Apa lagi kelebihan telegram ni?

Sebelum ni saya pernah tulis pasal kelebihan telegram dalam entri apakah kelebihan telegram dan dalam entri Kelebihan telegram berbanding whatsapp

Tapi dek kerana kedua-dua entri tu dah mencapai jumlah bilangan perkataan minimum yang diperlukan seperti yang saya cerita dalam tips seo yang saya amalkan, tapi banyak lagi kelebihan telegram yang belum saya senaraikan, maka saya ambil keputusan untuk pecahkan entri tentang kelebihan telegram ni kepada beberapa entri.

Dan ini sambungan kepada entri Apakah kelebihan telegram tu.

Apa lagi kelebihan telegram ni?

Pelbagai platform.

Benda ni saya ada cerita dalam entri kelebihan telegram yang sebelum ni, tapi mungkin tak mendalam sangat kot.

Kali ni saya nak terangkan maksud pelbagai platform ni.

Maksud pelbagai platform ni bagi telegram adalah, telegram ni boleh digunakan di telefon android, telefon windows, telefon iphone, ubuntu touch, komputer yang menggunakan sistem operasi windows, komputer apple yang menggunakan sistem operasi osx, dan komputer yang menggunakan sistem operasi linux.

kelebihan telegram pelbagai platform

Dan apa yang membuatkan ada perbezaan Telegram dengan whatsapp, kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, atau telefon korang mati sekalipun, korang masih boleh menggunakan telegram di peranti lain.

Whatsapp pula, hanya boleh digunakan di web(selain guna di telefon), dan kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, korang tak boleh terima dan menghantar mesej menggunakan whatsapp web

Secret chat.

Haaa… ni sesuai la untuk mereka yang nak sembunyikan sesuatu dari seseorang. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 14,350 times, 4,593,160)