Tutorial cara guna google drive

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, kali ni saya nak kongsi tutorial cara guna google drive. Tutorial ni saya cipta lepas saya diupah oleh seorang client saya yang mintak saya ajar dia cara guna google drive.

Asalnya dia mintak ajar cara nak buat google drive, tapi saya kata google drive tak payah nak buat, setiap akaun gmail dah memang dapat google drive dah.

Mesti ramai yang tak tahu, terutama para pengguna android yang mereka ada 15GB ruang storan percuma di internet yang disediakan oleh google melalui akaun gmail mereka yang dipanggil google drive.

tutorial cara guna google drive

Ade ke?” ye, ada… anda semua guna telefon yang menggunakan anda kan? tak kisah lah brand apa sekali pun (kecuali apple/iPhone), samsung ke htc ke asus ke huawei ke lenove ke xiomi ke redmi ke cap ayam ke cap itik ke cap angsa ke, asalkan android, pastinya anda ada gmail.

“mana awak tau saya ada gmail?” Continue reading

Hasil carian :

(Visited 447 times, 4,597,339)

Cara senang backup bookmark mozilla

Cara senang backup bookmark mozilla

Saya dah lama nak buat entri pasal cara senang backup bookmark mozilla ni, bukan setakat backup bookmark, dengan cara ni, kita boleh backup bookmark, history, add-ons dan seperti yang korang boleh tengok kat bawah ni.

cara senang backup bookmark mozillaMacam saya cakap tadi, dah lama nak tulis artikel pasal cara senang backup bookmark mozilla ni, tapi saya rasa macam, tak perlu, sebab saya ingat tak ada orang nak ambil peduli pasal benda ni.

Hinggalah satu hari, si gadis, tak, mak orang yang lekat lekit ni tanya kat group whatsapp, cara senang backup bookmark mozilla. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 88 times, 4,597,339)

Guna whatsapp di komputer atau laptop

Guna whatsapp di komputer atau laptop

Kini anda sudah boleh guna whatsapp di komputer atau laptop anda dengan mudah tanpa install apa-apa software pon.

Semalam, lepas saya restart telefon sebab ada aplikasi yang hang, google play secara automatik update app di telefon saya lepas restart tu.

Salah satu aplikasi yang diupdate adalah app whatsapp.

Lepas dah update,saya tergerak hati nak baca apa update terbaru pada whatsapp ni.

Terbeliak biji mata dan tersenyum dengan perasaan teruja tengok penerangan diberi.

Maknanya lepas ni boleh la guna whatsapp di komputer atau laptopla… takdela risau sangat kalau bateri dah kong kan?

Tambah-tambah orang yang asyik menghadap komputer ni, bosan dengan komputer pon hadap jugak, tak lah terlepas notification whatsapp.

Jadi, macam mana nak guna whatsapp di komputer atau laptop ni? Senang je… bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. komputer atau laptop yang ada sambungan ke internet.
  2. Smartphone anda yang anda selalu guna untuk whatsapp, juga perlu ada sambungan ke internet.
  3. kerepek ubi pedas.

Ok, langkah seterusnya.

1. Buka laman web web.whatsapp.com menggunakan komputer atau laptop atau netbook atau papan batu anda. Dia keluar macam ni kan?

whatsapp di komputer

2. Sekarang, ambil handphone smartphone korang dan buka whatsapp, tekan butang menu dan tekan butang whatsapp web macam kat bawah ni Continue reading

Hasil carian :

(Visited 664 times, 4,597,339)

Virtualbox – komputer dalam komputer

Alkisahnya nak cerita pasal virtualbox ni bila ada rakan sejawatan tak tahu ape benda virtual box tu, xpela… saya dulu pon tak tahu gak… bila sorang sifu ni asyik sebut virtual machine je.

Saya google la apa benda virtual machine tu, dan salah satu software popular bagi menghasilakan satu virtual machine ni adalah virtualbox ni la.

Maksud virtual machine pulak, maknanya mesin maya, maksud lebih jelas lagi, satu komputer maya, atau senang cakap, kita buat satu komputer dalam komputer kita. Kat bawah ni contoh ubuntu dalam windows saya

ubuntu dalam windows

Contohnya macam ni, kitorg bincang dalam group whatsapp hari tu, pasal internet slow, tahap siput khinzir punya slow, saya tunjuk la saya tengah update ubuntu saya, ok je.

Sorang kawan cakap , nak gak pakai ubuntu, tapi malas nak buat dual boot, nanti bila nak guna windows, kena boot balik, pastu bila nak pakai ubuntu, kena boot balik. Saya cakap yang saya guna ubuntu dalam windows, guna virtualbox.

Sebagai seorang yang guna linux vps, saya perlu biasakan diri saya dengan linux, dah banyak kali dah saya ranapkan ubuntu saya, nasib baiklah guna virtual box ni, bila ranap, buang je terus, install yang baru. Jahanamkan lagi, buat lagi. hehehe

Dengan adanya dropbox, jimat sikit, kita boleh cuba bermacam-macam jenis sistem operasi tanpa perlu banyak komputer, kalau kita ada satu komputer yang high performance, lagi bagus, lagi tinggi performance virtual box tu kita boleh buat, tak delah sangkut-sangkut sangat

komputer dalam komputer

Banyak kegunaan virtual box ni, lain orang lain tujuan kegunaan dia, lagi otai, lagi lainlah fungsi dan kegunaan dia. Macam saya, virtual-virtual machine dalam dropbox ni selalunya saya buat sebagai sand box, maksudnya satu tempat dalam tempat lain tanpa mengganggu tempat yang lain. Contoh dunia nyata sandbox ni macam dalam gambar kat bawah ni

kotak pasir sandbox

image dari www.kidkraft.com

dia buat satu kotak, dalam kotak tu ada pasir, untuk budak-budak buat istana pasir ke ape dan kotak pasir atau sandbox ni diletakkan kat belakang rumah ke, kat garaj parking kereta ke kat dapur ke. Maknanya, mereka boleh buat istana pasir tanpa perlu ke pantai, hanya kat rumah, tanpa perlu membawa pantai ke rumah… bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai, tapi kalau nak buat istana pasir, tapi tak berani buat rumah ditepi pantai, kita buat sandbox.

Kalau anda jenis orang yang lebih selesa dengan dua monitor macam saya, dropbox ni boleh disetting berapa monitor yang kita nak guna. ada settingnya.

setting monitor komputer dalam komputer

dipendekkan cerita, virtual box ni sama macam komputer biasa, cuma ianya maya.

Hasil carian :

(Visited 261 times, 4,597,339)