10 kata-kata hikmah steve jobs

10 kata-kata hikmah steve jobs

steve-jobs-appleSteve jobs, (pengasas apple) a.k.a “The Podfather” akan sentiasa dikenang kerana telah memperkenalkan teknologi digital yang telah banyak mengubah kehidupan manusia pada hari ini menjadi lebih bijak dan mudah. Dia mungkin tidak boleh menjadi teknokrat terhebat dalam generasinya  tetapi beliau adalah antara salah satu pengguna teknologi terhebat sepanjang masa. Disini saya memaparkan Top 10 kata-kata hikmah steve jobs yang memberikan sentuhan emas.

1. Reka bentuk bukan hanya pada rupa dan rasa semata-mata. Reka bentuk adalah bagimana ianya berfungsi

2. Saya nak letak satu ding(bunyi) pada alam semesta

3. Inovasi membezakan antara ketua dan pengikut

4. Kadang-kadang bila kamu mencipta sesuatu yang baru, kamu buat silap. Adalah baik jika kamu segera akui kesilapan itu dan terus memperbaiki kesilapan itu pada rekaan lain.

5. Berada ditanah kubur sebagai orang paling kaya tidak penting pada saya. Masuk tidur pada waktu malam dan berkata “Kamu telah melakukan sesuatu yang menakjubkan”… itu yang penting pada saya.

steve jobs iphone

6. Kenapa nak jadi tentera laut bila korang boleh jadi lanun?

7. Saya selalu ingin memiliki dan mengawal teknologi utama dalam segala yang kitalakukan.

 

8. Kita tak selalu berpeluang untuk buat banyak benda, jadi setiap benda perlulah jadi yang terbaik. Hidup ni singkat, lepas tu kita mati. Kita yang memilih untuk melakukan semua ini dalam hidup kita. Jadi, lebih baik ianya jadi yang terbaik. Ianya berbaloi.

9. Ianya dah jadi salah satu mantera saya – fokus dan mudah/sederhana. Mudah/sederhana boleh jadi lebih susah dari rumit. Anda perlu bekerja keras untuk membuatkan fikiran anda jadi mudah. Tapi ianya berbaloi akhirnya, sebab bila anda dah dapat mencapainya, banyak lagi yang dapat dicapai.

10. Saya rasa jika kamu boleh buat sesuatu dan menjadikannya bagus, maka kamu patut pergi buat benda lain yang menakjubkan. Jangan buang masa dengan benda itu terlalu lama. Fikirkan apa seterusnya

Hasil carian :

Ada apa dengan Bersih 3.0 ni?

Ada apa dengan Bersih 3.0 ni? tengok banyak blog dok cerita pasal benda ni.. ada yang join skali. ada yg share gambar, ada yang share video, ada yang bagi pendapat pasal bersih 3.0 ni.

bersih 3.0

Semalam, sorang kawan mintak tolong saya untuk menyiapkan blog atau portal untuk visitkualalangat.com yang akan dilancarkan mungkin esok atau lusa sempena bulan melawat kuala langat, mei ni. bincang2 lebih kurang sejam lebih, then dia tanya pendapat saya pasal bersih. 1 je saya cakap kat semua orang yang tanya saya, apa yang buat saya tak suka pasal bersih, sebab tahun lepas, pakcik saya tak dapat datang ke majlis perkahwinan saya sbb dia stuck dalam jam masa perhimpunan bersih tu.Then dia tanya, apa yang diperjuangkan oleh bersih ape semua ni macam mana? apa pendapat saya? Owh… kalau bab yang tu saya tak amik port sangat pon… sbb saya tak berapa nak follow ngan politik, tak berapa minat. Banyak lagi perkara n tempat yang boleh saya gunakan untuk mengusutkan kepala daripada nak kusutkan kepala ngan propaganda, cerita panas politik Malaysia nih.

Then sorang lagi dok chating ngan saya pasal bersih, dia tanya saya, saya jawab dengan jawapan yang lebih kurang sama gak. Then oleh kerana yang bertanya kali ni seorang blogger dan suami kepada blogger juga, so dia cakap sebagai blogger, saya kenalah amek tau n share pasal berita terkini. Well… pada saya, apa yang dia cakap tu memang betul, sebab tu akan menaikkan traffik blog, tapi pada saya, tak semestinya kena share pasal politik je. Pasal kenaikkan harga minyak, pasal kenaikkan harga barang, pasal konsep 1Malaysia ape semua tu je… antara berita terkini yang saya share, pasal Marco simoncelli, pasal Steve Jobs, adelah naikkan sikit peratus traffik blog saya.

 


 

Tapi tu tak kekal lama… so far, entri yang membuatkan traffik blog saya menceceah 60 ribu UV(Unique Visitor) sehari adalah traffik R&R seremban. yang buatkan sampai bandwith saya habis, sampai saya terpaksa bertukar ke VPS.

