kelebihan Telegram berbanding Whatsapp

kelebihan Telegram berbanding Whatsapp

Kebelakangan ni saya mula sedar banyak kelebihan Telegram berbanding Whatsapp bila saya join satu group ni.

Saya join group tu melalui invite link telegram yang mereka letak di facebook, tak sangka telegram boleh buat macam tu.

Jadi kalau nak buat satu group umum, tak perlu nak pm nombor telefon, save nombor tu dan baru add ke dalam group, kongsi je link.

Lepas dari tu, saya dah mula rajin nak guna telegram, dan saya nampak banyak kelebihan Telegram berbanding whatsapp ni.

kelebihan telegram berbanding whatsapp

Jadi disini saya kongsikan kelebihan telegram berbanding whatsapp.

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 2,094 times, 4,593,912)

satu nombor dua telefon

macam mana pulak satu nombor dua telefon tu kan? pening ar.. apa yang saya maksudkan dengan satu nombor dua telefon tu adalah.. dengan 1 nombor tu, kite boleh guna pada 2 telefon.. tak faham lagi? hahaha… relaks… angkat sikit punggung tu, tarik kerusi rapat ke badan, sandar dan baca perlahan-lahan sebab pada sesetengah orang, benda ni agak rumit nak difahami.

Sebenarnya dah lama saya nak buat entri tentang satu nombor dua telefon ni. tapi bila idea tengah mencanak-canak+kesempatan yang tak berapa nak cukup, tu yang asyik terbantut je tu.

Tapi baru-baru ni adalah satu kejadian yang buat saya rasa saya perlu dengan segera buat entri pasal satu nombor dua telefon ni. cerita bila saya mintak nombor telefon sorang insan ni sebab ada urusan yang perlu saya follow up dengan beliau. saya mintak beliau whatsapp saya bila dah tau keputusan tentang apa yang kami bincang tadi. so dia pon minta saya ambil nombor yang dia guna untuk whatsapp.. dia kata nombor untuk whatsapp lain. saya tanyala kenapa lain? dia jawab sebab ada dua telefon. saya tanya kenapa tak guna nombor yang sama pada dua telefon? die pening… so saya ajar dia…

sim kad telefon

Macam saya, saya ada 2 fon, maknanya ada 2 sim kad, bermakna 2 lah nombor saya kan? tapi kebanyakkan orang tau nombor saya ada 1 je… tulah nombor untuk sms, call, whatsapp, wechat ke telegram ke segala ape. iaitu 012-24***44, tapi.. simkad bagi nombor tu ada dalam telefon pertama. iaitu telefon yang jenis bukan boleh bukak internet pon. setakat untuk call dan sms je. habis tu yang whatsapp ke hape tu? yang tu masuk ke telefon yang ke dua. tapi kan kat telefon ke dua tu, simkad lain… nombor 012-24****2? yup… nombor tu hanya untuk call dan sms orang yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rapat dengan saya je. haha… tak faham kan? ok… tengok kat gambar bawah ni.

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 9,172 times, 4,593,912)