VR Box ni apa benda?

VR Box ni apa benda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blog alongxp.com, kisahnya pasal VR Box ni, adalah bermula bila kawan abang yang abang dah 8 tahun kenal menawarkan abang untuk jadi reseller VR Box yang berkarton-karton dia ambil.

VR Box 2.0

Sebagai seorang blogger teknologi, abang pastinya tahu apa benda VR Box ni, Cuma tak pernah hands on je lagi, sebab abang ni blogger picisan yang tak dikenali, maka tak ada siapa nak offer benda ni untuk abang review.

Memangdangkan abang ni orang teknologi, dan bila weekend, abang meniaga kat car boot sale, maka abang pun terima la offer kawan abang tu, tambah-tambah dia tak mengenakan sebarang bayaran pendahuluan.

Kalau semua orang buat macam tu dengan abang kan ke bagus? barulah serampang dua mata, (serampang bermata-mata rasanya) abang boleh hands on, cuba try test, jual dan buat review.

kegunaan vr box

Vr box ni sebenarnya adalah peranti untuk menonton video, main game dan banyak lagi, bergantung kepada pengguna vr box tu sendiri.

 

Macam pelanggan yang beli vr controller tadi, dia kaki games, memang dia guna vr box untuk main game, manakala kawan dia pulak, yang asalnya tukang teman aja tadi dan kemudiannya terjebak beli vr box ni sekali, dia guna untuk layan movie je.

Untuk tengok movie guna vr box ni, korang kena downloap app untuk mainkan video guna vr box. Untuk pengguna android, buka play store dan search vr. Begitu juga dengan pengguna iphone, buka app store dan search vr.

Dalam tu ada banyak la app untuk vr, ada game, ada video player. Antara yang korang boleh pilih adalah, side by side, dimana bila korang play video guna side by side player ni, video tu akan ada 2 di skrin korang.

Macam ni.

tengok movie guna vr box

Tapi bila korang pakai vr box, dia akan jadi satu je, lebih besar, lebih jelas… Dan tak menyakitkan mata berbanding tengok tv depan muka.

Kalau nak tengok youtube guna vr box ni, pastikan video tu ada ciri yang boleh ditonton melalui cardboard.

Cara nak tahu, buka video youtube.

Tekan menu kat belah kanan atas macam ni.

cara nak tengok youtube guna vr box

 

Dan akan keluar menu kat bawah macam dalam gambar kat bawah ni.

youtube guna vr boxKita pilih view in cardboard.

Kalau jenis game pulak, ada game yang jenis simulator macam roller coaster, yang mana kita akan rasa naik roller coaster, konsepnya macam movie 4d di sesetengah tempat.

Lebih baik lagi, bila kita pakai VR Box ni, bila kita toleh kekanan, ke kiri, tengok atas, tengok bawah, depan atau belakang dalam game-game vr ni, semua ada paparan.

Nak lebih faham lagi, korang boleh cuba download game-game vr ni sebelum beli, dan tengok paparan dia bila korang bergerak, dan bayangkan jela kalau korang guna vr box.

Persoalan yang ditujukan kepada rakan abang yang bantu abang masa jual benda ni.

soalan: Ada warranty tak?

jawapan : sebenarnya tak ada benda yang memerlukan warranty pun untuk benda ni sebab dia bukanlah satu peranti elektronik, dia cuma satu susunan benda bersama dengan kanta je.

dalam vr box

Tapi andai kata ada masalah yang kiranya memang kecacatan masa binaan benda ni, dan bukan salah pengguna, boleh la ditukar ganti, bergantung pada keadaan.

soalan: apa saiz telefon yang boleh masuk?

jawapan: saiz yang boleh masuk adalah dari 3.5 hingga 6 inci.

saiz telefon vr box

Tapi yang terbaik adalah dari saiz 4.5 inci hingga 5 inci. Dimana paparan dia cantik lah kalau guna saiz tu.

soalan: habis tu sound dia macam mana?

jawapan: untuk model ni, korang boleh gunakan wireless headphone, atau masukkan wayar headphone melalui lubang yang ada di tepi VR Box ni.

headphone vr boxKalau korang nak sambungkan tv ke telefon korang, supaya orang lain boleh tengok apa yang korang tengah tengok pon boleh jolok masukkan kat lubang tu.

Cara nak guna, letakkan telefon korang pada tapak yang disediakan, buka video atau game VR, dan masukkan dalam telefon.

masukkan telefon

Lepastu? lepastu korang layan la sorang-sorang movie yang korang nak tengok tu. atau game yang korang nak main tu.

Secara jujurnya, main game vr ni lebih dasyat dari pokemon go… hehehehe

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,176)

Kalau korang berhajat nak beli benda ni, korang boleh roger abang melalui telegram, search je alongxp.com, maka akan jumpa la abang kat situ. Ok?

Jumpa lagi.

 

Hasil carian :

(Visited 362 times, 4,600,176)

11 thoughts on “VR Box ni apa benda?

  1. Baru je beli smalam ngan owner blog ni. tp, syg la sbb hp sya x support App Cardbord (Lenovo A606). lg 1, mang kna ada controller jg la, yg tu pn nasib la kalu dpt support. next week sya dtg nk try controller tu lak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge