Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

ni nak cerita la kan… tadi saya nak g kedai, lalu depan satu rumah, kiranya rakan sekerja la. Pastu teringat yang dia apply nak pindah tempat kerja. Dia cerita ngan kawan-kawan yang lain, sebenarnya dia taknak pindah, tapi laki dia suruh, haaa… masa tu la saya terfikir yang kenapa orang dulu boleh tahan lama.

Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

Jap… korang fikir apa bila baca tajuk kenapa orang dulu boleh tahan lama? Mesti fikir tahan lama yang tu kan? yang bab malam jumaat tu kan?

tahan lama

Memang la betul orang dulu anak ramai… macam adik beradik mak saya, 13 orang… tapi saya tak sempat tanya arwah nenek saya sama ada atuk saya tu tahan lama ke tak. hahahaha.

Tapi untuk tidak mengecewakan korang, saya bagi ni… Rahsia menambat nafsu isteri

Jangan kata abang long tak payung ok?

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 368 times, 4,598,697)

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, boleh ke tak boleh? mustahil ke tak mustahil nak jadi isteri yang baik tapi tak pandai masak?

tak pandai masak

Sebelum anda teruskan membaca,harap maklum yang entri ni agak “terbuka”. dan entri ni adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman peribadi saya. mari kita kembali kepada tajuk ni.

Sebenarnya pandai masak bukanlah satu kemestian untuk jadi isteri yang solehah, baik, cemerlang, gemilang, terbilang dan ang ang yang lain. Sebab memasak adalah satu perkara kecil untuk membahagiakan suami. Tapi boleh memberi impak yang besar

Selain dari memasak, banyak lagi benda yang penting yang perlu anda buat untuk jadi isteri yang baik. sesungguhnya jadi isteri pon satu tanggungjawab yang besar juga.

Selain dari memasak, seorang isteri kena senangkan hati suami, siapkan pakaian dia untuk dia pergi kerja, baju, seluar,singlet,blazer,  seluar dalam, stokin, kasut dan segalanya. Orang laki ni kalau ada orang setlekan benda remeh untuk dia, dia sangat senang hati.

Kalau dia jenis cerewet, cuba fahamkan dia. elakkan dari benda yang dia tak suka. kalau dia tak suka rumah bersepah, kemas, dan apa-apa jelah.

Lepas tu, walaupun anak dah sampai penuh satu mpv sekalipun, cubalah jaga badan mengikut citarasa suami, kalau dia suka yang keding, kedingkan badan anda, kalau dia suka yang chubby, jadikan badan anda badan chubby.

Kalau dia suka yang punggung besar, besarkan punggung anda, kalau dia suka yang berdada besar, besarkan dada anda.

Semua tu tak mustahil dah zaman sekarang ni, produk kesihatan banyak, contact dayah,cerita apa yang anda inginkan, mintak nasihat dari dia. InsyaAllah dia boleh tolong.

Bila dia balik kerja, cuba untuk sambut dia dengan senyuman, kecantikan dan air instead of keep watching your favourite tv programme.

Dan pastilah keperluan “yang tu”. saya ingat lagi kata-kata penceramah masa saya kursus kahwin dulu. “lelaki ni kalau malam tu dia tak dapat, kereta depan tak gerak bila lampu hijau pun di hornnya, padahal lampu hijau tu baru menyala satu saat. Tapi kalau malam tu dia dapat, orang langgar kereta dia pun dia boleh keluar slow talk baik-baik, silap-silap dia pulak kata tu salah dia sendiri

Sesungguhnya selain dari masakkan, seks dalam rumah tangga juga satu benda kecil yang boleh memberikan impak yang besar, bila suami tak dapat, dia boleh stress lain macam, jadi kalau suami mintak, cubalah untuk bagi, seboleh-bolehnya cuba puaskan suami. elakkan bagi alasan. kang kalau dia carik lauk kat luar lagi susah

Cuba rapatkan anak dengan ayahnya, suami akan gembira kalau anda boleh buat macam tu sebab orang laki ni tak berapa pandai nak mulakan tunjuk kasih sayang dia.

