Pilih laptop atau pc?

Soalan nak pilih laptop atau pc mesti pernah terlintas dalam kepala korang kan? Tambah2 bile budget ada cukup2 nak beli 1 je… Tak tahu nak pilih laptop atau pc.. laptop atau pc. Kadang ada yang merujuk kepada saya, “nak pilih laptop atau pc? “ Well… pada saya… terpulang pada diri masing2… tengok pada penggunaan.. Kadar penggunaan yang macam mana… Pengetahuan penjagaan macam mana… Mungkin fakta dan perincian yang akan saya beri ni dapat membantu untuk anda membuat keputusan samaada pilih laptop atau pc.

laptop atau pc

Mudah alih.

Yang ni satu kelebihan pada laptop atau netbook berbanding dengan pc atau desktop. Mudah diusung kesana ke sini. Macam saya ni, bila kat rumah, saya merokok diluar, kadang tengah mencanak idea nak update blog, atau saya tengah khusyuk mengedit kod atau buat ape2 hal yang berkaitan dengan internet, yang rasanya tak sesuai buat guna handfon, saya bawak laptop ni keluar, buat keje sambil merokok diluar. Tapi harus diingat ya… bab penjagaan bateri.

–  jangan terlalu kerap cas bateri,

–  jangan terlebih cas, bila dah penuh, tutup charger,

–  elakkan cabut charger atau offkan charger semasa bateri belum penuh,

– elakkan cas masa laptop tengah on, eloknya offkan laptop bila charge.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,385)

Upgrade

Ni yang jadi pening kepala bila nak pilih laptop atau pc, masa beli laptop tu rasa cam design laptop tu lawa, laju, terkini, bergaya, bermutu dan macam2 lagila… lepas setahun pakai, rasa cam tak best lak… rasa cam tak cukup laju lak.. rasa skrin laptop baru budak bilik tu lagi canggih, lagi lawa lak… tengok dari sudut mana pon boleh nampak jelas.

Kalau laptop, secara mudahnye… apa yang boleh diupgrade cuma RAM dengan Hard disk je… tu pon.. boleh upgrade amaun je.. sebab.. slot ram laptop ada 2 je… jadi, mungkin 16gb ram jela kot yang boleh dimasukkan dalam sesebuah laptop, maksudnya 2 bijik ram 8gb ram laptop, sebab saya tak jumpa lagi ram laptop yang berkapasiti 16gb sekeping.

Slot harddisk ada satu je… tu pon berapa terabyte maksimum boleh ditampung saya pon tak pastila plak kan… mungkin 2 terabyte?

Berbanding dengan desktop.. pilihan bergantung pada kita… contohnya andaikata hari ni kita pilih untuk beli sebuah pc dengan spesifikasi processor intel i3, ram 8gb, harddisk 500gb, satu lcd monitor 17 inci, standard keboard + mouse. Satu hari dapat duit lebih, rasa nak upgrade pc tu.. nak main game… beli je graphic card, agak2 macam tak cukup power graphic card tu, tukar graphic card tu…

Kalau Ram pulak, kite boleh pilih atau beli motherboard yang ada 4 slot , saya ada terjumpa satu motherboard dengan 6 slot ram dan 8 slot ram!!! Surprised smile. Bergantung pada had yang disetkan pada motherboard dan jenis OS yang korang gunakan… kalau korang guna 32 bit os, biasanya maximum 4gb ram je yang boleh… tapiiiii… kalau dah beli pc dengan i3 dengan motherboard sampai 8 slot ram, takkan pakai OS 32 bit pulak kan? kalau pakai OS 64 bit.. apa yang saya tahu, windows 7 boleh tampung sehinggan 192gb ram..(sumber) banyak tak? huhu.. tapi muke korang akan lebih terkejut bila saya cakap yang ubuntu 64bit boleh tampung sampai 1 terabytes Ram (sumber) hehehehe…

Hard disk pulak? mmm… saya tak pasti berapa ketul jumlah harddisk yang boleh masuk, tapi yang pasti 2 biji tu boleh..sbb saya dah buat… hehehe… tapi port SATA tu biasanya ada 4, mungkin boleh pasang 4 kot… apa yang pasti, boleh pasang lebih dari 1.

 

Penyelenggaraan dan baik pulih

Dalam bahasa biasanya maintenance dan repair. Haaa… kat sini yang pentingnya… kena tahu ilmu pengetahuan korang tu sampai mana… macam saya ni dah tentu technician computer, kalau setakat nak tukar harddisk pc atau laptop, tukar ram pc atau laptop tu memang sambil makan kuaci boleh buat (belagak plak tu hahahaha), kalau nak bersihkan kipas laptop pon boleh… setahun skali saya baraikan laptop saya, sebab nak bersihkan habuk2 dan bersihkan kipas kipas laptop dan laluan udara untuk latop tu… kalau tak nanti haba tak keluar… makin pendekla umur laptop tu… korang boleh ke buat? tu la kelebihan pc, banyak ruang dalam pc tu untuk udara merebak. so kepanasan adalah satu benda yang kena dirisaukan bagi laptop dan bukan kerisauan pada pc…

kalau korang jenis menggunakan komputer bagi masa yang lama… mungkin pc lebih sesuai… boleh pasang kipas macam gamba ni

kipas komputer

err… macam melampau la plak sampai macam ni kan? dan korang gak boleh pasang sistem penyejuk processor yang menggunakan air macam ni.

sejukkan processor

klik pada gambar untuk tengok gambar2 lain mengenaik sistem penyejukkan processor.

Kalau rumah korang atau ruang kerja korang tu dalam kawasan ber ain cond mungkin tak jadi masalah, tambah cooling pad pon dah ok dah kot… sebab tu je la pilihan yang ade pon kan?

Laptop Cooling Pad

Jadi tula antara apa yang korang kena nilaikan bila nak ambik keputusan untuk laptop atau pc. Tepuk dada tanya selera.. (kenapa kena tepuk dada ek? tepuk perut tak boleh ke?)

(Visited 6,998 times, 4,600,385)

Hasil carian :

(Visited 216 times, 4,600,385)

idea asal laen, tetibe da jd laen lak…

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, haha…td idea asal aku nk tulis pasal Allahyarham sudirman, ngah dok cr bahan-bahan rujukan pasal arwah, tetibe handphone aku berbunyik, sekali tgk, membe mase kat poli dulu,yg br je menang tempat ke 2 dlm pilih kasih 2, izwan yunus atau yuzwan yunus… pergh… ingat gak membe aku ni kat aku…

Hasil carian :

(Visited 30 times, 4,600,385)