semangat hari raya aidilfitri…

entri ni aku buat 4 hari lepas, biasa la…bile ada idea,terus je buat kadang aku buat sampai 3-4 entri skali,pastu set autopublish,  barula tiap2 hari blog aku berupdate.

masa entri ni dipublish(published), aku dah on the way balik ke kota tinggi johor,malam ni aku tdo umah mak mertua aku, dekat je ngan kampung mak aku,jarak masa dari umah mak mertua aku nak ke kampung mak aku dalam 30 ke 45 minit, jauh tak jauh sangat tapi pasal nak balik ke kampung mak aku tu jalannye sunyi dan kecik dikelilingi pokok kelapa sawit, aku gerak balik tadi pukul 6.30 petang, lpas xyl(isteri dalam bahasa radio amatur) aku balik keje,amek die balik keje trus gerak. umah mak mertua aku tepi jalan besar, so senang ar… sok pagi baru balik umah mak aku kat kampung kat tanjung buai,dekat ngan pekan telok sengat,kota tinggi.

raya kali ni aku tak byk berbelanja utk raya sangat, antara sebabnye adalah sbb aku baru nikah 3 haribulan 7 ari tu. nak mengisi bnd2 kat dapur umah aku lagi, nak pindah umah lagi, lagipon family aku dah setuju taknak buat baju raya sebab baju melayu baru je buat beberapa bulan lpas,tinggal beli kain utk baju mak n isteri aku je… barula sepadan.hehehe…

kueh2 pon tak byk beli, sebab isteri aku ni kemaruk nak buat kueh… alhamdulillah… syukur… hehehe… tapi apa yang aku risau, keadaan kereta,time ni la aircond aku dah buat hal… aku hold dulu…klu nak repair mesti budget besar punye… lampu dpan yang pecah tu pon aku bia dulu, janji menyala dah… cukup la tu… tunggu la kalau ada peruntukan lebih… simpan ckit2 duit ke…da byk baru beli…

aku harapkan raya kali ni hati aku meriahlah ckit berbanding raya2 sebelum ni, doakan aku yang terbaek ye kawan2… 😀

Hasil carian :

bayar tol melalui sistem elektronik la

2011/08/27

KAMI merujuk kepada surat bertajuk ‘Waktu Diskaun Kadar Tol Tak Seiring Kempen PLUS’ yang disiarkan di ruangan Surat Pembaca Berita Harian semalam.

PLUS Expressways Berhad (PLUS) ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan kekeliruan pengadu mengenai tawaran PLUS kepada orang ramai pada musim perayaan ini. Sebagai makluman, PLUS tidak menawarkan diskaun tol kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan ini. Sebaliknya, PLUS menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus pada hari-hari tertentu kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya kendaliannya.

Untuk makluman, rebat tol itu juga tidak tertakluk pada masa tertentu, tetapi boleh dinikmati secara berterusan sepanjang hari pada tarikh berkenaan:

25 dan 26 Ogos rebat 20 peratus

30 dan 31 Ogos rebat 10 peratus

1 dan 2 September rebat 20 peratus

Pemberian rebat tol ini adalah strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.
Ia juga adalah langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada luar waktu puncak.
Justeru itu, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza-plaza tol dengan lebih selesa dan lebih cepat.

KHALILAH MOHD TALHA,
Pengurus Besar,
Komunikasi Korporat,
PLUS Expressways Berhad (PLUS

p/s : nmpk gayenye aku tak merasa la rebat nih… huhu

 

 

 

 

bile nak tukar rupa ni?

kalau korg penah baca entri sebelum ni, aku ada kata nak tukar rupa blog ni, tapi tak tukar2 gak… ape kes ye tak?

ini adalah kerana susahnye nak dapatkan theme yang memuaskan nafsu aku… huahaha… ade yang bile tgk demo kat web yang nk download tu nampak agak hensem cam aku… tapi ada gak yang indah surat khabar dari rupa. bile activate, selalunya masalah aku adalah ngan image dalam entri aku… hadoi ai… banyak yang terjelir keluaq. Continue reading

top bloggers.. congrats..

Ms aku taip entri ni,jam kat tpon aku ni menunjukkan pukul 1:07 pagi(24 ogos 2011),ms tu aku br dpt emel dari mamat psl die dlm list top bloggers.. Congrats mamat.
Tp apa yang aku nak luahkan ni bukanla psl mamat,just bile mamat emel psl top bloggers. Tu buat aku teringat kat seseorang.. Die pnh buat entri psl die dlm list top bloggers,bl aku berdebat ngan die dlm komen,akutunjuk kat die yg die da jd top bloggers,die kate die top dr sudut trafic.. Ok.. Dlm entri die,die ade tunjuk rank die dlm alexa..


Ok,to bo honest,aku pon mengharap yg blog aku ni dpt rank yg bgs dlm alexa. Bukan ape.. Aku cume mengharap 1 ari nnt blog aku dikenali sbg satu blog yg share mcm2..
Aku bercita2 bile aku kenalkan diri aku sbg alongxp,org tau aku adalah blogger,dan org suke blog aku sbb aku share mcm2,aku harap org akan ckp “aku suke bc blog ko sbb pandangan ko,aku suke bc sbb ko bg info yg menarik,berbeza dari blog lain,aku suke baca pengalaman ko”.
Tula yg aku harapkan dlm dunia blogging aku nih.
Aku tak harapkan aku dikenali diantara blogger,aku harapkan blog aku dikenali bukan setakat dlm bloglist je..
Tiap2 kali aku update entri,ape yang aku harapkan, makcik2 ,mekanik2, tukang masak, cikgu2,tukang jahit dan org2 biasa jumpe info dpd blog aku bila diorg search info melalui search engine.
Tulah yang aku harapkan sbnrnye. Kirenye penghargaan yang aku terima adalah bile org cari sesuatu,diorg jumpe dlm blog aku.
Tinggi tak cita2 aku.. Нɑнªнɑнªªнaɑº˚ºªª.. Ok..bye..

Hasil carian :