Pencipta email meninggal dunia

Pencipta email dan orang yang memilih simbol @ untuk alamat email telah meninggal dunia sabtu yang lalu.

Pencipta email meninggal dunia

Ray Tomlinson, pencipta email moden dan orang yang memilih simbol “@” untuk digunakan untuk pada alamat email telah meninggal dunia pada umur 74.

pencipta email

Simbol “@” teleh menjadi standard untuk alamat email dan semua alamat email mengandungi simbol @.

Ray Tomlinson, pengaturcara Amerika yang telah menyumbang secara global kerana mencipta email telah meninggal dunia pada umur 74 kerana serangan jantung. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 106 times, 4,598,614)

kata ganti nama diri dalam berblogging

kata ganti nama diri dalam berblogging

kata ganti nama diri dalam berblogging ni maksud saya secara mudahnya bahasakan diri lah.

Saya bahasakan diri saya dalam berblogging ni sabagai saya, kadang-kadang aku, jarang-jarang guna gua, penah guna along, tak pernah lagi guna admin.

kata ganti nama diri

Kalau blogger lain, macam-macam kata ganti diri  yang di gunakan untuk membahasakan diri mereka. Ada blogger guna gua, ada blogger guna nama timangan,macam ely, aina, abang yen, mamat, nama samaran macam kb, bl, hb, nama manja, macam adek, baby, sado, cici, kaka, wiwi dan macam macam jenis lagi la.

Ada ramai juga blogger guna ganti nama diri sebagai admin. yang ni saya tak pernah cuba

Dan saya guna ganti nama diri kedua yang merujuk kepada pembaca blog ni sebagai anda, korang, tuan-tuan dan puan-puan, uallzz… dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan.

menunjuk

Kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada pihak yang di gambarkan sebagai beliau, mereka, diorang, ia,depaorang(bahasa adik saya masa dia kecik-kecik dulu) dan lain-lain lagi mengikut keadaan.

kata ganti nama diri

Sebenarnya dalam blogging, tak kisah pon kita nak guna apa, yang penting, apa yang cuba disampaikan tu, sampai kepada penerima.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,614)

Sebab setahu saya tak ada format dalam menulis blog. Jadi tak kisah nak bahasakan diri sebagai apa pon, tiada siapa nak marah, tapi seelok-eloknya janganlah guna perkataan yang kasar.

Nak kata salah tu tak tahulah, nak kata tak salah pon… entahlah.. cuma takut ada yang tersinggung dengan ayat kita tu, takut terbawak ke tindakan undang-undang pulak.

Kadang-kadang penggunaan kata ganti diri dalam penulisan blog boleh mencuit emosi pembaca dan membuatkan pembaca blog lebih bersungguh-sungguh nak tahu ayat-ayat yang seterusnya.

Dipendekkan cerita, tak kira apa pon perkataan yang kita gunakan untuk membahasakan diri kita, membahasakan orang lain, atau merujuk kepada pihak ke 3, ianya tak menjadikan masalah kalau itu yang pembaca blog kita suka dan selesa.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,614)

P/s: buat pertama kalinya,saya buat entri macam cikgu sekolah rendah… Huhuhu

Hasil carian :

(Visited 131 times, 4,598,614)

Buat ukiran kayu – tips photoshop

Sambungan dari entri semalam, Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan , hari ni kita cuba buat ukiran kayu pada papan tanda kayu semalam.

Disebabkan kita dah melalui proses yang agak panjang kat entri Tips photoshop buat tulisan dipermukaan semalam, jadi kita dah ada bahan untuk di bentukkan sahaja.

Masih lagi menggunakan benda-benda semalam, kalau anda nak mula dari awal, boleh tengok dua entri sebelum ni, atau boleh download yang saya dah buat kat sini(kalau saya tak TERbuang hehe). Continue reading

Hasil carian :

(Visited 469 times, 4,598,614)

Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan

Ok, kita sambung tips photoshop buat tulisan di permukaan tadi yang kita buat melalui entri sebelum ni.

kita dah sampai ke langkah kita paste, lepas tu kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni kan?

hilangkan layer dalam photoshop

Dan apa yang jadi kat papan tanda tu kosong macam ni kan?

papan tanda kayu kosong

Habis tu mana tulisan di permukaan tu? kenapa tak nampak tulisan di permukaan kayu tu? hehehe… macam ni cara nak kasi nampak, macam yang saya cakap kat entri sebelum ni.

Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu…

Tulisan tu ada di layer yang bernama layer 1 tu, tapi tadi kan kita ada buat langkah copy paste tadi kan? kita copy permukaan kayu tu, supaya nampak sebijik rupa kayu tu.

Ok, sekarang langkah nak buat tulisan kat permukaan tu, yang ni saya tunjuk tulisan tu timbul menggunakan photoshop ni.

1) Pada layer 1 tadi tu, klik kanan dan pilih Blending Options macam dalam gambar ni,

blending option

lepas tu dia akan keluar macam ni.

dialog blending options

2) Untuk buat tulisan tu nampak timbul di permukaan, saya pilih Drop shadow

Drop shadow photoshop

Bila saya klik je Drop Shadow tu, terus nampak tulisan di permukaan kayu tu.

buat tulisan timbul photoshop

Kalau korang rasa ini dah ok, boleh terus lompat kat langkah 4 (tekan ok), tapi kalau kalau rasa macam belum ok, boleh adjust lagi.

Macam saya, saya tengok bayang tu macam tak kena je. Kalau perhatikan betul-betul papan tanda ni, bahagian kiri atas tu nampak lebih cerah berbanding bahagian kanan bawah.

3) Jadi kita akan adjust sudut bayang-bayang tu. klik je pada angle dalam bulat macam dalam gambar kat bawah ni.

set sudut cahaya bayang photoshop

Ini seting yang saya buat pada drop shadow untuk buat tulisan tu nampak timbul

seting drop shadow tulisan timbul

4) Setelah rasa puas hati, klik butang OK.

tekan butang ok

Dan inilah hasilnya.

hasil buat tulisan timbul

Kerja ni akan lebih mudah kalau kita guna dua monitor, dan guna mouse yang ada scroll kat tengah-tengah, satu untuk untuk adjust kat blending options, satu untuk tengok hasil.

Esok saya sambung dengan tips photoshop nak buat seolah-olah ada ukiran pada permukaan kayu tu ok?

p/s: kalau nak download papan tanda kayu kat atas tu klik sini ok?

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,614)

Hasil carian :

(Visited 304 times, 4,598,614)