Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni bermula bila saya ternampak tweet kamil salleh.

Masa tu  nak je reply “selama ni tulis guna kaki ke? Hahaha” tapi hati ni tergerak nak tengok entri tu.

Jadi saya pon pergi ke link yang ada kat twitter tu. Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Owh… Kamil salleh dicabar oleh suria lekat lekit yang mencabar blogger lelaki untuk menulis entri dengan tulisan tangan.

cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

klik gambar kalau nak terjebak sekali

 

Apa? Suria lekat lekit ingat orang laki tak ada menulis tangan ke? Hehehe.

Kalau orang muda, budak-budak remaja mungkinla malas nak tulis tangan.

Tapi kalau orang yang muka muda tapi umur tak berapa nak muda macam saya, mungkin dah rajin nak tulis tangan.

Tambahan lepas saya beberapa kali tonton cerita abraham lincoln the vampire hunter, dan saya teringat hobi idola saya, Dr.M dimasa lapang iaitu menulis, buat saya terfikir.

“Orang yang hebat suka menulis ke?”

Kalau macam abraham lincoln tu, walaupun tak tahu betul ke tak dia suka menulis, tapi dalam zaman dia memang tak ada komputer, jadi mestilah dia tulis kat buku nota dia tu.

Tapi macam Tun Dr.M, zaman dia dah ada banyak gajet. Tambahan, dia bapa permodenan. Tapi kenapa dia tulis tangan?

Bak kata MNH dalam entri dia yang bertajuk Faktor bergiat dalam dunia blog.

Menurut Dr. Mahathir, orang yang menulis mempunyai fikiran yang sangat tajam

Saya seorang yang banyak berfikir, tu antara penyebab saya susah nak tidur juga.

Saya cuba satu anjakan paradikma, saya ambil kertas dan pen dan mula menulis, memang syok. Tapi mula-mula tu tulisan agak huru haralah.

Tapi saya dapat rasa kepuasaan dan lega bila dapat menulis tangan. Antara kelebihannya, ada bateri ke tak ada ke, tetap boleh menulis.

Tapi saya lebih suka menulis menggunakan pen yang bermata 0.7 dan prefer menggunakan ball pen dakwat basah.

Ok, dah panjang sangat bebelan saya, dengan ini saya menyahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

Dan… Instead of buat entri WW. Saya nak jadikan hari rabu, hari cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

So saya akan pilih satu coretan kat buku nota saya, saya akan scan dan terbitkan pada hari rabu.

Rasanya lebih berfaedah dari buat entri wordless wednesday.

So inilah dia coretan pertama bagi buat entri dengan tulisan tangan saya. Harap jangan baca semasa memandu, saya tak akan bertanggungjawab jika anda pengsan.

tulisan tangan buruk

boleh tahan… buruk… hahahaha

 

Hasil carian :

(Visited 142 times, 4,600,176)