tick biru dalam whatsapp

tick biru dalam whatsapp

Tghari td, saya ada reply whatsapp kat sorang insan ni yang tak ada dalam contact list saya, lepastu keluar double tick biru dalam whatsapp tu, ingatkan sebab dia bukan dalam contact list saya, tapi lepas ada orang share benda ni dalam group whatsapp, barulah saya tau kenapa ada tick biru dalam whatsapp.

tick biru dalam whatsapp

betul juga apa yang dikatakan allaboutcasing tu, sebelum ni orang dok meroyan dengan Last Seen kat Whatsapp, sekarang ni dikejutkan dengan tick biru dalam whatsapp yang bermaksud yang orang tu dah terima, dan dah baca whatsapp tu. Pagi tadi saya ada la ternampak tweet blogseius

double blue tick whatsapp

Memula saya tak faham, saya cuba fahamkan, tak faham jugak… last-last saya abaikan je… sebab tahap pemikiran obefiend sangat jauh berbeza dari orang biasa, diluar kotak? silap-silap luar kotak diluar rumah gaknya pemikiran dia tu. Sangat berbeza. Lagipun saya tak ada bukak whatsapp pagi tadi, sibuk sangat lah kononnya…

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,383)

Berbalik kepada gambar pertama, ayat dia, selepas kita meroyan dengan last seen, teknologi semakin kejam, sebarkan dan mohon clash… kenapa dia cakap camtu?

haaaaaa… disini saya akan mendedahkan rahsia… kenapa ini semua harus berlaku, apakah ini semua kerna diriku, sedangkan aku… cuma watak…ok dah melalut.

Bila dah ada double tick biru ni, makin banyaklah orang bergaduh, yelah… kalau tengok gambar tu, dia kata, kalau satu tick maksudnya mesej whatsapp tu tak delivered atau belum masuk dalam telefon penerima.

Kalau double tick maksudnya dah masuk dalam telefon atau dah diterima tapi belum dibaca.

Kalau double tick biru pulak maksudnya, dah diterima dan penerima dah baca.

Jadi situasinya, kalau satu tick, ok, mungkin orang tu tak connect dengan internet.

kalau dua tick warna hitam atau kelabu, orang tu dah connect dengan internet, mungkin sibuk, mungkin tengah tidur, mungkin meniduri… anak dia(situasi seorang ibu yang tengah menidurkan anak… jangan fikir bukan-bukan boleh?)

kalau dua tick warna biru, orang tu dah bukak mesej whatsapp yang anda hantar kepada dia, tapi mungkin tengah nak taip telefon hang, lepastu restart, bukak balik whatsapp, mesej yang anda hantar tadi dah hilang, tak ingat apa topiknye… tak jadi nak balas.

Atau bukak masa memandu, baru nak balas, eksiden, kemalangan, langgar kereta depan, telefon tercampak keluar.

Atau mungkin baca dalam jamban, lepastu telefon terlepas, masuk dalam lubang jamban, memikir seratus lima puluh juta kali nak pergi ambil dalam lubang jamban tu.

Apa yang menjadikan keadaan-keadaan kat atas menjadi lebih buruk dan malang adalah apabila penghantar mesej tu adalah pasangan, mungkin awek, makwe, isteri, bini, bini angkat, awek angkat, bini tiri dan sebagainya yang jenis cemburu buta.

lambat sikit balas dah mengamuk, “awak dah baca, kenapa tak balas?” dan macam-macam ayat lagilah…

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,383)

sebab tu lah makin ramai orang pakai wechat kot… huhuhu…

Hasil carian :

(Visited 679 times, 4,600,383)

11 thoughts on “tick biru dalam whatsapp

    • Banyak lagi teori sebenarnya… tapi sebab masa buat entri ni kepala tengah sakit, so banyak tu jelah yang mampu diluahkan.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge