iklan bertukar-tukar

Akhir-akhir ni saya sangat komited nak tambah pendapatan dari rumah, jadi banyaklah iklan yang saya terpaksa masukkan dalam blog ni, tapi saya tak nak lah tamak sangat sampai pelawat dan pembaca blog ni rasa semak dengan iklan yang lebih memenuhi ruang blog berbanding isi blog, jadi apa yang saya buat adalah dengan buat iklan bertukar-tukar.

Iklan-iklan tu untuk mereka yang rajin baca di blog ni dan mempunyai keinginan untuk menambah pendapatan dari rumah tanpa perlu kerap keluar.

Ok berbalik kepada tajuk iklan bertukar-tukar adalah, kalau anda lihat disidebar saya, disebelah kanan ni, ada iklan, setiap kali anda ke post lain, iklan tu akan bertukar, jadi macam mana saya buat iklan tu bertukar-tukar?

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,170)

adalah dengan menggunakan ads by datafeedr.com satu plugin untuk pengguna wordpress menguruskan iklan. cara penggunaan, memula sekali install ads by datafeedr.com tu, ada 2 cara, sama ada cara dengan download ads by datafeedr.com tu atau dengan install dari search dari page add new plugin. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 90 times, 4,591,170)

Tokyo Sky Tree ditemui di Lukisan Buatan 1831

Tokyo Sky Tree adalah menara tertinggi dijepun dan yang kedua tertinggi didunia (pada waktu ini) dengan ketinggian 634 dan dibina pada tahun 2011.

tokyo skytree

Sebuah bangunan yang mirip dengan Tokyo Sky Tree telah ditemui didalam sebuah lukisan lama berjudul “Toto Mitsumata no Zu” (Pemandangan Di Mitsumata, Tokyo) yang dilukis oleh Kuniyoshi Utagawa (1 January 1798 – 14 April 1861) seorang mahaguru lukisan jepun pada tahun 1831

Toto Mitsumata no Zu

Dibahagian kiri lukisan tersebut, terdapat sebuah sebuah bangunan tinggi, sedangkan pada masa itu, tiada bangunan setinggi itu pada tahun tahun 1831. Ini kerana, menurut kata direktor muzium Fumio Saito –

Toto Mitsumata no Zu2

“Undang-undang pada waktu itu melarang rakyat membina bangunan yang lebih tinggi dari Istana Edo”. Kenyataan tersebut mengejutkan ramai pihak bagaimana seorang pelukis zaman dahulu dapat melukis sebuah bangunan yang kini wujud di kota edo(tokyo), adakah sekadar kebetulan atau mesin masa doraemon? Surprised smile

mesin masa doraemon

Hasil carian :

(Visited 168 times, 4,591,170)