Ok, kalau anda tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, belajarlah, sebenarnya isteri saya pun dulu tak pandai masak, tapi dia rajin google resepi. Dia cuba buat, kadang jadi, kadang tak jadi. Kadang sedap, kadang tak sedap, tapi dia usaha untuk perbaiki.

Masa sebelum kahwin dulu dia memang dia tak pandai masak,dan dia tak berapa nak belajar masak. Tapi… saya jatuh cinta ngan dia sebab masakan dia, masakan yang simple, tapi disebabkan masakan yang simple tulah buat cinta terbit di hati (umak aih ayat…)

isteri yang baik

Saya bukanlah orang cerewet bab makan, sebab saya bukan datang dari keluarga yang senang, tapi saya suka makan. Kadang datang ngade-ngade saya teringin nak makan apa-apa, saya cakap kat isteri saya, nanti terus dia google resipi. Nanti kalau bahan yang diperlukan untuk memasak tak ada, dia suruhlah saya pergi kalau saya nak makan

Internet kan ada, internet kan dunia tanpa sempadan, nak resipi masakan korea?nak resipi makanan jepun? resipi western suma ada.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,697)

Kelas masakan dah merata sekarang kalau anda ada masa, kolej komuniti antara yang saya tengok selalu buat kursus masakan dan macam-macam kursus lagi.

Tapi orang akan kata anda hebat jika suami terasa bila anda tiada, maka dengan itu, anda tak perlu dah nak risau suami anda cari perempuan lain sebab tu tandanya dia dah bergantung pada diri anda.

So tak pandai masak bukan alasan yang menghalang anda untuk jadi isteri yang baik, banyak lagi aspek yang anda perlu buat dan jaga. Tapi kalau pandai masak, tak perlulah ada perempuan lain yang masakkan untuk suami, jimat pon jimat kan?

Hasil carian :

(Visited 339 times, 4,598,697)

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Saya pun tak faham kenapa lelaki susah nak faham perempuan? Sebab saya pun tak faham. Hahaha…

Hari tu saya dah cerita kenapa lelaki susah nak minta maaf, hari ni saya nak cerita kenapa lelaki susah nak faham perempuan.

lelaki susah nak faham perempuan

Well… Pada fitrahnya, memang lelaki tak akan faham akan perempuan. Macam saya cakap haritu la… Lelaki dan perempuan tak akan sama.

Lelaki tak akan faham kenapa perempuan sama perempuan mesti nak peluk-peluk… Laga-laga pipi, cium-cium pipi, cium-cium mulut (eh ada ke?).

Lelaki tak akan faham kenapa bila lelaki sama lelaki bila pegang tangan nak melintas jalan, orang akan kata gay. Tapi bila perempuan sama perempuan pegang tangan nak lintas jalan, tak ada pula orang kata lesbian.

Korang(perempuan) pernah terfikir tak kenapa? kalau korang dapat huraikan kenapa lelaki tak boleh buat macam tu, bagus. Korang dah tak perlu baca lagi dah entri ni. Korang pergi tengok link-link menarik kat bawah ni pulak.

Dan kalau korang (perempuan) tak boleh nak huraikan sebab kenapa lelaki tak buat benda macam tu. Korang yang sebenarnya tak faham lelaki. Isu kenapa lelaki tak faham perempuan adalah kerana perempuan tak faham lelaki.

Sebenarnya korang yang tak faham lelaki tu dan korang sebenarnya nak lelaki tu yang ikut kehendak korang. Korang nak lelaki tu mengucapkan ayat-ayat cinta padahal lelaki sebenar tak ucap ayat-ayat cinta, diorg luahkan melalui perbuatan, diorg ambil berat pasal korang, diorg jaga korang. Bagi apa yang korang perlu mengikut keperluan korang dan kemampuan diorg.

Lelaki yang mudah luahkan ayat-ayat cinta ni yang korang kena elakkan. Sebab apa? Sebab diorg ni bak kata orang “menanam tebu dipinggir bibir” ayat dia manis je. Entah ikhlas dan jujur entah tidak.

