Wanita ditikam berkali-kali dikhalayak ramai

Wanita ditikam berkali-kali dikhalayak ramai

Menurut descpition video ni di youtube, mangsa berumur 28 tahun tidak mengenali pembunuh, lalu berhampiran dengan pembunuh berusia 24 tahun dan kemudian ditahan dan cuba untuk ditarik ke KTV berdekatan. Lelaki itu kemudian ditahan polis atas tuduhan membunuh.

Hasil carian :

(Visited 24 times, 4,599,139)

Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1973 – PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA

Tarikh peristiwa : 2.1.1973(sumber)

malcom

gambar hiasan oleh google :p

Wanita di negara ini memainkan peranan di dalam pelbagai lapangan. Kegiatan ini sudah pasti akan mempercepatkan lagi guna tenaga penuh di dalam pelbagai bidang di negara ini. Salah satu bidang yang agak mencabar yang diceburi oleh kaum wanita ialah bidang ketenteraan. Pada hari ini 2 Januari 1973, seramai 33 orang wanita telah diambil berkhidmat dalam pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia. Pengambilan anggota wanita yang pertama ini telah dijalankan di Pulau Pinang. Para anggota pasukan wanita ini menjalani kurikulum latihan yang sama dengan anggota lelaki dan telah berjaya menunjukkan kemampuan melaksanakan latihan yang telah diberi. Kejayaan yang ditunjukkan anggota-anggota di peringkat awal ini telah mendorong pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menambah pengambilan anggota wanita yang mana pengambilan kedua di KD SRI KLANG pada 11 Januari 1973 seramai 50 orang anggota wanita telah diambil. Di atas kebolehan yang ditunjukkan pada 1 Januari 1974, seramai 20 orang anggota wanita simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diserap untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam TLDM selama tempoh tiga tahun. Kesemua mereka bertugas di Cawangan Komunikasi sebagai Radio Operator dan Teleprinter Operator. Jelas kepada kita peranan wanita di negara ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai bidang, sesuai dengan usaha-usaha Kerajaan menggalakkan guna tenaga penuh rakyat negara ini dalam pelbagai lapangan pekerjaan.

Hasil carian :

(Visited 236 times, 4,599,139)

pemandu wanita kereta kancil di putrajaya

kepada pemandu kereta kancil di putrajaya, atau pemilik kereta kancil,seorang wanita, memandu diputrajaya, sila berhati-hati kerana anda di cari, ini adalah berdasarkan statistik atau analytics di blog saya ni. haha…

ape kes la awek2, makcik2, akak2, adik2, puan2, cik2 yang memandu kancil kat putrajaya ni oi? korg wat drift ke hape sampai ada org search korg nih… hahahaha..

kereta kancil

ni ha… korg tengok la… macam mana la korg leh termasuk dalam pencarian kat blog aku nih… hahaha… so pemandu2 kancil, wanita terutamanya, bila memandu di putrajaya tu, sila memandu dengan berhemah ok? kang xpasal2 pasni, nombo plat plak yang masuk dlm blog aku ni kang… heheehe…

(Visited 34 times, 4,599,139)