beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

Camne nak start e? oklah.. dipendekkan cerita, adalah sorang kawan ni tanya apa beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ni? susah tul nak cerita seeeeesimple yang mungkin. so saya dapatla idea ni… harap dapatlah membantu die memahami ape beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ni.

beza antara subdomain , addon domain dan parked domain

ok… seperti yang anda boleh tengok dalam gambar diatas, apa itu subdomain ni… subdomain ni maksudnya satu url yang menggunakan domain anda yang dah sedia.

ok.. penjelasan yang lebih jelas, saya ada 1 folder lagi dalam alongxp.com, dan dalam tu saya menggunakan cms coppermine untuk memaparkan gamba2. oleh kerana saya takde budget dan takde idea nk beli domain. so saya gunakan nama folder tu untuk pelawat mengakses galeri tu.

so takde modal diperlukan untuk proses ni sebab kita menggunakan domain yang dah sedia ada je…

 

addon domain

di atas ni pulak pasal addon domain ye…

addon domain ni maksudnye kite just tambah domain… hosting masih lagi 1 je… kalau tengok pada gamba kat atas ni, konsepnye lebih kurang sama ngan subdomain, kite buat satu folder dalam hosting kita, kita buat satu lagi website dalam folder tu. tapi kali ni kita guna domain lain.

so kos kat sini adalah 1 domain, harga domain boleh rujuk kat sini harga domain

maksudnya kita ada 1 hosting, 2 domain atau lebih, 2 website atau lebih

 

 

parked domain

Ok, ni bahagian terakhir dalam beza antara subdomain , addon domain dan parked domain.

yang kat atas ni pulak parked domain ok? maksudnya domain ni untuk pergi ke satu domain yang lain. biasanya company lah yang banyak guna cara ni… mungkin dulu die guna nama dia sebagai url, contohnya azham.com , lepas setahun syarikat menjual alatan memancing tu beroperasi, azham pon membesarkan syarikat sendiri dan mengeluarkan alatan memancing jenama sendiri iaitu jerung itam, jadi dia nak tukar url website dia dari azham.com kepada jerung-itam.com, tapi oleh kerana dia baru je dapat business card yang dia tempah 2 bulan lepas dan masih menggunakan url azham.com. dia dah risau nanti orang masuk website azham.com jumpe page not found lak… so die buat parked domain. so bila orang masuk azham.com pon, die terus ke jerung-itam.com.

so… anda dah faham beza antara subdomain , addon domain dan parked domain ? ada soalan? sila ajukan kat ruangan komen kat bawah ye…

kepada azham… sori terguna nama ko sbg contoh… tetibe teringat kat ko lak… hahaha

Hasil carian :

(Visited 165 times, 4,599,139)