Tutorial cara guna google drive

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, kali ni saya nak kongsi tutorial cara guna google drive. Tutorial ni saya cipta lepas saya diupah oleh seorang client saya yang mintak saya ajar dia cara guna google drive.

Asalnya dia mintak ajar cara nak buat google drive, tapi saya kata google drive tak payah nak buat, setiap akaun gmail dah memang dapat google drive dah.

Mesti ramai yang tak tahu, terutama para pengguna android yang mereka ada 15GB ruang storan percuma di internet yang disediakan oleh google melalui akaun gmail mereka yang dipanggil google drive.

tutorial cara guna google drive

Ade ke?” ye, ada… anda semua guna telefon yang menggunakan anda kan? tak kisah lah brand apa sekali pun (kecuali apple/iPhone), samsung ke htc ke asus ke huawei ke lenove ke xiomi ke redmi ke cap ayam ke cap itik ke cap angsa ke, asalkan android, pastinya anda ada gmail.

“mana awak tau saya ada gmail?”

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,400)

Opkos la saya tahu, sebab itulah syarat awak nak guna google play store.

Masa mula-mula anda beli telefon atau lepas format telefon, anda akan jumpa paparan macam ni kan?

login akaun gmailDan korang pun masukkan alamat email gmail korang bila tekan butang existing tu atau buat akaun gmail baru bila tekan butang new tu.

Dan ramailah yang tak tahu dengan akaun gmail ni, kita bukan setakat boleh guna email, tapi banyak aplikasi yang di sediakan oleh google kita boleh guna dengan email gmail kita ni.

Baiklah, kita mulakan tutorial cara guna google drive ni ye.

Kita boleh mula gunakan google drive ni melalui laman webnya https://www.google.com/drive/

Atau download terus software google drive ni untuk di install di pc kita Download google drive

Atau di telefon yang menggunakan android, buka google play store, cari google drive dan install.

Kalau di telefon yang menggunakan windows, saya tak tahu, sebab tak ada orang nak sponsor saya telefon yang menggunakan windows

Begitu juga yang menggunakan iPhone, tak ada orang nak sponsor saya iPhone, tak dapat iPhone 5, Iphone 6 pon ok je kalau ada yang nak sponsor kan?

Cara guna google drive versi web

saya mulakan tutorial cara guna google drive ni dengan versi web. Caranya, buka laman web https://www.google.com/drive/ atau taip je drive.google.com

Mungkin paparan pertama yang anda jumpa macam ni

google drive versi web

Jadi, klik je pada ” Go to Google Drive “.

Dan anda mungkin akan jumpa paparan macam ni, kalau anda ada berpuluh akaun gmail macam saya, kalau akaun yang anda nak login tak tersenarai dalam tu, tekan butang Add account kat bawah tu

pilih akaun gmail

Bila sampai paparan macam ni, masukkan username anda atau masukkan alamat email gmail anda

masukkan username dan password google

Kalau akaun anda tu dah di costumize atau anda ada gunakan dalam google plus, adalah dekorasi macam tu. Sekarang, masukkan password gmail anda tu

masukkan password gogle

Sekarang anda dah berjaya masuk ke google drive versi web anda, cara nak upload fail adalah. Tekan butang merah bertulis New tu dan ia akan jadi seperti ini.

cara upload fail google drive 1Tekan pada File upload dan bila keluar macam dalam gambar dibawah, browse / pilih fail yang anda nak masukkan

pilih fail yang nak di uploadBila anda dah pilih fail yang anda nak masukkan dan tekan open, proses upload terus akan berjalan secara automatik.

Bila dah siap, anda akan nampak paparan macam ni.

dah siap uploadSenang je kan?

Cara guna google drive di komputer / notebook / laptop / pc / netbook

Sekarang saya nak tunjuk Tutorial cara guna google drive di pc / notebook yang bermaksud, bukan guna versi web, tapi guna software google drive yang dipasang di sistem operasi Windows anda.

