Tips photoshop buat tulisan dipermukaan

Idea nak kongsi tips photoshop buat tulisan dipermukaan ni timbul masa buat entri bloglist berkategori hari tu. Kalau tengok entri tu ada gambar ni

sign board bloglist

Seolah-olah tulisan tu dibuat dari kayu dan ditampal kan? kalau tengok kat featured image post tu pulak, macam ni.

 

bloglist

Macam di ukur pada kayu tu pulak kan? hakikat sebenarnya dengan bantuan kedai gambar atau dalam bahasa banjarnya photoshop jadilah ia begitu. Gambar asal macam ni.

papan tanda kayu

papan kayu

Jadi macam mana nak buat ada tulisan di permukaan kayu tu? Ni lah saya nak kongsi tips photoshop tu. Senang je sebenarnya… Mula-mula sekali kita bukak gambar papan tanda kat atas tu di photoshop. Kat sini saya demo menggunakan photoshop cs 5

edit papan tanda photoshop

nampak kan kat situ cuma ada 1 layer je? ok, sekarang ni, tekan butang text tool, yang bentuk T tu.

text tool photoshop

Lepas korang dah tekan text tool tu, bawa cursor ke tengah papan tu, jangan runsing pasal kedudukan, align, saiz font, font color apa semua, itu kita peningkan kepala kejap lagi ok? bila dah bawak cursor ke tengah papan, kita klik, dia akan jadi macam ni rupa dia

text on wood photoshop

Bila dah keluar macam tu, kita taip teks yang kita nak diatas permukaan kayu tu, macam sekarang ni, saya nak taip perkataan www.bloggerlelaki.com sebagai penghargaan sebab dalam widget sidebar orang yang paling rajin komen, dia atas sekali, walaupun ada yang lain yang rajin komen kat blog ni. Nak bagi hadiah, earning ciput, jadi saya hadiahkan entri tips photoshop ni je la. hehehehe

komen paling ramah

 

maka dia akan jadi macam ni.

tulisan diatas permukaan kayu

 

Bukan macam tu yang korang nak sebenarnya kan? bukan tulisan tu kan? tak jadi warna kayu kan? jangan risau… kita tak nak guna pon warna tu, tapi korang kena tukar font kepada jenis font dan saiz yang korang nak.

Tips photoshop untuk tukar font:

Tekan butang ctrl dan a untuk highlight kesemua teks tadi jadi macam ni.

highlight text photopshop

lepas tu pilih font dari drop down menu di bahagian ini

set font photoshop

 

Tips photoshop untuk set saiz font :

sama juga macam tadi, highlight teks kita tadi, dan pilih saiz di drop down menu di sederet dengan pilih font tadi

set font size photoshop

kalau korang rasa font tu tak cukup besar, saiz yang ada dalam drop down tu sampai 72 je? jangan risau… ni pon salah satu tips photoshop gak, korang boleh taip saiz besar mana yang korang nak, asalkan ianya tak melebihi 1296 pt

tukar saiz manual

dah dapat font dan saiz yang korang nak? ok, ni lah trick atau tips photoshop nya tu. sekarang klik pada Select dan pilih Load Selection macam yang saya tunjuk dalam gambar ni.

select load selection

Bila keluar kotak macam kat bawah ni, tekan je ok.

load selection ok

Dan korang boleh tengok tulisan tadi akan jadi macam ni.

tulisan select blogger lelaki dot com

Bila dah jadi macam tu, jangan diusik tulisan tu, sekarang ni, klik pada layer papan tanda kayu tadi.

pilih layer dalam photoshop

Lepas tu pergi pada menu Edit dan klik Copy atau tekan butang ctrl dan c pada keyboard anda. ini shortcut yang kalau boleh hafalkan, untuk memudahkan kerja dimasa akan datang

Lepas tu tekan je ctrl dan v atau Edit  dan klik Paste

Tulisan tadi dah tak ada garis-garis bergerak tu kan? Perasan tak yang kat layer tu ada bertambah satu lagi layer?

paste dalam photoshop

Tulah hasil kita paste tadi, sekarang langkah seterusnya, pada layer teks kita tadi, kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni.

hilangkan layer dalam photoshop

Ah sudah… hilang terus tulisan tu ye? jangan risau… Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu… dah nama pon trick atau tips photoshop kan? hehe

Penat? kita rehat dulu la ye? kita sambung di entri Tips photoshop buat tulisan dipermukaan ni pulak

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,549 times, 4,595,034)

Hasil carian :

(Visited 276 times, 4,595,034)