Website FAM kena hack?

walaupun saya ni tak berapa minat tengok game bola sepak, dan saya mengaku yang saya memang tak pandai-pandai bermain bola sepak dan apa-apa permainan bola yang menggunakan kaki sebagai anggota utama. tapi bile terpandang berita ni, teringin gak la nak bukak laman web FAM kan? bila saya bukak lepas baca berita ni, yang saya nampak cuma

Index of /

 

dah kena buang habis nampak? haha…

bola sepak
CERCA…laman web FAM tercemar dengan kata-kata mengkritik pucuk kepimpinan.

LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Tinjauan Arena Metro mendapati, penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic’ (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.

Usaha mendapatkan maklum balas mengenai pencerobohan laman web itu gagal apabila Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad gagal dihubungi.

Bagaimanapun sumber dalaman FAM mengesahkan perkara itu dan ia sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, laman web FAM pernah diceroboh pada 27 Oktober tahun lalu apabila penggodam bertindak mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ serta rakaman dua video berbaur provokasi.

Difahamkan pada masa itu, tindakan didorong rasa marah segelintir pihak dengan keputusan badan induk bola sepak tanah air itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu.

(sumber)

 

Hasil carian :

mimpi siang hari yang menakutkan!!!

saya jarang tidur siang… antara sebabnya, sebab tidur kejap memang tak memuaskan… dalam seminggu, kalau ada tidur siang pon, weekendlah harinya… tu pon sangat jarang… tambah2 kalau mrs. alongxp ada kat umah… tapi tadi,lebih kurang pukul 2 lebih, dekat2 pukul 3, die layan muvie sorcerer and the white snake.. die suka sangat tgk citer tu… ntah dah berapa belas kali die tengok citer tu… saya dah naik bosan, sampai saya tertidur…

tau2 saya tersedar dalam pukul 5 suku.. Ya Allah… menakutkan tul mimpi tu, bila saya celik mata, saya cari mrs.alongxp, terus saya cakap, mimpi rupanya… terus takut nak lelap balik… mimpi yang sangat menakutkan beb… benda ni pernah jadi skali… masa tu saya difitnah… tapi kali ni(dalam mimpi), saya betul2 dah buat silap, dalam mimpi tu, saya terjaga dari tidur, dengan kepala yang mamai, saya dah buat silap yang menghancurkan hidup saya kali ke dua, keadaan dan orang sekeliling tak bagi peluang untuk saya betulkan keadaan… damn…

tak tau camne nak cerita.. tu yang tak pasal2 saya yang tak pandai melukis, dan dah lama tak melukis ni tetibe melukis gambaran masa dalam mimpi tu…

tapi… dek kerana bila melukis tu, terbayang balik mimpi tadi… saya tak dapat nak siapkan lukisan tu… walaupun tibe, saya boleh melukis selancar otai meluksis… tapi oleh kerana trauma yang melanda… menikam2 jiwa… saya tak jadi nak siapkan n upload kat sini…

huh… serius menakutkan… harap2 tu hanya mimpi yang takkan datang lagi, sama ada dalam mimpi atau realiti…

tolong beri petunjuk …

petunjuk.. petunjuk … mana korang biasa dengar perkataan tu? dari cerita clues blues versi bahasa malaysia kan?

petunjuk …. tu la yang sedang bermain dalam kepala otak saya sekarang ni… apa bendanya? sebenarnya… saya dapat invitation dari nuff untuk ke event maxis… lebih kurang camtu la… masalahnye… event tu kat klcc… masalah tul la klu nk g town kl ni… bukan masalah tak tahu jalan, kl tu bukan susah pon, kalau sesat pon, paling2 pon sampai genting ke… seremban ke… rawang ke… hahaha… msalahnye nak meredah jam tu.. nak cari parking lagi…

nak naik public transport? saya dok banting.. pukul bape nk gerak? nk naik bas sampai ke klang… pastu naik komuter, naik lrt… ntah bape jam xtau… last saya naik bas tambang a.k.a bas lompat2 ni… rasanya 8 tahun lepas… last naik komuter rasanya 4 tahun lepas kot… star, putra lrt ni xingat la bila… rasanya 4-5 tahun lepas kot…

baru2 ni sorg membe ckp, sistem beli tiket lrt dah lain.. die yg sll naik pon kadang2 fail benda tu… inikan saya yg dh bertahun… camne ni? apa yang paling penting kat sini… adakah berbaloi usaha saya nak g ke sana tu? nuff dah berbulan2 xbg earning kat saya… sampai rasa cam nak remove je… dah 2 kali saya g event nuff.. tapi sama je macam xpenah g…

so saya harap korang boleh bagi komen sama ada saya patut atau x pegi event tu…

10 shortcut keyboard yang patut diketahui

Benda ni ramai yang dah tahu.. tambah-tambah student IPT kan? haha… saya pon pernah study, so saya tahu lah hehe… tapi ramai jugak yang tak tahu, atau lupa… so kat sini saya nak share sikit.. 10 je… nanti saya buat shortcut keyboard yang lebih lagi cam shortcut untuk word ke adobe photoshop ke kan?

Bonus TipCtrl + C atau Ctrl + Insert

copy teks yang telah di highlight atau item

Bonus TipCtrl + V atau Shift + Insert

Paste teks atau item

Bonus TipCtrl + Z dan Ctrl + Y

Ctrl+Z untuk undo, contoh anda terlebih highlight teks dan terdelete, so cara mudah nak dapatkan balik apa yang anda dah terdelete tadi, just tekan ctrl dan button z, kalau dah terlebih undo, tekan ctrl dan button y

Bonus TipCtrl + F

ni lah shortcut kegemaran saya bila edit koding template.

Bonus TipAlt + Tab atau Alt + Esc

Menukar program yang dibuka, belakang ke depan

Bonus Tip Tekan Ctrl + Tab untuk tukar ke tab kanan dalam satu program(contoh tukar tab yang dibuka dalam browser seperti chrome)

Bonus Tip Tekan  Shift+Alt + Tab atau Shift+Ctrl + Tab akan menterbalikkan kedua2 proses diatas, contohnya jika Ctrl+Tab ditekan, tab dalam browser akan dibuka dari satu tab ke 1 tab ke kanan, jika Shift+Ctrl + Tab ditekan, tab akan dibuka ke kiri.

Bonus Tip Pengguna Windows Vista dan Windows 7  boleh menekan butang Windows/Start+ Tab untuk menukar program dengan paparan begini

tukar program

Bonus TipCtrl + Backspace dan Ctrl + Left arrow / Right arrow

Setiap patah perkataan boleh di padam dengan menekan butang Ctrl + Backspace seperti dibawah berbanding dengan hanya menekan backspace yang akan memadam satu persatu huruf


Bonus TipCtrl + S

Satu shortcut yang wajib diketahui dan perlu kerap digunakan… walaupun windows ada recovery, tapi kadang-kadang human error boleh terjadi. contoh satu keadaan, seorang wanita datang tanya saya, boleh ke dia nak dapatkan balik fail word yang dia lupe nak save, die tertekan tanda pangkah, dan TERtekan no untuk save fail tu.. so saya cakap, tak boleh… sbb die sendiri yang dah tekan no.

Bonus TipCtrl + Home / End

Meletakkan cursor pada pemulaan atau akhir dokumen(lihat video dibawah)

Bonus TipCtrl + P

Cetak dokumen

Bonus TipPage Up / Space bar dan Page Down

Untuk melihat ke halaman seterusnya, tanya perlu menekan arrow ke bawah dengan lama, atau menggunakan mouse, gunakan page up atau page down atau space bar