Pusat rawatan islam Al-Qayyum

Entri hari ni lain sikit dari biasa, sesungguhnya hati korang takkan tenteram kalau baca entri ni separuh jalan. Jadi pastikan BACA SAMPAI HABIS. korang pernah dengar pasal pusat rawatan islam al-qayyyum? Pusat rawatan Alqayyum yang semakin popular ini telah beroperasi sejak 1 febuari 2011 lagi. Pusat rawatan islam Al-Qayyum ni adalah ‘Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah’ (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre), amende tu? panjang ceritanya… kalau nak faham dengan lebih jelas, boleh lawati pusat rawatan Al-Qayyum ni yang di Bandar sri damansara.

pusat rawatan islam

Alamat penuh Pusat Rawatan Al-Qayyum:

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10 Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 KUALA LUMPUR

Tapi kalau korang jauh, tak jadi masalh pon sebenarnya, Pusat rawatan islam Al-Qayyum ni ada buat program perubatan islam bergerak. Tapi kena booking lah, boleh hubungi diorang melalui telefon, sms, whatsapp, email dan facebook, cara-caranya boleh tengok kat page hubungi pusat rawatan ni.

Selain dari program rawatan bergerak, diorang pun ada buat rawatan jarak jauh. Jangan ingat pc, laptop, server je boleh remote, penyakit pon boleh diubat secara remote, kalau cara nak remote pc aku boleh terangkang dengan agak detail. Kalau rawat secara remote ni kena rujuk pada cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan  Mu’alij- mu’alij dari pusat rawatan Al-Qayyum ni. Lagipun pakej rawatan jarak jauh dia ada banyak. Boleh rujuk kat laman web utama pusat rawatan Al-Qayyum ni.

Ada 8 bidang perkidmatan yang disediakan oleh pusat rawatan Al-Qayyum ni.

a)  RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
b)  BEKAM SUNNAH
c)  RAWATAN JARAK JAUH
d)  RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
e)  PRODUK KESIHATAN ISLAM
f)   KELAS MENGAJI AL-QURAN
g)  PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
h)  PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK

Kita kena tau pakej apa yang diperlukan, kalau tak tau, boleh tanya ngan mereka tu terus, sebab kalau keperluan sebesar MPV, takkanlah kita nak guna sparepart compact car lak kan? silap-silap makin teruk, Jadi pakej dan panduan yang tepat diperlukan, jadi rujuklah pusat rawatan Al-Qayyum

 

image

Oleh kerana perkhidmatan pusat rawatan al-qayyum yang cemerlang, menjadikan pusat rawatan ini semakin popular sehinggakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar dan mendakwa mereka dari pusat rawatan al-qayyum.

ketua perawat

Oleh sebab tu, ketua Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum ni, Cikgu Indera Saifullah amat-amat menggalakkan orang ramai untuk ke laman web/blog pusat rawatan Al-Qayyum agar lebih kenal dengan mereka dan tak tertipu dengan mereka yang menyamar dan mendakwa mereka dari pusat rawatan islam Al-Qayyum

APA KATA BEKAS PESAKIT? kenapa bekas? sebab dah tak sakit lepas berubat dengan pusat rawatan Al-Qayyum ni.

“Saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Indera dan kakitangan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM yang telah banyak membantu saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah sangat profesional, cekap dan mesra. Saya amat yakin dengan keupayaan mereka untuk merawat apa jua penyakit.”
– Ahli Perniagaan, 45; Petaling Jaya, Selangor.

“Terima kasih kepada PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Syukur alhamdulillah, dengan kuasa, kehendak dan keizinan Allah SWT jua; beliau dan kakitangan telah berjaya menyelamatkan saya dari penyakit yang merbahaya.”
– Ahli Perniagaan, 27; Kuang, Selangor.

“Mereka ini amat komited di dalam memberikan rawatan dan telah menganggap Makcik seperti ahli keluarga sendiri. Terima kasih kepada Indera Saifullah kerana telah membantu Makcik. Semoga Allah SWT terus memberkati pekerjaan mulia mereka ini.”
– Saintis (Bersara) / Ibu Tunggal, 64; Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Saya dan isteri amat kagum serta yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada mereka. In shaa Allah.”
– Pesara, 65; Ampang, Kuala Lumpur.

“Walau pun saya bukan beragama Islam, saya telah dilayan dengan mesra dan ikhlas oleh Perawat dan kakitangan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Rawatan mereka adalah amat profesional dan sistematik! ”
– Eksekutif, 25; Kota Damansara, Selangor.

“Sesungguhnya, kewujudan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM merupakan rahmat dari Allah SWT yang tidak dapat dinilai dengan wang-ringgit, terutamanya untuk Pesakit seperti saya.”
– Pelajar IPT, 23; Shah Alam, Selangor.

dan lebih banyak testimoni bekas pesakit di laman web / blog pusat rawatan Al-Qayyum di sini TESTIMONI

Apa bestnya pusat rawatan Al-Qayyum ni? Berdasarkan kajian yang saya buat ke atas mereka ni, PENGALAMAN adalah kelebihan dan kekuatan mereka. Walaupun pusat rawatan Al-qayyum ni baru 3 tahun, pengalaman mereka berganda dari itu, terutama ketua perawat ni yang ada pengalaman lebih 20 tahun. Bak kata omputeh, “experience is the best teacher” , ilmu semata-mata tak menjanjikan yang terbaik. Tapi dengan pengalaman, ilmu akan datang sekali. Bukanlah nak berbangga, macam nama saya ni, ALONGXP, XP tu adalah singkatan dari perkataan experience. Contoh situasi saya,

situasi 1. sorg rakan sejawatan (juruteknik komputer) tanya kalau ada sesiapa yang ada graphic card, sebab dia nak test kat 1 pc yang takde display, saya tanya dia, kapasitor kat motherboard dia dah bengkak ke? dia kata ya, 4 biji bengkak. So dah taulah, motherboard la problem.

situasi 2. pensyarah saya tanya, 1 pc ni boleh on tapi tak keluar display, satu kelas jawab graphic card, ada sikit yang jawab motherboard. saya sorang jawab power supply, satu kelas tak puas hati dengan jawapan saya, diorang kata kalau psu(power supply unit), takkan boleh hidup, saya jawab, kalau kapasitor dalam tu dah bengkak/ pecah, macam mana dia nak supply kadar kuasa yang betul? semua diam.

Orang yang kurang pengalaman hanya nampak apa yang nyata, orang yang berpengalaman, tau apa yang berlaku disebalik apa yang orang kurang pengalaman nampak.

Kalau ada kesempatan dan peluang , saya akan cerita dengan lebih detail lagi pasal Pusat Rawatan Al-Qayyum ni, tapi saya takkan mampu nak cerita macam apa yang ditunjukkan dalam laman web/ blog alqayyum2u.blogspot.com tu. Dalam tu ada cerita macam mana nak tau sintom-sintom kena gangguan jin, dirasuk, sihir, saka, cerita pasal santau, hantu, syaitan, pelesit, dan kaedah-kaedah merawat semua tu.

Pesanan dari pusat rawatan islam Al-Qayyum

Walau apa jua jenis Penyakit / Masalah, perlulah diikhtiarkan rawatannya dgn segera agar penyakit / masalah tidak menjadi bertambah berat dan semakin sukar untuk diubati kelak. Apa yang penting, janganlah sesekali berputus asa DAN perlu adanya Iman, Taqwa dan Istiqomah (berterusan) dalam diri Pesakit dan juga Perawat; sepanjang berikhtiar mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Hasil carian :

(Visited 298 times, 4,600,177)