Kuasa Pulut (The power of Pulut)

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, atau selamat malam kepada semua pembaca. Tajuk kita hari ini adalah, kuasa Pulut atau The power of pulut.

Kuasa Pulut ni bukanlah satu cerita dongeng macam kisah pak pandir, atau kisah si luncai dengan labu-labunya. Kuasa pulut ni satu entri pasal apa yang saya nampak dan fikir tentang pulut. Kuasa tu saya tambah je kasi macam power sikit bunyinya.

Tergatalnya jari ni untuk menaip kisah kuasa pulut bila pagi ni isteri saya masak bubur putih merah.

kuasa pulut bubur putih merahMalam tadi saya tanya dengan wife saya, pulut ada ke tak? Dia kata ada sebab nak masak bubur putih merah.

Saya pelik la kenapa tiba-tiba dia nak masak bubur putih merah ni. Sebab memang tradisi keluarga mertua saya, bila birthday atau ada apa-apa kesyukuran, diorang akan masak bubur putih merah.

Saya dah risau, takut saya lupa birthday anak saya ke, birthday wife saya atau ada tarikh penting yang saya lupa.

Jadi saya tanya la kenapa buat bubur putih merah ni? dia kata sempena dah sunatkan anak perempuan saya.

Owh… patutla. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 184 times, 5,301,413)

Kereta Proton dan Power Window nya

Sape yang pakai kereta proton yang ada power window?(power window tu yg korg tekan button,cermin naik ke turun sendiri tu) bile sebut power window kereta proton mesti ade yg mengeluh… aku berani gerentilah,siap ada yang membebel lagi kan?

Hari ni aku kurang ckit mood nak berblogwalking,bukan xde…kurang je…so aku banyak menghabiskan masa kat blog redmummy, sambil tu jengah2 la komen2 kat blog aku ni, terpandang komen dari reezluv, dan aku pon bukak la blog die,aku selak page by page,terjumpa artikel bertajuk kenali potensi blog, dan entah macam mana, aku teringat web/blog paultan. so aku pon menjengah.

berbalik kepada tajuk tadi, pasal power window,ini bukanlah cerita dongeng, korang kadang2 boleh tengok,orang naikkan tingkap kereta sambil menarik bahagian atas cermin tu. Atau sesetengahnya, naikkan turunkan balik, berulang2 kali. Tapi seperti yang aku baca dalam paultan tu, die kate proton dan berubah,diorang dah buat power window yang bagus dan akan datang, power window ni akan ada lifetime warranty atau warranty seumur hidup(macam RAM Kingston hahaha).

 

MD(Pengarah Urusan kot) Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, pengeluar power window proton telah meningkatkan kualiti dengan pesat, tetapi cabaran getir mereka adalah untuk menangani pandangan negatif pengguna2 terdahulu.

Datuk Seri Syed Zainal Abidin juga berkongsi pengalaman peribadinya semasa duduk di tempat duduk penumpang di belakang menaiki Proton Waja Limo dari KLIA ke rumahnya di Subang Jaya, pemandu teksi tersebut membuka pintu dan bukannya membuka tingkap apabila sampai ke plaza tol. Isteri beliau mengikik dan mencuit beliau, Datuk Seri Syed Zainal Abidin bertanya kepada pemandu tersebut adakah power windownya rosak? pemandu tersebut berkata “tidak,”pemandu tersebut berkata kawannya memberitahu,jika kerap menggunakan power window, ianya akan cepat rosak.

Jadi Datuk Seri Syed Zainal Abidin memberikan business cardnye kepada pemandu tersebut dan meminta pemandu tersebut menghubungi telefon bimbitnya jika power windownya rosak,tapi pemandu tersebut belum lagi menghubunginya.

Sesetengah orang berkata “Proton tak bagus” walaupun mereka belum memandunya lagi. dan kami hendak menghentikan pandangan ini. Kata beliau lagi.

p/s: tengah belajar nak memperbaiki mutu penulisan, ok tak?

Hasil carian :

(Visited 3,044 times, 5,301,413)