sifu blog ? layak ke?

Malam tadi saje la jengah stats blog ni… dan saya suke tengok dari mana pelawat datang, kalau datang dari blog lain, saya mesti jengah… komen ke tak tu nombo 2, pepehal saya jengah dulu… semalam saya tengok blog saya datang dari cinta-matahariku.blogspot.com

referrer blog

dan benda pertama yang saya akan cari kat blog die tu, kat mana yang dia letak link ke blog saya… cari punya cari… umak aih… dalam bloglist sifu blog die letakkan blog saya.

sifu

tu dia… sekali ngan blog-blog yang hebat, cam denaihati dan eyriqazz. atas dasar ape agaknye die kategorikan blog ni sebagi sifu blog entah… tapi ape pon terima kasihla sebab sudi letak blog yang tak seberapa ni dalam bloglist.

 

Hasil carian :

Cara mengatasi masalah wayar headphone panjang

Cara mengatasi masalah wayar headphone panjang

Kadang2 wayar headphone pon boleh buat saya hilang mood pagi-pagi buta. Bila nak keluarkan dari beg atau poket, dia boleh tersangkut, tersimpul… kita yang tengah tak sabar ni boleh jadi marah… nak beli yang wireless susah nak dapat, kalau ada pon mahal sangat, beratus harganya kalau yang berwayar ni tak sampai 50 ringgit pon…so kat sini saya tunjukkan cara nak kemaskan atau mengatasi masalah wayar headphone panjang yang saya dapat dari popgive ni… apa yang menarik tips ni adalah, selain dari macam mana kita nak gulung wayar ni, ia jugak membantu bila nak gunakan, sekali tarik je dah setel, tak tersimpul

1) Langkah pertama… anda kena jadi rock… hahaha.. buat jari macam ni…

wayar headphone

2) Pegang headphone dengan jari telunjuk dan ibu jari…

wayar headphone

 

3)Selitkan wayar headphone di jari kelingking, dan pegang wayar seperti gambar

wayar headphone

 

4) Tarik wayar ke belakang jari telunjuk dan lalu ke jari kelingking seperti dalam gambar

jari telunjuk

 

5) ulang langkah kat atas berulang kali dengan membuat silangan berbentuk 8 beberapa kali sehingga baki wayar yang tinggal semakin pendek

wayar headphone

6) sekarang gulungkan keliling wayar tadi

wayar headphone

 

7) dan ini bahagian yang paling penting. masukkan bahagian hujung tu di bahagian yang dekat dengan jari kelingking, macam kat bawah ni

wayar headphone

8) tarik sikit kasi ketat.

wayar headphone

9) Tadaaa… dah siap dah.. senang je kan? seketul kecil je hasilnya kan?

wayar headphone

10) Ok, cara nak leraikan pulak, keluarkan hujung yang kita masukkan tadi dan tarik perlahan-lahan

wayar heaphone

11) maka yang terlilit tadi akan keluar.

wayar headphone

 

12) Lepas tu, tarik sampai sudah… huhu….

wayar headphone

 

selesai masalah kan? 1 masalah nak menjadikan benda ni kenyataan adalah… kesabaran… benda ni memerlukan kesabaran, tambah-tambah kalau wayar tu panjang. kenapa saya cakap camtu? sebab bila saya kongsi tips, saya akan cuba. mula-mula memang ok lah… lama-lama jadi hilang sabar gak…

Tambah-tambah kalau time nak balik, menggulung ni agak mengambil masa gakla… kadang sampai terlambat balik, bila lambat balik, pergi ofis, ofis dah tutup, tak dapat nak punch card balik. bila tak punch card time balik, kena la lecture manis sikit hehehe

Hasil carian :

Otai forklift masukkan syiling ke dalam botol guna forklift

Dulu masa habis spm, saya pernah keje kilang lebih kurang 6 bulan, masa yang singkat kan? tapi dalam masa yang singkat tu hampir semua department kat kilang tu saya dah penah rasa keje… Paling gila skali bila saya jadi bidan terjun, jadi forklift driver, memula tu saje2 main2, yela.. orang baru dapat lesen kereta, asal jumpe benda boleh tekan minyak, ada stering, sume nak dilenjanye… Then tiba2 forklift driver group saya tu benti keje, notis 24 jam… trus diorg letak saya sebagai forklift driver.. tapi forklift yang saya drive tu kecik je… lebih kurang camni…

forklift

takde cermin, kalau hujan, selalunya kitorg(forklift driver) guna plastic wrapping balut untuk mengurangkan basah… basah tu basah gak… tapi takde la kuyuk sekuyup-kuyupnya…

Macam otai forklift ni, dia pakai forklift besar, berjalan pon ada gaya..hahaha… tapi tak boleh dinafikan yang dia ni memang ada skill yang tinggi la…

andai kata tak boleh play, klik kat liveleak untuk tengok video tu dari sana

 


 

hebat tak? hebatkan? kan?

Hasil carian :

App android yang mengubah bunyi kereta

Korang ada angan-angan nak pakai kereta-kereta sport yang mahal macam kereta cam mustang, BMW, Ferarri, Lamboghini dan sebagainya? Tapi tak mampu kan? sama macam saya… nak beli sport rim dia aje pon belum tentu mampu… Nak buat bunyi pakai mulut? dah naik bosan, stering tu pon dah penuh dengan air liur sebab dok buat macam-macam bunyi.. Bila terpandang henset tu terfikir lak… kalaulah ada app android atau iphone yang boleh tukar bunyi kereta korang tu kepada bunyi ferarri ke mustang ke kan? ada… jangan risau… Memperkenalkan XLR8, satu app untuk android dan iphone atau ipad yang mampu membuat korang perasan cam korang bawak muscle car, atau sport car. app android yang tukar bunyi kereta

Canggih tak? tapi apa yang tak bestnye.. app ni kena bayar… tapi takla mahal sangat, 0.99 USD JE… hehehe..

Hasil carian :