10 bandar tertua di dunia

10 bandar tertua di dunia

(sumber asal)

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.
Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.
Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.
Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancong .
 

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,229)

9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai bandar Thebe, adalah bandar indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra mengikut kepercayaan Mesir kuno. Apabila pelacongan dikenali di dunia, bandar ini sudah ramai dikunjungi pelancong, banyak pelancong di zaman Romawi dan Yunani mengunjungi bandar ini.
Luxor adalah bandar paling popular di Mesir. Bandar ini terdiri dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika bandar ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.
Bandar ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bersebelahan dengan Luxor, dan sekarang bergabung menjadi satu.
8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Bandar ini terletak 375 km di selatan Kaherah. Bandar ini adalah bandar terbesar di Mesir Kuno dan adalah bandar pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang bandar ini adalah bandar paling penting sebagai pusat pertanian dan juga bandar terletaknya universiti ketiga terbesar di Mesir.
7. Xi’an China, (2205 SM)
xi'an china
Dengan sejarah panjang yang terbentang sehingga 30 abad lamanya, bandar ini adalah salah satu bandar paling penting dalam sejarah China. Bandar ini adalah salah satu dari empat bandar Kuno paling agung di China. Bandar ini banyak sekali yang menarik dan mempunyai tempat yang setanding dengan sejarah bandar Athens, Kaherah dan Rom.
Berbagai tinggalan kuno dan tempat budaya penting menletakkan bandar ini sebagai Muzeum Sejarah Semulajadi. Muzeum Teracota yang berada di bandar ini juga dianggap sebagai “Keajaiban Ke Lapan Dunia”.

6. Giza, Mesir (2568 SM)
Napoleon Bonaparte memberikan pidatonya kepada tenteranya sebelum pertempuran Giza pada 1798, katanya “Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak bergeser.”
Orang mungkin tidak percaya bahawa Giza sebenarnya adalah bandar tersendiri yang terpisah dengan Kaherah, tapi kerana perkembangan Kaherah yang cepat, Giza seakan ditelan oleh Kaherah.
Di bandarini, terdapat Piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga. Dataran Giza akan diubah menjadi Grand Museum of Egypt, yang dijangkan siap pada 2012.
5. Konya, Turki (2600 SM)
Bandar ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1000 meter di atas aras laut. Bandar yang di dirikan di atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu bandar yang paling menarik di Turki.
Salah satu muzeum paling popular di bandar ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair Turki terkemuka. Berbagai muzium indah terdapat di bandar ini. Antaranya, adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.
4. Zurich, Switzerland (3000 SM)
Sebagai bandar terbesar di Switzerland dan sekaligus tertua di Eropah, Zurich didirikan di zaman Romawi dengan nama Turicum. Warisan masa lalu ini dapat ditemui di berbagai tempat di bandar tua Zurich.
Lorong-lorong sempit yang dipenuhi dengan kafe, kedai barang antik dan butik. Bahnhofstrasse, adalah salah satu lorong yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.
Grossmünster dan Fraumünster adalah dua gereja tua yang penuh dengan rekabentuk dalaman yang indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia.
3. Kirkuk, Iraq (3000 SM)
Dengan berbagai bekas arkeologi yang berusia lebih dari 50 abad, Kirkuk adalah bandar paling penting bagi orang Kurdis. Bandar ini juga menjadi pusat industri minyak Iraq. Mungkin tidak banyak yang mendapat perhatian pelancong, tapi Kirkuk terletak di bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.
Bandar ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga Kerajaan besar: Asiria, Babelon dan Media, yang saling bergantian mengambil alih kuasa atas bandar ini. Di bandar ini terdapat makam Nabi Daniel dan Pasar Al Qaysareyah. Qal’at Jarmo dan Yorgan Tepe yang berada di pinggiran kota ini akan memberikan pengalaman hidup di masa lalu.
2. Jerusalem (3000 SM)
Bandar suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi. Bandar ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan berbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.
Bandar ini terbahagi menjadi tiga bahagian: Jerusalem Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat pertempatan populasi Arab, dan bandar tua, dengan pemandangan indah yang luar biasa .
1. Gaziantep, Turki (3650 SM)
Bandar yang dulunya dikenali dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibukota negeri yang sama dengan namanya. Giazantep ini adalah bandar tertua yang masih tegak berdiri. Bandar ini mempunyai sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Bandar ini terus menerus di tinggalkan sejak zaman Paleolithic, dan membangun semula bersama dengan kerajaan Uthmaniah.
Giazantep adalah bandar yang ramah, dan terdapat berbagai masjid, madrasah, penginapan malah tempat mandi yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah rumah tua dari batu mempunyai taman dan pohon anggur yang menghiasi.
 

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,229)

Hasil carian :

7 keajaiban dunia purba

7 keajaiban dunia purba

1. Pyramid of Giza

Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

2. Acropolis of Athen

Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadunGreek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenalPheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.

3. Machu Pichu

Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco,Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.

4. Stonehenge

Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.

5. Chichen Itza

Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina MayaChichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa. 
6. Pompeii

Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, ItalyPompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.

7. Ayutthaya

Dibina pada tahun 1350 oleh King U-ThongAyutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.(sumber asal)

 

cer tengok jap ape cerita si emma nih

 

Hasil carian :

Mengapa yahudi bijak?

Artikel ni saya dapat dari emel dalam 4 tahun lepas… masa tu fb tak popular lagi, friendster, myspace tak terlalu mempengaruhi kehidupan kita tak macam facebook skrg, skrg ni even makcik yang umo 65 tahun pon ada fb, bile bukak internet je, fb lah dulu yang dibukaknye… hehe…

ok, balik kepada tajuk tadi, mengapa yahudi bijak… ingat ya… ni bukan penulisan saya, ni saya dapat dari emel beberapa tahun lepas…

yahudi

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,
da, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah �S tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak..

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
FINISH.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,229)

10 rekaan bus stop yang pelik dan best

Kat malaysia ni saya tak tahu lah kat mana nak jumpa bus rekaan bus stop yang pelik macam kat bawah ni, tapi kalau masuk ke Desa Tun Hussein Onn, Jalan jelatek, ada bus stop bentuk topi2 askar, tapi tak tahu lah ada lagi ke tak sekarang ni.. saya pon dah bertahun tak pergi sana.

skate bus

agak-agak bosan menunggu bas, boleh gak layan skate, sambil2 practice ke kan?

school bus stop

bus stop ni dibuat dari 3 buah bas lama, bas tahun 1962, 1972 dan 1977.

buah besar

hentian bas gergasi di japan, buat saya teringat kat sorg adik saya, dulu masa dia kecik, ape benda je yang bentuk makanan, semua dia makan… hahaha

hentian gol

Bus stop gol bola di Sao Paulo, Brazil untuk mempromosikan piala dunia

bas arnab

“Waaaarrgghhh… makan makcik” kata arnab besar dari Rusia nih… hahaha

Bus stop ni terletak di Ventura, California yang direka oleh  Dennis Oppenheim. pelik tak? hehe

saya rasa ramai yang tak nak duduk kat hentian bas ni, melainkan diorang yakin berat badan diorang adalah ideal hehe

fuuhh… smart kan?

buaian

seronok… boleh nyanyi lagu buai ku laju macam kat bawah ni…

macam ni baru sedap tido.. hehehe

Hasil carian :