Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp. Siapa alongxp? sayalah.. huhu… kenapa ada oleh alongxp? sebab saya review windows 10 ni dari sudut mata saya sebagai seorang pengguna biasa, sebagai juruteknik komputer, sebagai perunding teknologi maklumat, sebagai seorang yang edit gambar, sebagai seorang jurugambar, sebagai seorang blogger, sebagai seorang pembuat laman web a.k.a webmaster, dan banyak lagilah peranan saya dalam dunia komputer dan teknologi maklumat ni.

alongxp dot my

Saya dapat notification yang laptop saya dah sedia untuk upgrade ke windows 10 masa hari selasa hari tu, dan saya teruskan proses upgrade malam tu jugak, tapi baru sampai 30%, dah fail.

review windows 10 by alongxp

Dan saya sambung pagi esoknya, lama jugalah nak download sebab saya guna streamyx 1mb je, dekat maghrib baru siap download dan proses upgrade windows 10 selesai dalam pukul 8 lebih. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 90 times, 4,593,914)

Install Windows 7 dari usb

Macam mana nak Install Windows 7 dari usb drive? tulah yang berlegar dalam kepala otak saya semak samun ni bila tengah-tengah sibuk dengan 2 laman web yang nak di selesaikan ni, datang pulak orang mintak tengokkan laptop dia yang katanya ada kotak-kotak keluar bila laptop tu dihidupkan.

Biasanya saya memang akan mintak diorang bawak trus laptop tu dtg menghadap saya. Sebab… saya ada masalah nak berbincang perkara teknikal dengan orang bukan berlatarbelakangkan teknikal(dengan orang teknikal pon kadang bermasalah). Jadi saya pon hidupkan laptop dia dan tengok… ok… banyak problem dia nih… takpe… saya biarkan dia runkan segala mak nenek punya startup dulu… tengok apa lagi simptom-simtom dia. Wow… antivirus dia dapat kesan banyak virus, siap nak scan masa boot lagi… ok, jom kita reboot.

Tuuuuuuudddiaaa… banyak tul virus haaa… hmmm.. orang yang menggunakan ni kaki internet tegar nih… camne saya tau? saya taulaaaaa… sebab saya pon sama… hahahahaha.. walaupun virus-virus tu telah membuang punyalah banyak virus, tapi yelah.. cam kite kena chicken pox la… walaupun dah baik, kesan tu tak kan hilang terus kan?

Jadi untuk tidak menambah semak dalam pale otak saya yang dah berterabur dengan fail-fail nak buat website ni, adalah lebih baik saya cadangkan pada dia untuk format je. Lebih cepat dan SEGAR!!! hahahaha. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 119 times, 4,593,914)

tukar masa dari sistem 12 jam ke 24 jam windows 7

ada sesetengah orang tak selesa guna sistem 12 jam, die lebih gemar guna sistem 24jam (aku la tu hehe). tak tahulah kenapa.. tapi bila tengok jam digital, bile tengok waktu tu, kalau dalam sistem 12 jam, saya jadi keliru. saya lebih selesa guna sistem jam 24 jam. Baru-baru ni saya format pc, jadi secara defaultnya jam tu akan jadi waktu sistem 12 jam. Jadi saya kenalah tukar balik kepada sistem 24 jam. Walaupun benda ni pada saya tak susah mana pon. tapi pada sesetenah orang nak tukar masa dari sistem 12 jam ke 24 jam ni bukan senang. Jadi saya kongsikanlah sikit.

ok, mula-mula sekali.

sistem 12 jam windows 7

Klik sekali pada jam di taskbar

ubah tetapan tarikh dan masa windows 7

dia akan keluar macam ni kan? klik pada tulisan change date and time settings

ubah masa dan tarikh windows 7

Bila dah keluar paparan macam ni, klik pada Change date and time…

tukar setting kalendarklik pada change calendar settings

tab masa windows 7

seterusnya, bila dah keluar box, klik pada tab time kat atas tu

12 jam windows 7

Nampak kan bahagian Time Formats tu? ada short time dengan Long time. saya tak tau lagi ape benda tu… hehehe… tapi nampak huruf h tu semua kecik kan? bile kecik, maksudnya waktu tu masih dalam format sistem 12 jam, jadi macam mana kita nak ubah ke sistem 24 jam? klik ke tanda segitiga ke bawah tu, dan dia akan keluar macam ni

ubah kepada 24 jam windows 7dan pilih H:mm untuk short time dan

ubah kepada 24 jam windows 7_2dan H:mm:ss untuk long time, sebenarnya tak kisah pon HH:mm:ss ke H:mm:ss, outputnya saya tengok same je pon

lepastu klik je ok, kat semua page yang ada, dah siap… maka masa anda dari 3.36 pm akan menjadi 15:36 pm. dah… sebegitu mudah kan? begitulah sahaja caranya untuk ubah jam di windows 7 dari sistem 12 jam ke 24 jam

 

Hasil carian :

(Visited 333 times, 4,593,914)