Teh herba balung

Teh herba balung ? apa tu? apakah? benda pertama yang terlintas dalam fikiran saya  bila terpandang perkataan balung ni adalah

balung ayam

balung jugak kan? Tapi sebenarnye… ceritanya macam ni… sape yang follow instagram saya @alongxp mungkin perasan gambar ni

instagram teh herba

nape gambar tak cun? kasi sponsor satu smartphone yang kaw2, cun lah gambar tu nanti hehehehe.

teh herba balung

Ni lah balung yang sebenarnya saya nak kongsi cerita. Balung adalah salah satu tempat di sabah iaitu di kawasan utara Daerah Tawau. Nampak tak betapa ceteknya ilmu saya, lagipun, sabahlah satu-satunya negeri yang saya tak pernah sampai lagi kat dalam malaysia ni.

Teh herba balung ni dari syarikat Balung Natural Herbal Sdn Bhd yang bermula dari sebuah ladang di sabah pada tahun 1979 yang diusahakan oleh keluarga dan kini dikenadalikan oleh cucu-cucunya. Teh herba balung ni di tanam di kawasan tanah gunung berapi Utara Borneo.

Ada tiga jenis teh herba yang dihasilkan oleh syarikat Balung ni iaitu Teh Gaharu, Teh Misai Kucing dan Teh Serai.

Balung Agarwood Tea atau Teh Gaharu ( Aquilaria malaccensis ).  teh ini sangat jarang dihasilkanatau dikenali sebagai produk premium, dibuat dari daun pokok gaharu yang terkenal .dengan kandungan senyawa baik yang dimiliki daungaharu kerana didalamnya terdapat Genkwanin glikosida. Merupakan sebatian semula jadi yang kita kenal mempunyai banyak manfaat bagi lelaki dan terutama sekali wanita kerana mempunyai elemen anti-penuaan yang paling menakjubkanserta penjagaan KULIT yang baik. Selain menjadi penawar toksin didalam tubuh atau dalam istilah perubatan disebutdetoksifikasi teh gaharu juga dapat meningkatkan kadar metabolismeHalus, rasa manis membuat teh gaharu sesuai untuk menghirup selepas makan malam atau jamuan istimewa . Dan kerana ia bebas kafein , teh gaharu tidak akan membuat anda terjaga pada waktu malam. 

teh herba gaharu

• ANTI- PENUAAN

Penjagaan Kulit

Kadar metabolisme meningkat

• Kafein bebas

Detoksifikasi

• teh herba 100 % tulen dan organik

• Ditanam menggunakan kaedah pertanian mampan 

• alternatif eksotik untuk teh herba tradisional 

• julap ringan dengan tiada kesan sampingan 

Balung Java Tea atau Misai Kucing ( Orthosiphon stamineus ) Tumbuhan Java tea terkenal dengan bunga halus mereka, putih dan biru yang kelihatan seperti misai kucing . Khasiatnya telah diketahui dan digunakan berabad lamanya sehingga sekarang. Daunnya yang mengandungi lebih nutrien yang dapat meningkatkan kesihatan. Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan, mengurangkan kembung dan pembendungan air dalam badan melalui air kencing seperti kesembapan sebelum atau semasa haid dan sangat berkesan membendung masalah berat badan. Misai Kucing sangat mengagumkan kerana terdapat kandungan saponin dan tanin pada daun itu yang boleh mengubati keputihan pada wanita.

java tea

• KEHILANGAN BERAT

Mengubati Keputihan

batu karang dan gout

• diuretik ringan yang membantu buah pinggang dan jangkitan saluran kencing 

• teh herba 100 % tulen dan organik 

• Kafein bebas
• Juga dikenali sebagai teh buah pinggang, Fleurs de barbiflore dan remujung.

 

Balung Lemongrass Tea atau Teh Serai ( Cymbopogon citratus ) Mulakan hari anda dengan secawan teh serai menyegarkandan anda akan memulakan hari dengan senyuman. Malah, anda boleh juga menamatkan hari andan dengan secawan lagi, kerana ia bebas kafein .Teh serai juga memberi kesan positif kepada yang ingin mengurangkan berat badan, dapat mengawal pembinaan selulit di badan dan juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan. Kebanyakkan Spa-spa ekslusif menggunakan serai bagi tujuanmenenangkan. Kehebatan serai terserlah apabila digunakan juga secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka kerana mempunyai elemen anti-bakteria yang baik dan membasuh segala kotoran pada kulit anda.

lemongrass tea

• SANTAI

Merawat jerawat dan bintik hitam

• Pengurangan berat badan 

• Mencegah selulit

• Terkenal dengan rasa sitrus pemanasan yang
• Boleh membantu penghadaman
• tindakan diuretik ringan membantu mengusir toksin.

• teh herba 100 % tulen dan organik

• Boleh diminum panas atau sejuk • Kafein bebas 

info lanjut boleh jengah di http://www.balungplantation.com ok?

Hasil carian :

(Visited 145 times, 4,598,890)

11 thoughts on “Teh herba balung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge