Kenapa kita kena bayar?

Kenapa kita kena bayar?

Ini tak ada kena mengena dengan gst atau cukai-cukai yang lain. Ini cuma… mungkin satu perkongsian pemikiran tentang sesuatu isu.

Kadang-kadang ada yang pertikaikan, dulu saya pun pernah pertikaikan juga, tapi itulah yang dikatakan pengalaman, satu ilmu dalam hidup.

Macam sesuatu perkhidmatan, barang kita kena bayar, upah pun kita kena bayar, macam saya pernah kongsikan dalam entri kenapa upah mahal sangat?

kenapa kita kena bayar Continue reading

Hasil carian :

(Visited 106 times, 4,597,338)

Blog saya down ke?

Walaupun saya blogger, tapi saya tak aktif, post pon bukan tiap-tiap hari saya buat, sesekali datang idea dan mood tu, sampai 3-4 entri saya siapkan… tu yang siap, yang tak siap, atau draf, kadang sampai 10 entri pada satu-satu masa, macam mana saya buat? Baca entri bertajuk tips blogging atauoleh baca tips-tips blogging yang dalam kategori blogging. Jadi kadang-kadang bila saya bukak, tak boleh pulak. saya terfikir ” blog saya down ke ? ”

Jadi macam mana saya nak tahu blog saya down ke tak? Banyak cara, tapi saya share mana yang mudah je. memula sekali, saya ping domain blog saya, kalau macam ni keluar dia, saya teruskan langkah seterusnya

lepastu saya pergi ke laman web www.issitedownrightnow.com dan test masukkan url blog saya kat atas tu dan kalau blog saya down, dia akan keluar macam ni. atau kita boleh taip terus domain kita contohnya macam ni, www.issitedownrightnow.com/status/alongxp.com

blog saya down ke

Kalau dah keluar macam ni, maknanya memang down lah, so elok check tarikh luput domain atau hosting atau kedua-duanya sekali, kot-kot lupa nak bayar… tak cukup duit? ape lagi? jana pendapatan dengan cepat melalui media sosial ni.hehe..  kalau anda guna blogspot, errr… saya tak pasti la pulak…

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,338)

Macam saya, saya guna vps, jadi mungkin masalah teknikal yang perlu saya troubleshoot sendiri. Itulah kelebihan dan kekurangan menggunakan vps. Kalau anda menggunakan shared hosting atau webhosting, tapi kurang ada pengetahuan tentang masalah yang timbul, elok pergi tanya provider anda, open support ticket. Andai kata masalah tu dah selesai, try lagi sekali. kalau ok, dia akan jadi macam ni.
Continue reading

Hasil carian :

(Visited 25 times, 4,597,338)

kenapa internet dunia tanpa sempadan ek?

Kenapa org kata internet dunia tanpa sempadan? Dulu masa hujung tahun 90an atau awal milenium tertanya gak bila orang sebut internet dunia tanpa sempadan ni.

kenapa internet dunia tanpa sempadan
Yelah… masa tu saya ni masih bodoh internet. Tak tau pon apa fungsi sebenar internet. Masa tu pernah guna internet untuk mirc dengan e-mail je.

mirc
Masa dok serumah ngan sorang freelancer, saya pernah dengar die cakap dengan kawan dia “susahla takde internet. Nak buat reference jadi susah” walaupun masa tu amende je yang ada kat internet. Blog pon tak banyak macam sekarang.

Tapi lepas dah beberapa tahun ni… saya dah jadi webmaster,web developer, dah jd webhosting supplier, blogger, tokei kedai online dan segala macam jenis kerja atau bisnes online ni barula saya faham maksud internet dunia tanpa sempadan ni.

Maksud internet dunia tanpa sempadan ni taklah susah mana pon. Maksudnya kite boleh tahu situasi di mesir, mekah, madinah, palestin, afrika, amerika, london,pattaya,songkhla, jogjakarta, aceh, myanmar atau kat mana-mana je kat dunia ni tanpa perlu bersusah payah nak ke sana. Kita boleh tengok pulau-pulau kecik yang tak pernah dinyatakan dalam buku geografi sekolah tanpa perlu mengembara berjam-jam ke sana.

internet dunia tanpa sempadan

Kite boleh beli barang kat cina tanpa perlu naik kapal terbang… kite boleh beli barang kat mana2 pon tanpa perlu pakai baju sejuk… kalau tak pakai apa2 pon kite boleh beli pasu.

Maksudnya dengan internet ni kita boleh sampai ke merata dunia tanpa perlu kite bangun dari kerusi malas kite.

duduk online

Kalau dulu kite nak barang yang memang ada jual kat london je… kite kena pergi ke london… andai kata la benda yang kite nak tu mungkin biskut. Biskut tu pulak harga mungkin dalam RM20.00 je… tapi kite kena belanjakan beratus ringgit untuk ke sana semata-mata nak makan biskut yang hanya ada kat london. Nak kena beli tiket kapal terbang,ambil gambar untuk buat passport atau renew passport. Duduk melangok berjam-jam kat airport. Kalau kena musim sejuk lak kat sana dah nak kena beli baju sejuk yang entah bila lagi nak pakai kat Malaysia ni. Tapi hari ni… tak mustahil benda macam tu ada orang jual online. Kite pakai boxer je… atau pakai tuala je… silap-silap tak pakai ape-ape pon dok depan komputer, tekan butang order… amek kad kredit atau kad debit,bayar je.. tak nampak muke orang yang menjual… tak nampak muka yang membeli… tak perlu pegi bawak wang tunai ke money changer… semua tu sistem akan buatkan… asalkan kite ada duit… silap-silap modal yang kite keluarkan untuk biakit tu tak sampai suku pun dari modal kalau kite pergi sendiri.

online shoping

Kenapa internet dunia tanpa sempadan? Kalau dulu kita dapat merasa rumpai laut sabah cuma kalau kite pergi ke sabah atau ada kawan-kawan atau saudara mara ke sabah,kita kirim… jauh wooo sabah tu… saya pon tak pernah sampai lagi ke sabah tu… negeri lain semua saya dah sampai… sabah je belum lagi. Sekarang order je kat internet… diorang pon tak malu nak jumpe kite… kite pun tak malu nak jumpe diorang… yang penting dia dapat tambah pendapatan… kite pon dapat merasa rumpai laut sabah.

internet dan manusia

Cam sekarang ni, bila dah ada internet, kita nak cari pembekal dari negara lain, contohnya dari cina pun dah senang, kita bukan setakat boleh bandingkan mana yang terbaik dan dipercayai siap boleh jadi rambang mata lagi… kalau dulu bila dengar barang made in china, orang kondem… kata takde kualiti… sekarang ni kebanyakkan barang pon dan made in china… paling tidak pon assamble kat china… persaingan pon makin sengit, yang untung kita lah… kite boleh pilih yang terbaik. bukan cakap kosong… tapi dah memang saya sendiri banyak menjana pendapatan dari barangan yang saya import dari china… saya terus terang je dengan pelanggan saya, barang tu dari china, harga murah, kualiti hampir setanding atau mungkin setanding dengan yang ori. so far alhamdulillah… berjalan lancar cume… modal tak besar, untung pon tak besar la…

barang-barang tu saya cari dari internet, saya shortlistkan mana yang dah lama buat bisnes ni, mana yang dapat review yang terbaik, saya shortlistkan, lepastu saya contact supplier atau agen syarikat tersebut melalui applikasi chat atau skype, cuba berunding, mana yang saya rasa bole dipercayai… itu yang saya pilih… hampir setengah tahun saya dah berurusan dengan mereka, tapi saya tak pernah pon dengar suara mereka, tengok muka mereka… apatah lagi berjumpa dengan mereka, tapi so far ok, tak ada apa-apa masalah. itulah kekuatan internet tanpa sempadan

tapi harus diingatkan, walaupun internet tanpa sempadan, kite sendiri perlu meletakkan had dan sempadan sampai mana yang kita akan sampai… boleh baca entri macam mengelakkan gambar lucah tersebar di internet ni dan lain-lain entri lagi.

 

Bukan blog tutorial – sekadar berkongsi pengalaman

Hasil carian :

(Visited 289 times, 4,597,338)