Ape sebab saya tak suka share berita yang orang lain banyak share, antara sebabnya, nanti friend facebook saya jadi bosan bila bukak home dia, semua dok cerita benda yang sama, saya pon bosan bila bukak home, semua cerita pasal benda yang sama. Lagi satu, saya punya perangai ni agak pelik sikit. saya tak suka apa yang orang ramai suka… contohnya, team bola sepak Mancehster United, saya tak suka team Manchester United, bukanlah sampai tahap benci, just, kurang berminat, sebabnya ramai sangat orang minat, tu je… cam tak ekslusif je… hahaha… tapi orang akan lebih menyirap bila tanya “abes klu ko tak minat MU, ko minat ape?” ngan selamba saya jawab “Johor FC” sambil gelak. hahaha… saya tak minat mana2 pon… klu bab bola ni, wife saya yang minat, saya ni kaki bangku, minat tengok pon takde.

Antara sebab kenapa saya tak suka politik, sebab saya agak hebat dalam berdebat, bila saya nak berdebat, saya akan pastikan saya akan menang. Saya akan menang sebab saya pandai menghuraikan hujah sampai pihak lawan akan pening dengan hujah tu. Tapi apa guna saya nak berdebat kalau saya tak tahu pihak yang saya wakili tu betul2 baik atau tak baik? so mencegah lebih baik dari mengubati. Dan salah satu sebab lain, sebab politik yang telah memutuskan persahabatan saya dengan sorg kawan. Macam mana boleh jadi macam tu? biarlah rahsia.

Pada saya, dari saya dok sibukkan diri nak buat entri pasal bersih 3.0 ni, baik saya makan buah mangga yang wife saya dah potong tu… hehehe…

Perkara yang perlu dielakkan bila first date

1st date ni tak bermaksud 1st time korang keluar dengan perempuan(kalau korang lelaki) atau lelaki(kalau korang perempuan), 1st date ni mungkin date/ temujanji pertama korang dengan seseorang yang korang tak pernah keluar sama2, mungkin 1st time korg keluar sama2 pada hari minggu, mungkin sebelum ni korang pernah keluar sama2, tapi time lunch kejap. Ni 1st time korang keluar sama2 time hari cuti, tu pon boleh dikira 1st date gak. 1st date merupakan date yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling penting, date ni penentu sama ada korang serasi atau tak dengan si dia, sama ada hubungan ni akan naik ke satu level yang lebih tinggi.

Tepati masa

tepati masa

-Tolong jangan jadi JANJI MELAYU!!! Janji pukul 9.30, pukul 11 baru sampai. Kalau si dia spesis macam saya, jenis tak suka menunggu dan ditunggu, dan korang lambat, memang silap besarla… 1st date boleh jadi masa penilaian dan dia adalah jurinya… tambah2 kalau dia ni tengah buat perbandingan, kot2 ada banyak pilihan, so buktikan yang korang terbaik… Kalau tersangkut dalam jam atau kereta breakdown, bgtahu dia cepat2, jangan sampai die tanya korang dah sampai mana.

-Kalau boleh jangan datang terlalu awal, kalau date pukul 9.30, jangan la pukul 8 korang dah sampai, kang mood teruja korang tu hilang pulak.

 

Jangan layan telefon

abaikan telefon

–        Beri perhatian penuh untuk dating kali ni… Kalau telefon korang tu asik berbunyi je, offkan sekejap untuk beri ruang untuk date kali ni… kalau korang ada lebih dari 1 telefon, offkan satu, yang selalunya dihungi oleh ramai orang, biar satu yang family korang tahu nombo tu on. Jangan biarkan telefon tu ganggu tumpuan korang ketika date kali ni… Ini akan memburukkan persepsi si dia. Mungkin dia akan serik untuk keluar dengan korang lagi.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,352,395)

Jangan membebel

–        Memang betul… kalau date tu berjalan dengan senyap, memang boring, tapi kalau korang je membebel, tak bagi peluang kat die nak bercakap atau berkongsi pendapat pon tak bagus, mungkin dia akan menganggap korang ni sepsis yang dominan atau autokratik macam alongxp… hehe…

Dengar.

good listener

–        Kepada lelaki, jadilah pendengar setia… mungkin masa ni awek tu nak luahkan kesedihan dia, kalau korang jadi pendengar setia, dan lagi bagus korang bagi kata2 motivasi. conform akan adalah 2nd,3rd dan seturusnya lepas ni(tips berdasarkan pengalaman peribadi saya)

–        kepada perempuan, nilah masanya korang nk kenal diri dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka… orang lelaki ni jarang suka bgtau banyak kali. so sendiri mau ingatla kan? kalau korang betul2 nak kat dia, buat apa yang dia suka, jangan buat apa yang dia tak suka.

