Extend taskbar dual monitor windows 7

Faham x? hahaha… camni… kebanyakan dari pengguna komputer hari ni menggunakan windows 7 kan? ada sesetengah orang macam saya, ada masa2nya perlu gunakan lebih dari 1 monitor untuk memudah & mempercepatkan kerja…

tapi masalahnya. dah berbulan saya cuba cari solution macam mana nak buat supaya kat dua-dua monitor ada taskbar. sebab, walaupun pakai 2 monitor, taskbarnya satu, susah gak bila nak tuka2 program, contohnya kat monitor 1 saya bukak microsoft word dan mozilla firefox, kat monitor 2 saya bukak chrome dan notepad, bila saya tengah main pool kat facebook, saya edit sikit dokumen keje kat word, sambil tu saya menggodek kod template utk skbandarbanting.com menggunakan mozilla, then saya nak paste kod kat notepad, dari mozilla(monitor 2), saya kena ke monitor 1 untuk bukak notepad di tasbar dan patah balik ke monitor 2, kan ke susah tu.. kan bagus kalau kat monitor 2 tu ada taskbar?

extended monitor display

Saya dah putus asa dah nak cari penyelesaiannya tu, tapi tengahari tadi, bos saya call guru penyelaras bestari suruh tengok email, saya ada sekali, ada 1 emel pasal HP-multiseat. saya tanya guru penyelaras bestari, dia tanya saya balik amende multiseat tu.

So jawapan paling senang, tanya sama pakcik google… huhu… so salah satu resultnye ada di youtube, owh.. multiseat tu maksudnya 1 pc/cpu, berkongsi banyak monitor dan mouse, dan setiap monitor dan mouse tu beroperasi seolah2 1 pc yang berasingan.. hebat kan?

ok, berbalik kepada topik tadi.. bila dah puas membelek2 bebelas video pasal multiseat ni,saya search kat youtube tu macam mana nak extend taskbar ke 2nd monitor untuk windows 7, terjumpalah satu video ni.. lepas tu saya try lagi keyword yang sama saya guna sebelum ni, extend taskbar dual monitor windows 7, extend taskbar on other monitor windows 7, macama2 lagi dulu saya guna, xdpt, skali kali ni… wah… banyak lah pulak result yang boleh digunapakai, sebelum ni resultnye semua takleh pakai.

Ok, banyak software extend taskbar windows 7 untuk next monitor yang boleh digunapakai dan free, antaranya MultiMon Taskbar, apa yang menarik tentang software ni, dia ringan… tak mengganggu, kat 2nd taskbar tu ada clipboard untuk kita pilih yang mana kita nak paste, the dia ada butang untuk alihkan windows dari monitor 1 ke monitor 2, just klik je…

move to next other monitor      move to next monitor

tapi apa yang tak menariknya, design taskbar kat monitor 2 macam windows klasik.

2 monitor display

domain murah

(Visited 140,857 times, 4,595,148)

Lagi satu softeware untuk extend taskbar untuk dual monitor windows 7 adalah dual monitor, yang ni menarik gak… propertiesnya ada lebih ckit la dpd yang MultiMon Taskbar tu.

dual monitor display

kalau kite klik kanan kat taskbar ke 2 tu, akan keluar properties lebih kurang sama dengan taskbar 1. cuma apa yang tak menarik pada dual monitor ni, dia tak de butang alih windows macam MultiMon Taskbar tu, xtau lah kalau ada shortcutkey tapi saya tak tahu setting kan? hehe. boleh dapatkan sofware dual band kat sini

Ok, last but not least(eceh… ckp omputeh lak), software yang boleh tahan bestnya… iaitu zBar… yang ni apa yang bestnya, kita boleh set wallpaper berbeza untuk setiap monitor tu. best x? kalau kita nak pindahkan windows yang aktif masa tu, kita boleh setkan shortcut

ScreenHunter_21 Apr. 23 19.45

zbar dual monitor

banyak lagi option yang dia ada…kita pon boleh pilih design taskbar tu.. boleh download zBar tu kat sini

(Visited 6,990 times, 4,595,148)

Hasil carian :

(Visited 117 times, 4,595,148)