Karangan keluarga saya untuk blogger

Karangan keluarga saya

Karangan keluarga saya yang kita buat masa sekolah dulu boleh jadi sangat bermanfaat pada anda sekarang.

Jangan sangka anda dah habis sekolah dah berbelas, berpuluh tahun, benda macam karangan keluarga saya tu tak ada faedahnya.

Kalau sebelum ni, anda cerita pasal diri anda macam yang saya kongsikan dalam entri baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?.

Untuk entri ke 4 atau mungkin yang seterusnya, cuba kongsikan cerita pasal keluarga anda, disini permulaan dalam dunia blogger anda.

karangan keluarga saya

Mula belajar menulis entri dengan ejaan penuh dan betul, mula belajar untuk buat cerita yang panjang, dan karangan keluarga saya adalah permulaan yang baik untuk ini. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 204 times, 4,598,613)

Kes buli, junior, senior

Kes buli, junior, senior

Hari ni aku blogwalking, kerana hasil kajian aku… dua sumber yang membantu menaikkan trafik adalah SEO dan blogwalking, yang lain-lain tu ada juga, tapi dua tu yang utama lah… salah satu yang menarik dalam perjalanan blogwalking aku adalah, aku bila terserempak dengan blogger lelaki yang membawa cerita pasal Senior, Junior dan buli yang menarik minat aku nak share pengalaman pasal kes buli, junior dan senior.

Ok, sekarang ni umur aku dah 30 walaupun muka nampak macam baru 19, tapi hakikatnya aku dah berumur 30, dah berkahwin dan beranak tiga(sila percaya). Sepanjang umur aku ni, memang banyak kalilah merasa jadi senior, dari darjah 1 sampai darjah 5, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4, dari semester 1 sampai 3 kat poli (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur). Dan merasa jadi senior dari darjah 2 sampai darjah 6, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5, dari semester 2 sampai semester 4 (tahap pelajaran aku tak tinggi, takat sijil teknologi maklumat politeknik muadzam shah, pahang darul makmur).

Kalau baca kat page about aku, pengalaman aku bersekolah memang belambaklah… sebab aku sekolah rendah kat empat sekolah rasanya, sekolah menengah tiga sekolah, ipt dua, sepanjang aku sekolah tu, memang kes buli ni ada kat mana-mana tempat aku pergi, aku jarang kena buli dengan senior, selalunya yang membuli aku adalah kawan-kawan sebaya aku… hahahahaha Continue reading

Hasil carian :

(Visited 474 times, 4,598,613)

Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1962 – KEJOHANAN BADMINTON ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ASIA TENGGARA

Tarikh Peristiwa : 02.01.1962 (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1962, Kejohanan Badminton antara sekolah-sekolah Asia Tenggara telah diadakan di Dewan Persatuan Badminton Selangor. Terdapat lima buah negara yang menyertai kejohanan itu, antaranya ialah Thailand,India, Ceylon, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Kejohanan tersebut merupakan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan utama kejohanan badminton itu diadakan adalah untuk mencungkil dan memperkenalkan bakat-bakat baru, mengeratkan perhubungan dan memajukan sukan badminton di Asia Tenggara. Dalam kejohanan tersebut Persekutuan Tanah Melayu telah diwakili oleh Yew Cheng Hoe, Tan Soon Hooi, Khoor Cheng Chye, Lee Cheng Hoe, Chin Wah Seng, Khoo Keng Choo dan P. Gunalan. Dalam perlawanan awal Persekutuan Tanah Melayu telah mengalahkan  Thailand  9-0. Manakala di peringkat akhir pula Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mengalahkan Ceylon 5 – 0. Kejayaan Persekutuan Tanah Melayu melalui Yew Kheng Hoe penyandang gelaran johan perseorangan, amat membanggakan selain gelaran johan bergu yang dimenangi oleh Khir Cheng Chye dan Chin Wah Seng. Sesungguhnya kejohanan badminton antara sekolah-sekolah Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu merupakan usaha untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dalam permainan badminton di samping memupuk persefahaman di kalangan negara-negara Asia Tenggara .

Hasil carian :

(Visited 85 times, 4,598,613)

Kenangan masa sekolah rendah

kekadang aku teringat kenangan masa aku skolah dulu, teringat masa tadika, aku tadika dulu kat taski abim,pegi tadika naik van,kat blok umah yang aku tinggal,kitorg bertiga aku, firdaus,min. sesame turun pakai baju ijau, selalunye kitorg dok blkg, dan dulu aku selalu kena buli,beg aku beg kain,diorg beg keras,aku dihimpit. hahaha

firdaus pindah masa nak masuk darjah 1…masa tu mana la amek tau name penuh org laen, name penuh sendiri pon berminit2 kalau nak tulis, so tak ingat la name penuh die, gamba ade,tapi kat umah parent aku, pastu bapak min meninggal masa die darjah 2, orang yang alim, meninggal masa balik dari masjid, kena langgar. then die pindah ke perlis, ngan min ni aku da jumpe da kat fb, sbb kitorg keep in touch smp thn 2000 kalau tak slh, so aku ingat la name penuh die, dan die guna nama penuh die kat fb,so senang la nak cari.

kenangan masuk sekolah rendah, hari pertama sekolah, aku pakai seluar pendek, zaman dulu2 kan camtu,zaman skang ni da xde da budak pakai seluar pendek g sekolah, budak2 sekolah sjkc ade la aku tengok pakai seluar pendek. Aku pakai seluar pendek tu 1 hari je, Continue reading

Hasil carian :

(Visited 165 times, 4,598,613)