Pernahkah korang buat benda ni dulu?

Benda ni saya jumpa kat dalam group Juruteknik komputer Selangor kat facebook. Rasa cam best pulak kalau share, tambah2 kalau orang komen.

Pernahkah anda buat salah satunya masa kecil-kecil dahulu:
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf ‘v’.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni –> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati…




SocialPromoter

(Visited 86 times, 4,595,029)