Jangan bukak topik panas

mereka bertengkar

–        Senyap sangat pon jangan, membebel sorg2 pon jangan,  bagi peluang dia cakap gak, tapi elakkan dari membuka topik panas yang boleh menjadikan korang pedebat tak diiktiraf. Antara topik panas adalah topik agama atau lebih khusus lagi POLIGAMI. Tak banyak pompuan yang boleh terima benda ni, kadang2 ustazah pon boleh menegakkan benang yang basah bab ni… so jauhkan dari bukak topik2 berkaitan benda2 macam tu. dan antara topik panas lain adalah politik, kadang lelaki ni ada pandangan tersendiri, bila kita silap orang, mau ditinggalnya korang terkebil2 kat tengah jalan. Cuba deengan topik yang dia minat, macam hobi ke.. artis kegemaran dia ke, fesyen ke. ok?

 

Jangan bukak cerita hubungan lalu

cerita lama

–        Seboleh-bolehnya jangan bukak cerita pasal ex korang, sama ada psl kebaikan atau keburukkan die, bukan untuk 1st date ni je… 2nd , 3rd even dah kawin sekali nanti pon, elakkan bukak  cerita pasal ex korang, tu pesan sorang KAKAK kepada sya dulu… tambah dia lagi walaupun untuk niat nak memuji pasangan kita sekarang atau nak menunjukkan yang dia lebih baik dari pasangan kita dulu.

Jangan lupa melawa

berpakaian kemas

–        Wlaupun korang ni spesis macam saya, g KLCC pon pakai selipar jepun, pegi raya rumah orang pon pakai seluar pendek, untuk date kali ni, cuba pakai kemas, lawa, menawan, wangi dan semenarik mungkin. Si dia takkan tegur benda yang dia tak suka untuk 1st date ni, dan ni akan memberikan satu persepsi yang kurang baik. Lagi best kalau korang cuba buat kajian die suka orang berpakaian macam mana, then pakai pakaian yang macam tu. 😉

 

Jangan lupa buat rancangan

perancangan

–        Buat plan, jadikan plan korang tu sebagai plan B, kot2 si dia tak tahu nak g mana, dan kalau boleh, buat backup plan skali. Jangan biarkan 1st date tu sebagai satu benda yang membosankan, dengan tak tahu nak buat apa, dok lepak kat kedai buku je ke. Plan apa yang nak dibualkan, kat mana nk g makan, cerita apa nk tengok, apa suprise yang nk diberi.

 

Jangan tengok orang lain

memandang yang lain

–        Jangan nak sibuk tengok orang lain, tambah2 kalau yang berlainan jantina(lelaki tengok perempuan, perempuan tengok lelaki.) tak baik tau… lagi fail kalau kantoi. habislah korang… Stay focus!!! anggap macam xde orang kat sekeliling, fokus kat die je…. die je…

(Visited 7,074 times, 5,352,395)

Hasil carian :

Antara 10 orang yang mati pada ulangtahun kelahiran

Antara 10 orang yang mati pada ulangtahun kelahiran

1. Betty Friedan (4 Febuari 1921 – 4 Febuari 2006):

Betty Friedan

Seorang aktivis feminisme Amerika terkenal dan seorang pengarang terkenal bagi “Mystique The Feminine”, Betty Friedan adalah satu nama yang disanjung dalam masyarakat Amerika. Gadis bijak ini adalah presiden pertama bagi “Pertubuhan Kebangsaan bagi Wanita” dan penyumbang utama dalam membawa wanita kedalam arus perdana masyarakat Amerika. Tepat pada ulangtahun kelahirannya yang ke 85, beliau meninggal dunia dirumahnya di Washington D.C akibat kegagalan jantung konsegetif.

 

2. Bunny Austin (26 Ogos 1906 – 26 Ogos 2000):

Bunny Austin

Satu imej ionik bagi sejarah tenis british. Henry Wilfred “Bunny” Austin sangat dikenali sangat dikenali sebagai pemain tenis pertama yg memulakan trend memakai seluar pendek semasa pertandingan. Austin dan Fred Perry bersama2 menyumbang bagi kemenangan untuk pasukan British dalam piala Davis selama 3 tahun berturut-turut(1933-1935). Beliau juga merupakan pemain lelaki British pertama yang sampai ke peringkat akhir di Wimbledon. Henry Wilfred “Bunny” Austin mati dirumah penjagaan pada ulangtahun hari lahirnya yang ke 94.

 

3. Michael Aris (27 Mac 1946 – 27 Mac 1999):

Michael Aris

Suami kepada pemenang anugerah Nobel ahli politik burma, Aung San Suu Kyi, Michael Aris menjadi terkenal selepas menulis beberapa buku mengenai agama Budha dan meneroka beberapa budaya tersembunyi ceruk Himalaya, Bhutan dan Tibet. Beliau juga pernah mengajar sejarah Asia di Kolej St. Antony’s, Oxford. Selepas bertarung sekian lama dengan penyakit kanser prostat, Michael Aris akhirnya meninggal di Oxford, United Kingdom pada ulangtahun kelahirannya yang ke 53.

