Buka kedai online tapi tak ada stok?

Buka kedai online tapi tak ada stok?

Buka kedai online tapi tak ada stok? Ye saya yakin anda yang buka link ni mesti ada pengalaman atau baca atau dengar ada orang beli barang online, dah bayar dah, pembelian dah confirm, tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai.

Bila tanya dengan penjual online tu, dia kata dia belum ada stok, masa tu mesti korang nak marah, macam mana dia boleh buka kedai online tapi tak ada stok kan?

buka kedai online tapi tak ada stok

Kaki beli barang online mesti penah merasa pengalaman macam ni, sekurang-kurangnya sekali kan?

saya pon pernah kena benda ni, masa nak beli tablet lukisan digital, sebelum saya beli dengan penjual yang saya cerita dalam entri tu, saya dah beli dengan penjual lain, beli siang, malam tu dia emel kata stok tak ada, mintak refund, lambat sangat baru dia balas. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 106 times, 4,600,383)

Idea untuk menulis blog

Idea untuk menulis blog

Tak ada idea untuk menulis blog bukan benda yang pelik, bukan benda yang luar biasa, bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai oleh seorang blogger.

Tak kira blogger baru atau blogger lama, hampir semua blogger akan jumpa masalah tak ada idea untuk menulis blog. Tak ada idea juga salah satu sebab kecil kenapa saya update blog setiap 2 hari.

Disebabkan itu juga, saya biasakan diri saya untuk membawa pen dan kertas ke mana-mana, pergi makan, pergi mandi, pergi buang air besar, masuk tidur, pergi merokok dan lain-lain masa.

Bila dapat idea, tapi masa tak mengizinkan, saya tulis tajuk dan point penting atau keyword yang saya rasa bagus untuk digunakan atau ada potensi orang cari di enjin carian.

Kadang-kadang bila saya tak ada idea untuk menulis blog, saya baca balik entri-entri lama saya.

Bukan setakat dapat idea,  malah saya dapat tengok balik gaya penulisan dan buat pembetulan pada ayat dan ejaan saya.

Ok, saya nak bagi cadangan idea untuk menulis blog, ianya mungkin boleh menghasilkan lebih dari 1 entri.

Saya cadangkan anda tulis tentang perkara-perkara di sekitar tempat tinggal anda, atau tempat kerja anda atau kampung anda.

Nampak macam benda tak popular, tak hot, macam tak ada orang nak baca, tapi ini hakikat yang anda perlu ingat!

Anda menulis di blog, di internet, di sebuah tempat yang tiada sempadan. Jadi, ada macam-macam jenis orang yang mungkin akan masuk ke blog anda melalui enjin carian seperti google, yahoo, bing, bang, boom dan sebagainya.

Mereka, pembaca atau pengguna internet tu mungkin seorang suami kepada seorang isteri yang mengidam makanan yang mungkin hanya ada di tempat anda.

mereka mungkin bakal pengantin yang nak mencari homestay di kawasan anda untuk rombongan keluarga mereka.

Mereka mungkin pengembara yang belum sampai ke tempat anda kerana tak pernah tahu pasal tempat menarik yang anda ceritakan tu.

Mereka mungkin adalah orang yang akan berpindah ke kawasan kejiranan anda?

Mereka mungkin pencinta sejarah yang mencari cerita yang mana, bila anda tulis pasal tempat anda, barulah mereka tahu.

Anda mungkin ada idea untuk menulis blog anda, tapi anda rasa cerita tu sampah semata-mata.

Tapi cerita yang anda sangka sampah tu mungkin emas, intan, berlian pada orang lain. Jadi anda secara tak langsung telah menyebarkan sesuatu yang sangat besar nilainya.

Macam saya katakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger dulu, just blog!!

 

Hasil carian :

(Visited 57 times, 4,600,383)

Saya je tak ada gambar, kenapa entah?

Saya je tak ada gambar, kenapa entah?

