Virtualbox – komputer dalam komputer

Alkisahnya nak cerita pasal virtualbox ni bila ada rakan sejawatan tak tahu ape benda virtual box tu, xpela… saya dulu pon tak tahu gak… bila sorang sifu ni asyik sebut virtual machine je.

Saya google la apa benda virtual machine tu, dan salah satu software popular bagi menghasilakan satu virtual machine ni adalah virtualbox ni la.

Maksud virtual machine pulak, maknanya mesin maya, maksud lebih jelas lagi, satu komputer maya, atau senang cakap, kita buat satu komputer dalam komputer kita. Kat bawah ni contoh ubuntu dalam windows saya

ubuntu dalam windows

Contohnya macam ni, kitorg bincang dalam group whatsapp hari tu, pasal internet slow, tahap siput khinzir punya slow, saya tunjuk la saya tengah update ubuntu saya, ok je.

Sorang kawan cakap , nak gak pakai ubuntu, tapi malas nak buat dual boot, nanti bila nak guna windows, kena boot balik, pastu bila nak pakai ubuntu, kena boot balik. Saya cakap yang saya guna ubuntu dalam windows, guna virtualbox.

Sebagai seorang yang guna linux vps, saya perlu biasakan diri saya dengan linux, dah banyak kali dah saya ranapkan ubuntu saya, nasib baiklah guna virtual box ni, bila ranap, buang je terus, install yang baru. Jahanamkan lagi, buat lagi. hehehe

Dengan adanya dropbox, jimat sikit, kita boleh cuba bermacam-macam jenis sistem operasi tanpa perlu banyak komputer, kalau kita ada satu komputer yang high performance, lagi bagus, lagi tinggi performance virtual box tu kita boleh buat, tak delah sangkut-sangkut sangat

komputer dalam komputer

Banyak kegunaan virtual box ni, lain orang lain tujuan kegunaan dia, lagi otai, lagi lainlah fungsi dan kegunaan dia. Macam saya, virtual-virtual machine dalam dropbox ni selalunya saya buat sebagai sand box, maksudnya satu tempat dalam tempat lain tanpa mengganggu tempat yang lain. Contoh dunia nyata sandbox ni macam dalam gambar kat bawah ni

kotak pasir sandbox

image dari www.kidkraft.com

dia buat satu kotak, dalam kotak tu ada pasir, untuk budak-budak buat istana pasir ke ape dan kotak pasir atau sandbox ni diletakkan kat belakang rumah ke, kat garaj parking kereta ke kat dapur ke. Maknanya, mereka boleh buat istana pasir tanpa perlu ke pantai, hanya kat rumah, tanpa perlu membawa pantai ke rumah… bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai, tapi kalau nak buat istana pasir, tapi tak berani buat rumah ditepi pantai, kita buat sandbox.

Kalau anda jenis orang yang lebih selesa dengan dua monitor macam saya, dropbox ni boleh disetting berapa monitor yang kita nak guna. ada settingnya.

setting monitor komputer dalam komputer

dipendekkan cerita, virtual box ni sama macam komputer biasa, cuma ianya maya.

Hasil carian :

(Visited 260 times, 4,591,163)