Komisen pertama dari mobicow

Komisen pertama dari mobicow

Alhamdulillah, komisen pertama dari mobicow dah masuk ke akaun paypal saya pukul 3 pagi semalam, lama tak merasa duit dari berblogging nih.

komisen pertama dari mobicow

Tak banyak, tapi cukup untuk bayar 1 dari 3 server saya untuk 1 bulan. Komisen pertama dari mobicow ni nampak tak banyak, tak sampai 10 usd pon, tapi itulah yang bagi motivasi untuk saya berblogging dengan lebih rajin.

Apa benda mobicow ni?

Mobicow adalah satu salah satu platform pengiklanan di blog, tapi untuk mobile je, lebih kurang macam tulah ayat mudahnya, maksudnya, hanya pengguna yang melayari laman web atau blog kita menggunakan telefon je yang akan jumpa iklan dari mobicow ni.

Apa yang best guna mobicow ni?

Bestnya adalah, minimum payout dia adalah usd 5 dan ianya automatik, setiap 15 haribulan. Tapi kita kat malaysia ni akan terima pada 16 haribulan sebab perbezaan masa antara kita dan mereka.

Jadi senanglah kerja kita, mula-mula register sebagai publisher, lepastu pergi ke add site disebelah kiri, isi apa yang patut, pilih jenis ads yang kita nak, yang ni kena banyak membaca sikitlah. copy code dia ke dalam laman web atau blog kita lepastu tunggu dia approve site kita. Biasanya dalam masa 24 jam je.

Kalau web kita dah approve, dah, rileks, teruskan berblog dan naikkan trafik blog je, sebab code dia kita dah masukkan dah tadi.

Sesekali bolehla kita jengah earning kita. Untuk mendaftar sebagai publisher klik sini Publisher

Tu dari sudut publisher, iaitu blogger atau webmaster. kalau bagi advertiser, apa yang best,

Deposit minimum dari usd 5 sahaja, jadi, berbaloi untuk dicuba, kalau tak puas hati, rugi sikit je.

Penerangan lanjut boleh tengok kat http://www.mobicow.com/faq.html

Untuk mendaftar sebagai advertiser, klik sini Advertiser

Nota kaki: ada pihak yang tak senang hati dengan blog-blog yang dipasang iklan, katanya blogger malaysia miskin, siap bandingkan antara blogger malaysia dengan luar negara. Jawapan saya, saya dah berblogging lebih dari dari 5 tahun, banyak yang saya tempuhi yang dia tak tahu. Janganlah kerana 1 blog buat taik, semua blogger ko nak marah, ni punca pendapatan kami, ko ada punca pendapatan sendiri.

Hasil carian :

(Visited 125 times, 4,591,164)

kata ganti nama diri dalam berblogging

kata ganti nama diri dalam berblogging

kata ganti nama diri dalam berblogging ni maksud saya secara mudahnya bahasakan diri lah.

Saya bahasakan diri saya dalam berblogging ni sabagai saya, kadang-kadang aku, jarang-jarang guna gua, penah guna along, tak pernah lagi guna admin.

kata ganti nama diri

Kalau blogger lain, macam-macam kata ganti diri  yang di gunakan untuk membahasakan diri mereka. Ada blogger guna gua, ada blogger guna nama timangan,macam ely, aina, abang yen, mamat, nama samaran macam kb, bl, hb, nama manja, macam adek, baby, sado, cici, kaka, wiwi dan macam macam jenis lagi la.

Ada ramai juga blogger guna ganti nama diri sebagai admin. yang ni saya tak pernah cuba

Dan saya guna ganti nama diri kedua yang merujuk kepada pembaca blog ni sebagai anda, korang, tuan-tuan dan puan-puan, uallzz… dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan.

menunjuk

Kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada pihak yang di gambarkan sebagai beliau, mereka, diorang, ia,depaorang(bahasa adik saya masa dia kecik-kecik dulu) dan lain-lain lagi mengikut keadaan.

kata ganti nama diri

Sebenarnya dalam blogging, tak kisah pon kita nak guna apa, yang penting, apa yang cuba disampaikan tu, sampai kepada penerima.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,164)

Sebab setahu saya tak ada format dalam menulis blog. Jadi tak kisah nak bahasakan diri sebagai apa pon, tiada siapa nak marah, tapi seelok-eloknya janganlah guna perkataan yang kasar.

Nak kata salah tu tak tahulah, nak kata tak salah pon… entahlah.. cuma takut ada yang tersinggung dengan ayat kita tu, takut terbawak ke tindakan undang-undang pulak.

Kadang-kadang penggunaan kata ganti diri dalam penulisan blog boleh mencuit emosi pembaca dan membuatkan pembaca blog lebih bersungguh-sungguh nak tahu ayat-ayat yang seterusnya.

Dipendekkan cerita, tak kira apa pon perkataan yang kita gunakan untuk membahasakan diri kita, membahasakan orang lain, atau merujuk kepada pihak ke 3, ianya tak menjadikan masalah kalau itu yang pembaca blog kita suka dan selesa.

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,164)

P/s: buat pertama kalinya,saya buat entri macam cikgu sekolah rendah… Huhuhu

Hasil carian :

(Visited 129 times, 4,591,164)

Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1973 – PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA

Tarikh peristiwa : 2.1.1973(sumber)

malcom

gambar hiasan oleh google :p

Wanita di negara ini memainkan peranan di dalam pelbagai lapangan. Kegiatan ini sudah pasti akan mempercepatkan lagi guna tenaga penuh di dalam pelbagai bidang di negara ini. Salah satu bidang yang agak mencabar yang diceburi oleh kaum wanita ialah bidang ketenteraan. Pada hari ini 2 Januari 1973, seramai 33 orang wanita telah diambil berkhidmat dalam pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia. Pengambilan anggota wanita yang pertama ini telah dijalankan di Pulau Pinang. Para anggota pasukan wanita ini menjalani kurikulum latihan yang sama dengan anggota lelaki dan telah berjaya menunjukkan kemampuan melaksanakan latihan yang telah diberi. Kejayaan yang ditunjukkan anggota-anggota di peringkat awal ini telah mendorong pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menambah pengambilan anggota wanita yang mana pengambilan kedua di KD SRI KLANG pada 11 Januari 1973 seramai 50 orang anggota wanita telah diambil. Di atas kebolehan yang ditunjukkan pada 1 Januari 1974, seramai 20 orang anggota wanita simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diserap untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam TLDM selama tempoh tiga tahun. Kesemua mereka bertugas di Cawangan Komunikasi sebagai Radio Operator dan Teleprinter Operator. Jelas kepada kita peranan wanita di negara ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai bidang, sesuai dengan usaha-usaha Kerajaan menggalakkan guna tenaga penuh rakyat negara ini dalam pelbagai lapangan pekerjaan.

Hasil carian :

(Visited 231 times, 4,591,164)