Instead korang merungut kenapa lelaki susah nak faham korang, baik korang fahami perangai lelaki tu sendiri. Dan benda tu akan patah balik kat korang, lelaki tu akan cuba belajar untuk faham korang pulak.

Hasil carian :

(Visited 986 times, 4,598,697)

Cara pikat perempuan ?

pikat perempuan

korang kenal mamat? seorang blogger muda yang dah menjana pendapatan beribu ringgit sebulan dari blogging. Tapi tadi mamat tweet saya, broframestone,alya dan my ravea mintak tolong ajar cara pikat perempuan hahaha… cam nak gelak lak baca, ape kes lah mamat ni…

To be honest mamat, aku ni playboy, haha… tapi tu bila xde steady relationship atau belum kahwin,tapi… sekarang ni saya dah kahwin 2 kali :p,tapi bukan bermakna saya ada 2 isteri ye… sorg je… yg dulu tu gagal..

Ok, first skali saya cerita pasal pengalaman saya n wife saya sekarang, percaya tak yang kitorg ni xpenah pon declare couple, saya tak pernah pon luahkan perasaan kat die secara lisan, tapi kitorg ni mmg rapat. parent die pon tau pasal hubungan kitorg.

Kalau kite nak kat seseorang tu, tak semestinya kita nak kena luahkan secara lisan, amek berat, tolong die ke, macam2 cara boleh buat.

Ok, meh abang long bagi tips sikit camne nak pikat perempuan ye?tapi ni semua tips asas.

Memula skali, korang kena la berkenalan ngan perempuan tu, maksudnye korang tau nama,umur, JANTINA, mana tau die bukan betul2 perempuan, sia-sia je… nombor telefon. itu first level.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,697)

Pastu peringkat kedua, kena tau dia ni dah ada boyfriend ke belum, tanya je die, tapi korang kena selidik sendiri betul ke die takde boyfriend…

peringkat ketiga, rapatkan hubungan, rajin2 la sms, call die bila die free,bukan bila ko free, tapi bile die free, perkara paling senang nak tackle die, tanya khabar, die, sihat ke tak, dah mandi ke belum, dah makan ke belum, makan ape, minum ape(take note apa yang die selalu makan, next time korg date dengan die, korg boleh tunjuk kegentleman korg dgn tanya dia,dia nak makan apa yang die sll makan ke? die akan rasa terharu kerana korg ambek berat psl die), pakai baju ape, warna apa(boleh tau die suka kaler apa).

pikat memikat

peringkat ke 4, ajak die keluar, seelok-eloknya pegi makan la… bawak die g jln2, lagi gentleman kalau korang amek die dari rumah, tapi kalau korang dalam proses nak kenal die, xyah la amek dari rumah. jumpe terus kat tempat spesifik je… ajak die g jln2 kat shoping kompleks, supaya korg ada banyak aktiviti dan ada masa untuk berkenalan. kalau rasa2 memang serasi, senang la keje… kalau tak serasi, payah sangat nak memahami satu sama lain, cuba untuk memahami,tapi kalau tak serasi, better tak payah nak rapat sangat la…

peringkat ke 5, kalau rasa serasi, maknanya 70% korang dah dapat memikat die.. level ni adalah level nak tau die dah on untuk terima korg ke belum, cuba kenal kehidupan peribadi die, kalau die dah bersedia nak menerima korg untuk hubungan yang lebih serius, semua dia nak share ngan korang… memang die nak korang amek tau pasal die… kalau die xnk share, die mungkin bukan milik korang.

tapi macam saya nyatakan tadi,ni tips asas, bukan dijamin 100% berkesan, 60-70% mungkin berkesan, sbb perempuan pon manusia, rambut sama hitam,hati lain2 kan? tapi cara macam ni banyak la saya guna dulu.. hahaha…

Kalau ada masa, jom kita singgah blog personal Deeb

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,697)

Hasil carian :

(Visited 3,073 times, 4,598,697)