tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, boleh ke tak boleh? mustahil ke tak mustahil nak jadi isteri yang baik tapi tak pandai masak?

tak pandai masak

Sebelum anda teruskan membaca,harap maklum yang entri ni agak “terbuka”. dan entri ni adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman peribadi saya. mari kita kembali kepada tajuk ni.

Sebenarnya pandai masak bukanlah satu kemestian untuk jadi isteri yang solehah, baik, cemerlang, gemilang, terbilang dan ang ang yang lain. Sebab memasak adalah satu perkara kecil untuk membahagiakan suami. Tapi boleh memberi impak yang besar

Selain dari memasak, banyak lagi benda yang penting yang perlu anda buat untuk jadi isteri yang baik. sesungguhnya jadi isteri pon satu tanggungjawab yang besar juga.

Selain dari memasak, seorang isteri kena senangkan hati suami, siapkan pakaian dia untuk dia pergi kerja, baju, seluar,singlet,blazer,  seluar dalam, stokin, kasut dan segalanya. Orang laki ni kalau ada orang setlekan benda remeh untuk dia, dia sangat senang hati.

Kalau dia jenis cerewet, cuba fahamkan dia. elakkan dari benda yang dia tak suka. kalau dia tak suka rumah bersepah, kemas, dan apa-apa jelah.

Lepas tu, walaupun anak dah sampai penuh satu mpv sekalipun, cubalah jaga badan mengikut citarasa suami, kalau dia suka yang keding, kedingkan badan anda, kalau dia suka yang chubby, jadikan badan anda badan chubby.

Kalau dia suka yang punggung besar, besarkan punggung anda, kalau dia suka yang berdada besar, besarkan dada anda.

Semua tu tak mustahil dah zaman sekarang ni, produk kesihatan banyak, contact dayah,cerita apa yang anda inginkan, mintak nasihat dari dia. InsyaAllah dia boleh tolong.

Bila dia balik kerja, cuba untuk sambut dia dengan senyuman, kecantikan dan air instead of keep watching your favourite tv programme.

Dan pastilah keperluan “yang tu”. saya ingat lagi kata-kata penceramah masa saya kursus kahwin dulu. “lelaki ni kalau malam tu dia tak dapat, kereta depan tak gerak bila lampu hijau pun di hornnya, padahal lampu hijau tu baru menyala satu saat. Tapi kalau malam tu dia dapat, orang langgar kereta dia pun dia boleh keluar slow talk baik-baik, silap-silap dia pulak kata tu salah dia sendiri

Sesungguhnya selain dari masakkan, seks dalam rumah tangga juga satu benda kecil yang boleh memberikan impak yang besar, bila suami tak dapat, dia boleh stress lain macam, jadi kalau suami mintak, cubalah untuk bagi, seboleh-bolehnya cuba puaskan suami. elakkan bagi alasan. kang kalau dia carik lauk kat luar lagi susah

Cuba rapatkan anak dengan ayahnya, suami akan gembira kalau anda boleh buat macam tu sebab orang laki ni tak berapa pandai nak mulakan tunjuk kasih sayang dia.

Ok, kalau anda tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, belajarlah, sebenarnya isteri saya pun dulu tak pandai masak, tapi dia rajin google resepi. Dia cuba buat, kadang jadi, kadang tak jadi. Kadang sedap, kadang tak sedap, tapi dia usaha untuk perbaiki.

Masa sebelum kahwin dulu dia memang dia tak pandai masak,dan dia tak berapa nak belajar masak. Tapi… saya jatuh cinta ngan dia sebab masakan dia, masakan yang simple, tapi disebabkan masakan yang simple tulah buat cinta terbit di hati (umak aih ayat…)

isteri yang baik

Saya bukanlah orang cerewet bab makan, sebab saya bukan datang dari keluarga yang senang, tapi saya suka makan. Kadang datang ngade-ngade saya teringin nak makan apa-apa, saya cakap kat isteri saya, nanti terus dia google resipi. Nanti kalau bahan yang diperlukan untuk memasak tak ada, dia suruhlah saya pergi kalau saya nak makan

Internet kan ada, internet kan dunia tanpa sempadan, nak resipi masakan korea?nak resipi makanan jepun? resipi western suma ada.

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,341)

Kelas masakan dah merata sekarang kalau anda ada masa, kolej komuniti antara yang saya tengok selalu buat kursus masakan dan macam-macam kursus lagi.

Tapi orang akan kata anda hebat jika suami terasa bila anda tiada, maka dengan itu, anda tak perlu dah nak risau suami anda cari perempuan lain sebab tu tandanya dia dah bergantung pada diri anda.

So tak pandai masak bukan alasan yang menghalang anda untuk jadi isteri yang baik, banyak lagi aspek yang anda perlu buat dan jaga. Tapi kalau pandai masak, tak perlulah ada perempuan lain yang masakkan untuk suami, jimat pon jimat kan?

Hasil carian :

(Visited 338 times, 4,597,341)