Telefon pintar percuma dari Myeg

Semalam saya post gambar saya update telefon pintar percuma dari myeg kat instagram. Saya ada kata yang saya akan cerita penuh kat blog ni semalam kan? camni ceritanya…

telefon pitar percuma dari myeg

telefon pintar percuma dari myeg ni saya dah tunggu dari bulan 11 tahun lepas lagi, lepas tengok keputusan permohonan telefon pintar percuma dari myeg dah diluluskan.

Lepas dapat emel dari myeg pada bulan 9 2013, untuk isi borang permohonan telefon pitar percuma dari myeg bagi siapa yang terlepas mohon pakej komunikasi belia yang bagi rebat RM200 dulu tu.

kebetulan memang saya terlepas nak mohon pakej komunikasi belia, asalnya sebab cari nombor kwsp tak jumpa-jumpa, lepastu bila dah jumpa(macam biasalah, cari benda lain, jumpa benda lain) bukak je laman web untuk mohon pakej komunikasi belia(pkb) untuk dapatkan rebat RM200 tu, permohonan untuk pakej komunikasi belia tu dah tutup pulak.

Tapi bila dapat emel dari myeg kata boleh dapat telefon pintar percuma dari myeg, seronok beronok-ronoklah. tapi lepas sebulan, takde kabar berita gak. bila tengok kat laman web myeg kata diluluskan.

Tapi takde pulak diberitahu langkah seterusnya. tiba-tiba dapat call dari seorang perempuan dari myeg suruh emel salinan ic, ok dah emelkan, senyap… masa tu bulan 11 tahun 2013 saya emel balik siap suruh die reply kalau dah terima… kot2la dia tak terima kan? macam kes satu seller kat lelong.com.my tu.

die emel… saya tunggu lagi, lepas tu bulan lepas saya tengok status sorang rakat kat fb(tak ingat siapa) pasal telefon pintar percuma dari myeg ni. jadi buat saya emel lagi kepada emel address yang saya hantar salinan ic dulu tu. takde balasan jugak lagi.

Tiba-tiba hari khamis baru ni,saya dapat call dari seorang lelaki. katanya dari myeg, dia tanya saya ada apply tak untuk telefon pintar percuma dari myeg. opkoslah ada… saya mengharap kot. die mintak saya datang ambil telefon pintar percuma tu kat bangunan kpmg sebelah tv3 seri pentas. saya dok banting. rasa cam jauh lak nak ke PJ tu. saya mintak dia pos telefon pintar percuma tu. dia kata kalau pos,lambat lah dapat,sebab dia kena utamakan yang datang ambil. hmmmm… oklah… saya datang ambil lah.

Sebab saya yakinlah, telefon tu mestilah kecik je… saya memanglah sangat perlukan telefon pintar ke 2 yang kecik sebab. telefon pintar yang saya ada sekarang, galaxy note saya tu dah makin sakit. lepas tu saya perlukan satu telefon yang kecik, yang senang nak bawak g joging. perut dah makin…. well u know.hehe.perut dah buncittengok perut tu, badan pon nampak tak tegap dah

ok, balik kepada cerita telefon pintar percuma dari myeg ni. sampai je kat pejabat myeg di bangunan kpmg untuk ambil telefon percuma dari myeg ni, pergi tingkat 1, masuk je pejabat dia, tengok dah ada 7 orang menunggu. tak lama lepastu, datang sorang perempuan, bawak keluar dalam 5 kotak telefon, saya dengar lah penerangan dia. dia kata dia bagi sekali simkad celcom, tapi simkad tu diorang dah register bulan disember tahun lepas. so mungkin dah expired. jadi kalau nak guna gak, diorang suruh call celcom tanya status nombo tu. boleh guna lagi ke tak.

saya dah tahu dah jawapan celcom, gerenti diorang suruh pergi celcom center yang kat klang tu. dah jadi satu kerja pulak nak pergi sana. memang taklah..

bila 5 orang tu ambil, saya tengok la model ape. saya nampak logo 9. ok, saya tau brand telefon pintar tu mestilah ninetology. saya cariklah model-model u9 ninetology. eh… banyak lah pulak.. yang mana 1 ni… saya silap pandang ke? owh… 9 tu logo ninetology. saya carik model yang macam gambar kat kotak tu… ok… model pearl mini agaknya…

jadi saya belek-beleklah spek ninetology pearl mini tu. pepehal takdelah kecewa sangat kalau dapat tak seperti yang diharapkan. ok, yang penting ada wifi huhu… sebab rasa cam pernah tengok telefon pintar ninetology ni ada model yang takde wifi. tapi model yang ni ada.

ninetology pearl mini

baru lepas updatescreen protector ninetology pearl mini

dah lepas sehari pakai baru perasa yang dalam kotak tu ada screen protector untuk ninetology pearl mini nispesifikasi telefon pitar percuma dari myeg

android 2.3 ? roti halia(ginger bread)? tunggu la beberapa bulan lagi… akan ku nodai dalaman mu huahahahahatelefon pintar ninetology boot lepas update telefon pintar percuma rebat 200

camnilah rupa bila ontelefon pintar pkb rebat rm200

kotak telefon pintar percuma dari myeg

so far, oklah… saya penah godek jap telefon pintar adik saya, samsung galaxy y. dan saya rasa telefon pintar percuma yang saya dapat ni lagi best hehehe… tapi tulah… saya dah biasa guna samsung galaxy note, processor dual-core 1.4ghz,ram 1gb, internet memory 16gb, skali pakai yang ni, ram 256, memory 256 je… terasa gakla bila lambat ckit bila bukak sesetengah  aplikasi. tapi saya sangat syukur sebab sekurang-kurangnya saya ada telefon pintar backup. yang bestnye boleh masuk 2 simkad hehehe

Hasil carian :

(Visited 223 times, 4,597,339)

7 thoughts on “Telefon pintar percuma dari Myeg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge