Cara mengatasi masalah wayar headphone panjang

Cara mengatasi masalah wayar headphone panjang

Kadang2 wayar headphone pon boleh buat saya hilang mood pagi-pagi buta. Bila nak keluarkan dari beg atau poket, dia boleh tersangkut, tersimpul… kita yang tengah tak sabar ni boleh jadi marah… nak beli yang wireless susah nak dapat, kalau ada pon mahal sangat, beratus harganya kalau yang berwayar ni tak sampai 50 ringgit pon…so kat sini saya tunjukkan cara nak kemaskan atau mengatasi masalah wayar headphone panjang yang saya dapat dari popgive ni… apa yang menarik tips ni adalah, selain dari macam mana kita nak gulung wayar ni, ia jugak membantu bila nak gunakan, sekali tarik je dah setel, tak tersimpul

1) Langkah pertama… anda kena jadi rock… hahaha.. buat jari macam ni…

wayar headphone

2) Pegang headphone dengan jari telunjuk dan ibu jari…

wayar headphone

 

3)Selitkan wayar headphone di jari kelingking, dan pegang wayar seperti gambar

wayar headphone

 

4) Tarik wayar ke belakang jari telunjuk dan lalu ke jari kelingking seperti dalam gambar

jari telunjuk

 

5) ulang langkah kat atas berulang kali dengan membuat silangan berbentuk 8 beberapa kali sehingga baki wayar yang tinggal semakin pendek

wayar headphone

6) sekarang gulungkan keliling wayar tadi

wayar headphone

 

7) dan ini bahagian yang paling penting. masukkan bahagian hujung tu di bahagian yang dekat dengan jari kelingking, macam kat bawah ni

wayar headphone

8) tarik sikit kasi ketat.

wayar headphone

9) Tadaaa… dah siap dah.. senang je kan? seketul kecil je hasilnya kan?

wayar headphone

10) Ok, cara nak leraikan pulak, keluarkan hujung yang kita masukkan tadi dan tarik perlahan-lahan

wayar heaphone

11) maka yang terlilit tadi akan keluar.

wayar headphone

 

12) Lepas tu, tarik sampai sudah… huhu….

wayar headphone

 

selesai masalah kan? 1 masalah nak menjadikan benda ni kenyataan adalah… kesabaran… benda ni memerlukan kesabaran, tambah-tambah kalau wayar tu panjang. kenapa saya cakap camtu? sebab bila saya kongsi tips, saya akan cuba. mula-mula memang ok lah… lama-lama jadi hilang sabar gak…

Tambah-tambah kalau time nak balik, menggulung ni agak mengambil masa gakla… kadang sampai terlambat balik, bila lambat balik, pergi ofis, ofis dah tutup, tak dapat nak punch card balik. bila tak punch card time balik, kena la lecture manis sikit hehehe

Hasil carian :

(Visited 140 times, 4,591,267)