Benda pertama sekali yang diperlukan adalah software Google drive. Kalau anda belum install, download di Download google drive atau klik pada Get Drive for PC seperti yang ditunjukkan di bawah.

download google drive for pc

Bila dah download, jalankan installation macam biasa, dan bila sampai ke page ni, tekan get started.

get started google driveKemudian, masukkan username / alamat gmail anda dan passwordnya dan tekan sign in

sign in google driveBila dah selesai sign in, anda boleh lihat macam ni di taskbar.

shortcutdan bila kita klik, macam ni lah paparan yang tersembul keluar

google drive pc sync

Untuk akses ke folder google drive di pc anda, klik je Open Google Drive folder tu, dan anda boleh pindah masukkan fail-fail yang and nak simpan ke dalam google drive masuk ke folder tu.

Bila anda masukkan fail ke dalam folder google drive ni, secara automatiknya, ianya akan tersimpan / diupload ke google drive anda bila anda bersambung dengan internet

Cara guna google drive di handphone

Sekarang saya nak tunjuk Tutorial cara guna google drive di handphone pula, dalam tutorial cara guna google drive di handphone ni saya guna huawei honor 4x saya.

Kalau kat iPhone, tunggulah ada orang nak sponsor iPhone 5 ke iPhone 6 kat saya, barulah saya boleh buat tutorial cara guna google drive di iPhone.

Sekarng ni, bila anda dah download google drive di smartphone android anda, kalau anda cuma ada 1 akaun google di telefon tu, tak jadi masalah, dia terus buka google drive untuk akaun tu.

Tapi kalau anda nak buka google drive, menggunakan akaun lain dan akaun gmail tu belum pernah login di telefon anda macam mana?

saya tunjukkan caranya.

Pertama sekali, buka google drive dan tekan butang seperti yang saya tunjukkan di bawah ni.

google drive android 1

Seterusnya paparan macam ni yang keluar, tekan butang yang saya tunjuk tu.

google drive phone 2

Bila tekan butang tu, keluarla senarai akaun google yang korang ada dalam telefon tu, kalau tak ada dalam senarai tu, tekan butang add account kat bawah tu.

google drive telefon 3Paparan seterusnya, korang pilih google.

google drive akaun 4

Bila tekan google, dia akan keluar paparan macam ni

login akaun gmail

Tekan Existing, lepastu, masukkan username atau alamat gmail anda dan password.

Ok, bila dah berjaya tu… ia akn kembali ke page macam mula-mula tadi.

Ok, kat sini, kalau anda nak upload fail, tekan butang tambah macam yang ditunjukkan dalam gambar dibawah

tekan tambah

Dan bila anda dah tekan butang tambah tu, ianya akan jadi macam ni

upload kat google driveSo, kalau anda nak upload fail dari smartphone anda, boleh tekan upload dan pilih fail yang dikehendaki.

Kalau anda nak create folder, tekan Gambar folder tu.

Senang je nak guna google drive ni kan?

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,400)

Ok, mungkin tutorial ni macam tak lengkap. Walaupun tak lengkap, tapi dah panjang berjela sampai dah 1000 patah perkataan. Sebab menghimpunkan ketiga-tiga cara nak guna google drive.

Kalau ada peluang, nanti saya tutorial yang lebih lengkap, satu cara 1 artikel. OK?

Terima kasih kerana membaca

Hasil carian :

(Visited 440 times, 4,595,400)

4 thoughts on “Tutorial cara guna google drive

  1. Sebelum ada google drive saya selalu simpan dokumen dalam email. Bila perlu hantar kepada sesiapa saya akan foward kepada yang berkenaan email tersebut. Bila gunakan Google Drive, lebih mudah. Boleh share dengan lebih mudah, boleh create folder untuk projek khas. Kelebihannya, sesuai untuk projek yang ramai author, masing2 boleh contribute dan dokumen sentiasa update.
    Azwan kata cerita ni best –>>Cara Menukarkan Barang Terpakai Kepada Duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge