Buku Teknik SEO merah jambu berbaloi

Buku Teknik SEO merah jambu berbaloi dibeli.

Buku Teknik SEO merah jambu berbaloi dibeli itulah ungkapan yang saya nak beritahu kepada korang yang rasa ragu-ragu sama ada nak beli buku teknik Seo merah jambu ni.buku teknik seo merah jambu

Sebab saya sendiri beli ebook ni. Dan ternyata ebook ni sangat memuaskan nafsu serakah saya yang nakkan lebih ilmu seo dan ilmu affiliate. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 66 times, 4,598,893)

satu lagi blog baru

kalau siapa yang perasan tu akan perasan lah, kalau siapa yang tak perasan tu saya nak bagi tahu yang saya ada satu lagi blog baru iaitu blog.alongxp.my

sebenarnya bukan satu je blog yang baru saya buat, masa saya setup blog baru ni, saya setup lagi 4 blog, campur blog yang saya nak tonjolkan ni, total saya ada 5 blog baru, menjadikan jumlah blog saya 9 blog saya.

sembilan blog? gila tak? yup… memang gila… macam mana saya uruskan masa nak handle 9 blog, well… kenalah belajar uruskan masa, panduannya kat sini. pengurusan masa secara efektif.

pengurusan masa efektif ni sangat berguna kepada semua orang pada zaman ‘bapak mahal harga barang’ ni. terutama yang buat part time blogger macam saya.

tambah penting benda ni kalau korang ni ibu bapa, macam mana nak didik anak, sambil jana pendapatan dari rumah dengan pengurusan masa yang betul. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 18 times, 4,598,893)

Belajar buat website

Sape nak belajar buat website? Nak belajar buat website tapi tak nak pergi kelas? Nak belajar buat website dengan cepat sebab tiba-tiba bos suruh anda buat website walaupun sebenarnya anda pon tak pernah tau apa-apa pasal buat website?

belajar buat website

Kalau korang baca post saya sebelum ni yang bertajuk kenapa upah mahal sangat? korang mungkin boleh agak kenapa diorang meletakkan upah yang mahal. Sebab saya sendiri pon buat website dan blog. Jadi saya tahu memang benda tu bukan benda yang senang makan kacang cap gelas.

Tapi andai katalah korang tiba-tiba jadi bidan terjun untuk melahirkan sebuah website, memang pening kepala, memang merisaukan, macam orang mengandung anak sulung juga, bila pertama kali nak bersalin tu cukup risau, susah ke senang? Boleh ke macam ni? boleh ke macam tu?

Saya mula bina website menggunakan joomla dari tahun 2008, macam selang beberapa bulan, saya mula belajar bina website menggunakan wordpress, sampai sekarang saya tak berani nak kata saya mahir, apatah lagi nak mengaku diri ni sebagai pakar.

Ranapkan? berpuluh kali dah saya ranapkan website, tapi adalah skilnye macam mana nak ranapkan tanpa merosakkan yang ada. hehehehe. Masa dulu, saya belajar memang merujuk kepada banyak laman web dan blog dari luar negara.

Sebelum ni tak banyak orang dari malaysia yang nak buat tutorial, kalau ada pon kebanyakkanya dalam bahasa inggeris, sama lah jugak kalau saya merujuk ke laman web luar negara kan? Kalau ada pon dari indonesia, walaupun macam dekat sama, tapi tetap juga tak sama, pening juga kan?

Tapi bila saya jalan-jalan kat blog orang malam ni… saya terjumpa cara senang nak belajar buat website. Tak payah nak makan masa sampai bertahun-tahun macam saya, hanya ambil masa 24 jam je… semalam korang tak pandai, hari ni dah pandai.

Jimat duit korang sehingga 300%tu beb. Kalau bos korang bagi duit kat korang untuk korang cari orang nak buat laman web, tapi sebenarnya korang yang buat, tak ke masyuk namenye tu kan?

Siap diajar macam mana nak buat laman web yang korang bina nanti tu mesra SEO supaya trafik pon masyuk. Tak rugi pon belajar buat laman web ni, kalau andai kata medium yang korang gunakan sekarang(contohnya fesbuk) ditutup, sekurang-kurangnya korang ada laman web yang mesra SEO yang akan membantu meneruskan perniagaan korang.

Lagipon, laman web bukan untuk bisnes online je, tapi banyak lagi fungsi lain, jadi jangan buang masa, tambahkan ilmu didada.

Belajar buat laman web dengan cepat sekarang

Hasil carian :

(Visited 131 times, 4,598,893)

Blogwalking kaw-kaw

Apa benda blogwalking tu? blogwalking adalah satu perbuatan yang biasanya dilakukan oleh blogger iaitu, berjalan-jalan ke blog-blog blogger lain. Dan biasanya blogger yang berblogwalking ke blog blogger lain akan meninggalkan jejak dengan meninggalkan komen atau jerit kat shoutbox.

Cara saya blogwalking biasanya melalui komenlah.mm saya akan balas kunjungan mereka yang pernah komen di blog saya. Sebab tu kalau tengok kat atas kotak komen saya cakap saya akan gembira kalau korang komen, antara sebabnye tulah… supaya saya ada peluang nak balas budi orang yang dah singgah blog saya. Jadi sila tinggalkan komen bila baca entri kat blog saya ye.

blog walking

Perlu ke blogwalking? Tak perlu sangat pon kalau anda  ni kaya. Jika anda tak nak atau tak mampu nak bayar servis seo atau apa-apa servis untuk menaikkan trafik ke blog anda, maka anda perlu blogwalking, selain dari mengundang owner blog yg diblogwalking dan pembaca blognya untuk ke blog kita, blogwalking sambil meninggalkan link blog kita juga akan membantu supaya blog kita di indeks di laman enjin carian macam google ke yahoo ke bing dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjadikan blog lebih mesra SEO. Dan ini juga sekaligus membantu meningkatkan ranking di alexa. Dan antara kriteria yang diambil kira apabila blog kita hendak dinilai ialah brapa banyak web/blog yang link ke blog kita

Adalah satu bonus bila blog yang kita blogwalking tu ada pasang commentluv, entri kita pon terpampang sekali.. Tapi motivasi saya down bila nak tinggalkan komen, tapi tiada ruang untuk masukkan nama dan url, lebih teruk lagi bila pilihan yang ada cuma komen menggunakan akaun google atau blogspot. Rugi 1 backlink kat situ.

blogwalking

Selain dari meningkatkan link, blogwalking juga adalah cara untuk menambah ilmu dan menambah idea. macam mana tu?bila anda berblogwalking, anda akan jumpa macam-macam jenis blog, jadi anda boleh belajar, macam mana dia menyusun ayat, macam mana dia nak menarik minat pengunjung untuk membaca, sedut tips-tips blogging dan macam-macam lagi. anda mungkin akan dapat idea untuk tulis entri di blog anda bila terjumpa blog atau entri yang mungkin berkaitan dengan anda dan anda mungkin boleh buat ulasan mengikut pandangan tersendiri di blog, letak sekali link ke entri blog yang anda baca tadi. link building tu, ada outbound link

Banyak lagi tips-tips blogging yang saya nak kongsikan, tapi adalah lebih mudah kalau korang baca kat kategori blogging dalam blog ni

Hasil carian :

(Visited 68 times, 4,598,893)