 

4. FDR, Jr. (17 Ogos 1914 – 17 Ogos 1988):

Franklin_Delano_Roosevelt_Jr

Franklin D. Roosevelt, Jr adalah anak kepada Presiden Amerika ke 32 Franklin D. Roosevelt, Sr., beliau dikenali sebagai ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai ahli kongres negara itu dari 1949 hingga 1955. Selain dari sumbangan utama dalam politik Amerika, Beliau juga diingati sebagai pegawai Tentera laut pada Perang Dunia ke 2 yang mana Franklin D. Roosevelt, Jr telah menunjukkan keberaniaanya semasa peperangan di Casablanca. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di hospital New York komplikasi kanser paru-paru.

 

5. Ingrid Bergman ( 29 Ogos 1915 – 29 Ogos 1982):

 (Newscom TagID: dpphotos018490)     [Photo via Newscom]

Ratu kecantikan semulajadi yang luar biasa dan sangat dikenali sebagai orang yang mengelak dari bersolek tebal seperti pelakon kontemporari, Ingrid Bergman adalah satu bintang Hollywood yang sangat menyinar dan masih dikira sebagai salah satu pelakon wanita terhebat sepanjang zaman. Selepas sekian lama bertarung dengan kanser payudara, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada ulangtahun kelahirannya yang ke 67 di London.

 

6. Norman Haworth ( 19 Mac 1883 – 19 Mac 1950):

Norman Haworth

Seorang ahli kimia british dan seorang Profesor Kimia di Universiti Birmingham, Norman Haworth telah dianugerahkan Hadiah Nobel 1937 dalam Kimia kerana telah melaksanakan penyelidikan dan penyiasatan mendalam pada kabohidrat dan Vitamin C. Beliau telah membangunkan unjuran Haworth semasa kerjaya mengajarnya dan digunakan secara meluas dalam Biokimia bagi menterjemahkan struktur 3-D gula yang kompleks kepada bentuk grafik 2-D yang mudah. Pada ulangtahunnya yang ke 67, beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Birmingham.

 

7. Ahmad Zahir ( 14 Jun 1946 – 14 Jun 1979):

Ahmad Zahir

Ahmad Zahir sangat dikenali sebagai Godfather bagi arena muzik Afghanistan, merupakan anak kepada Abdul Zahir, pemimpin Afghanistan yang berpengaruh yang juga Perdana Menteri Afganistan dari 1971-1972. Lagu Ahmad Zahir masih dipuja oleh peminat muzik kerana menaikkan emosi semangat, gaya syair, kedalaman budi dan ton merdu. Kerana membalas dendam dasar Kerajaan Marxsis, lagenda muzik ini dibunuh pada umurnya genap 33 tahun.

8. Raphael ( 6 April 1483 – 6 April 1520):

Raphael

Raphael adalah pelukis Itali yang membentuk “the trinity of the great masters of the High Renaissance” bersama Leonardo da Vinci dan Michaelangelo (Macam group ninja turtle je hehe). Lukisan Raphael, “The School of Athens” dianggap sebagai sebagai salah satu lukisan yang paling mengagumkan hingga hari ini. Menurut seorang pelukis terkemuka, Giorgio Vasari, akibat seks melampau, Raphael jatuh sakit dan mati pada tarikh ulangtahunnya yang ke 37 akibat salah rawatan.

 

9.George Washington Carver ( 5 Januari 1864 – 5 Januari 1943):

George Washington Carver

Seorang ahli botani terkenal dan juga seorang pencipta yang mempunyai bakat yang luar biasa, George Washington Carver telah mencapai pencapaian besar dengan melalukan penyelidikan rapi dalam promosi tanaman alternatif kepada kapas. Atas sumbangan besar beliau dalam penyelidikan pertanian, beliau telah dianugerahkan Pingat Spingarn berprestij iaitu NAACP. Pada suatu hari, beliau telah jatuh tangga dan tidak lama kemudian, akibat dari kejadian itu, belaiu mati pada umurnya genap 78 tahun.

 

10.Elizabeth of York ( 11 Febuari 1466 – 11 Febuari 1503):

Elizabeth of York

Anak perempuan King Edward IV(4) England dan isteri kepada Henry VII(7) ini dipuja seluruh murid2 kerajaan beliau kerana sifat pemurah, baik hati dan lemah-lembutnya. Elizabeth of York mempunyai 7 orang anak tetapi hanya 4 yang hidup sehingga dewasa. Beliau mati ketika umurnya genap 37 akubat komplikasi melahirkan anak.

Hasil carian :