Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1962 – RANG UNDANG-UNDANG (PINDAAN) KERAKYATAN DIBENTANGKAN

Tarikh Peristiwa: 03-01-1962  (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1962, Dewan Rakyat telah membentangkan buat kali yang pertamanya pindaan ke atas rang undang-undang kerakyatan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Syarat kerakyatan yang diperuntukkan dalam pindaan ini ialah seseorang itu telah berkediaman di negara ini selama tempoh 10 tahun dan dalam tempoh tersebut, 12 bulan terakhir hendaklah dihabiskan di negara ini. Di samping itu mereka juga dikehendaki taat dan mengaku Persekutuan ini adalah tanah air mereka. Terdapat enam fasal yamg dipinda dalam rang undang-undang ini, di antaranya ialah:-

  • mengenai hak kerakyatan tidak boleh diberikan sekiranya bapa seseorang itu bukan warganegara atau tidak tinggal tetap di negara ini.
  • memberi kebenaran kepada warganegara mendaftarkan dengan kerajaan Persekutuan, anak-anak mereka yang dilahir di Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah (Borneo Utara)
  • hak kerakyatan yang diberikan kepada anggota-anggota angkatan bersenjata adalah dibatalkan.

Sesungguhnya dengan pembentangan rang undang-undang (pindaan) kerakyatan pada hari ini dalam tahun 1962 merupakan satu langkah kerajaan menyekat orang-orang yang bukan rakyat negeri ini mendapat hak kerakyatan mereka secara mudah, di mana kerakyatan akan dipertimbangkan kepada dua golongan penduduk sahaja iaitu:-

  • mereka yang memohon hak kerakyatan melalui pertukaran kerakyatan, dan
  • mereka yang layak menerima hak kerakyatan melalui melalui undang-undang.

Hasil carian :

(Visited 25 times, 4,597,346)