Saya je tak ada gambar, kenapa entah? ke pasal sy xde komenluv tu kn.. adalah antara ayat persoalan yang ditimbulkan oleh eyfa writer dalam komen blogger pemurah bulan 3 yang saya terbitkan minggu lepas.

tak ada gambar

Kenapa dia tak ada gambar dalam senarai blogger pemurah tu?

blogger ramah bulan 3

blogger ramah bulan 3

Sebab dia tak register gravatar, apa itu gravatar? Gravatar, mengikut dari laman web gravatar, gravatar ialah Globally Recognize AVATAR. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 122 times, 4,600,383)

Masalah tidur malam

Masalah tidur malam

Masalah tidur malam ni saya dah hadapi dah masuk 6 tahun, kejap je masa berlalu kan? tak sedar pon 2009 tu adalah 6 tahun lalu, rasa macam baru je.

masalah tidur malam

p/s: pic ni buat saya teringat kat seseorang…

Bila kira macam tu, mulalah diri ni terasa tua, tapi bak kata sorang tukang kebun ni, orang lelaki ni jiwanya muda. owh ok.

Masa tu saya teringat ayah saya “patutlah aku tak boleh challange bapak aku bawak keta”. Ok, takde kena mengena.

Kenapa saya buat entri masalah tidur malam ni? sebab penat dah jawab “kenapa kau tidur lewat?” dan sambungan komen kat entri blog imran.

Bukannya saya tak tidur, saya tidur, tapi tulah, 3 pagi, 4 pagi, kadang 5 pagi, kadang tak tidur langsung.

Kenapa saya ada masalah tidur malam ni? Macam si imran cakap dalam entri tak boleh tidur malam dia tu, banyak sangat fikir.

Well, tahun 2009 terjadi satu titik hitam dalam hidup saya, sejak dari tu, saya merangkak naik balik dengan susah payahnye.

Tapi hikmah dari titik hitam tu, menguatkan alasan kenapa saya guna nama ada perkataan XP, singkatan dari perkataan eXPerience. Bermaksud pengalaman.

Pengalaman adalah guru terbaik kata orang kan? Memang betul, dengan pengalaman tu, macam-macam lah saya belajar.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,383)

Start dari 2009, saya banyak memenuhkan masa saya dengan macam-macam aktiviti, dan benda tu makin terbawak-bawak sampai otak saya dipenuhi dengan macam-macam idea.

Bukan tak cuba nak tidur awal, dah cuba… masalah tidur malam saya ni, kadang dah terlelap, tiba-tiba tersedar.

macam baru-baru ni, last saya tengok jam sebelum saya lelap, pukul 3.45 pagi, lepastu saya lelap, rasanya lelap tu macam dah cukup lama dah, saya rasa dah dalam 2 jam dah saya lelap, bile tengok jam, 3.47 pagi.

Yang pastinya tarikh masih sama, maknanya bukan 3.47 pagi esoknya.

“Tak ngantuk ke?” ngantuk tu memang selalu sangat ngantuk, ngantuk tu benda biasa. Tapi mengantuk tak bermakna saya akan boleh tidur.

Kadang saya cemburu tengok orang lain boleh tertidur masa duduk, atau boleh boleh terlelap kat meja.

tidur duduk masa kerja

Walaupun benda tu nampak cam tak best, tapi untuk orang yang susah nak tidur malam macam saya, kalau dapat tidur duduk macam ni, mesti satu kelegaan kan?

Kadang-kadang saya cuba nak tidur waktu rehat tengah hari, kadang dapat lena yang agak lama, kadang, same macam kes kat atas tu, tidur berapa minit, tapi rasa mcam lama.

Macam-macam dah saya buat supaya saya boleh tidur waktu malam, siang tak tidur, malam tetap jugak tidur lambat.

Macam sehari sebelum entri ni didraf, malam sebelum tu saya tidur dekat pukul 3 pagi, lepastu siang tak tidur, malam tadi dekat pukul 4 baru masuk tidur.

Tu masuk tidur, lelap tak tahulah pukul berapa.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,383)

Apa yang buat saya tak tahan bila tak boleh tidur malam ni atau susah nak tidur malam, adalah, biasanya saya dapat lelap, lepas pukul 5 pagi, pukul 6 lebih dah nak kena bangun, masuk kerja pukul 8. tu kadang terlajak tu.

Hasil carian :

(Visited 205 times, 4,600,383)