihan bedilan semasa serangan udara pada 1941. Apabila dia terjaga, dia bercakap dengan loghat Jerman yang pekat. Dia kemudiannya dipulaukan oleh jiran-jiran beliau

Mungkin kes oddest berkenaan seorang wanita Norway yang telah jatuh ke dalam keadaan koma selepas dilanggar oleh serpihan semasa serbuan udara pada tahun 1941. Apabila dia terjaga, dia bercakap dengan loghat Jerman tebal. Beliau kemudian dipulaukan oleh jiran-jiran beliau.

petikan dari harian metro online 

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku. Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasan kali kedua dan ketiga di hospital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada. Selepas tiga hari dirawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah, tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap. Tidak lama kemudian, dia mula bercakap bahasa ‘ganjil’ tidak difahami yang didakwa bahasa Cina, Jepun, Korea dan Indonesia.


10. Sindrom Rambut tak boleh disikat

rambut kusut

Pelik kan bunyinye? dah nama pon entri ni pon 10 penyakit aneh… hahaha… penyakit ni juga dikenali sebagai sulaman rambut, keadaan ini menyebabkan kekusutan yang besar. Dalam kes yang dilaporkan pada tahun 1993, rambut seorang wanita 39 tahun telah gugur dan digantikan dengan rambut kering. kasar dan kerinting yang sangat kusut sehingga ianya mustahil untuk disikat. Rambutnya juga berbentuk sangat pelik: keratan rentasnya berbentuk segitiga, seperti buah pinggang bukannya bulat.

 

Dalam satu kes yang lain, seorang wanita dari indiana mahu terus menyimpan rambut yang telah dibelanya selama 24 tahun. Setelah melembabkan rambutnya dengan minyak zaitun selama 2 bulan, rambutnya kembali normal.

 

 

Hasil carian :

CARA TOPUP FREE

CARA TOPUP FREE (crack system)
cara topup free, aku dapat dari kawan yang kerja kat kedai hp, aku pun duduk bersembang dengan dia,,

aku koreklah rahsia pasal hp, akhirnya cair juga dia,, dia ajar aku cara reload prepaid secara percuma atau TOPAP FREE,,
okay, baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri,,

topup free

untuk talian 012, 013, 016, 017 dan 019,,
pasni tak payahlah korang pergi ke kedai untuk topup prepaid,,
cara untuk reload topup dengan cara yang agak illegal,,cara reload ni cuma boleh digunakan 20hb sampai 30hb pada setiap bulan,, sebab setiap talian ini diupgrade pada masa tu,,
kepada pengguna talian 012, 013, 016, 017, 019, dail 1415007 dan tunggu dalam 5saat, nanti korang dengar seperti bunyi bising,, tunggu sampai bunyi itu hilang, pastu dail 9151 dan tunggu sampai 3saat, pastu masukkan nombor hp korang,, nanti korang dengar dia cakap “please insert you pin number” pastu korang masukkan pin ni 011785 45227 00734 tunggu sampai dia kata nombor pin selesai,,
pastu dial 0405 untuk KL dan selangor, 0406 untuk kawasan lain yang terletak di semenanjung,, untuk sabah dan sarawak, dail 0409,,
nanti korang dengar “for airtime topup press 1723″pas dail nombor tu, tekan nombor hp korang sekali lagi,,tunggu sampai bunyi bising selesai, pastu dial nombor 4455147 diikuti dengan nombor 146 selepas 5saat,,
selepas beberapa saat, nanti korang dengar “your pin number is accept” pastu terus dail 1007 dan korang akan dengar “your key number is accept”pastu terus dail 4566 dan korang akan dengar “your password is accept”
pastu terus dail nombor hp korang dan korang akan dengar “pala hotak kau berjambul 666, dalam dunia ni mana ada benda yang free! zaman sekarang masuk toilet pun kena bayar 20sen tau! minyak pulak naik 30sen, banyaklah kau punya topap FREE!!” pastu korang terus end call dan korang akan kata “jahanam punya orang hantar e- mail ini!” tapi lepas itu korang teringin nak menipu mereka pulak kan?hahaha,,dah, pergi buat kerja masing2,, tau nak free aja ya?
*aku pun terkena juga, aku kenakan korang lak,,hahaha =P
credit to all…

*copy dr acul (founder notahati)

 

Hasil carian :

komen tentang video teman pengganti – black & malique

Dok scroll2 news feed fb tadi, ternampaklah akan kenyataan pasal video teman pengganti – black & malique

teman pengganti - black & malique

so saya pon layan la… so pada saya ideanya cam menarik… tapi cam kabur2 la mesej yang disampaikan… then barula saya baca komen Tuan Huzairie Husin…

teman pengganti - black & malique

seperti yang anda boleh lihat komen siti tu, konsepnya sama ngan le mirior…

sama kan konsepnye? huhu… tapi… macam yang anda boleh tengok komen abang long tu(saya la tu hehe) ketara complication atau clash antara tangan yg dpan camera ngan yg dlm cermin, video teman pengganti tu pergerakkan tangan die agak slow, menyebabkan nampak kantoinye, contohnye tangan black turun ke bwh, tangan yg dpan kamera bergerak ke belakang tp belum turun, tangan camera dah sampai kat cermin, tangan black blom…
kebanyakkan org sll amek endah benda remeh camni, tu yg jd xmenarik tu…

cube tengok le mirior punye the making… betapa detailnye mereka… tapi… saya pon xtau the making teman pengganti – black & malique camne kan? hehe…

bukan la nak kondem, just harapkan pembuat2 video atau foto atau ape2 je kat malaysia ni lebih menitikberatkan sesuatu detail tu… gerenti boleh pergi lebih jauh, contohnye cam video upin dan ipin, macam xde cacatnye, ada 1 lagi kartun 3d kat malaysia ni yang selalu dipaparkan kat TV, tapi oleh kerana diorg tak pandang sesuatu tu ngan detail, nampak tak kenanya… antara kelemahan kartun 3d tu, ketebalan kening budak2 tu… buatkan budak2 tu nampak macam orang dewasa, pastu kalau kite tengok upin dan ipin, kenapa dibuat kepala besar, badan kecik, bontot besar macam pakai pampers? supaya bila watak2 tu tak berada sebelah orang dewasa pon, kite boleh nampak yang diorg tu kecik… budak kecik… cube tengok budak2 kecik, tengok orang dewasa, apa bezanya? apa yang besar? apa yang panjang? apa yang pendek? ada beza kan?

Tapi Alhamdulillah, saya tengok banyak kartun, filem kat malaysia ni yg dibuat ngan bersungguh2… ape pon… jom layan video teman pengganti – black & malique ni…

 

 

Hasil carian :