Antara 10 orang yang mati pada ulangtahun kelahiran

Antara 10 orang yang mati pada ulangtahun kelahiran

1. Betty Friedan (4 Febuari 1921 – 4 Febuari 2006):

Betty Friedan

Seorang aktivis feminisme Amerika terkenal dan seorang pengarang terkenal bagi “Mystique The Feminine”, Betty Friedan adalah satu nama yang disanjung dalam masyarakat Amerika. Gadis bijak ini adalah presiden pertama bagi “Pertubuhan Kebangsaan bagi Wanita” dan penyumbang utama dalam membawa wanita kedalam arus perdana masyarakat Amerika. Tepat pada ulangtahun kelahirannya yang ke 85, beliau meninggal dunia dirumahnya di Washington D.C akibat kegagalan jantung konsegetif.

 

2. Bunny Austin (26 Ogos 1906 – 26 Ogos 2000):

Bunny Austin

Satu imej ionik bagi sejarah tenis british. Henry Wilfred “Bunny” Austin sangat dikenali sangat dikenali sebagai pemain tenis pertama yg memulakan trend memakai seluar pendek semasa pertandingan. Austin dan Fred Perry bersama2 menyumbang bagi kemenangan untuk pasukan British dalam piala Davis selama 3 tahun berturut-turut(1933-1935). Beliau juga merupakan pemain lelaki British pertama yang sampai ke peringkat akhir di Wimbledon. Henry Wilfred “Bunny” Austin mati dirumah penjagaan pada ulangtahun hari lahirnya yang ke 94.

 

3. Michael Aris (27 Mac 1946 – 27 Mac 1999):

Michael Aris

Suami kepada pemenang anugerah Nobel ahli politik burma, Aung San Suu Kyi, Michael Aris menjadi terkenal selepas menulis beberapa buku mengenai agama Budha dan meneroka beberapa budaya tersembunyi ceruk Himalaya, Bhutan dan Tibet. Beliau juga pernah mengajar sejarah Asia di Kolej St. Antony’s, Oxford. Selepas bertarung sekian lama dengan penyakit kanser prostat, Michael Aris akhirnya meninggal di Oxford, United Kingdom pada ulangtahun kelahirannya yang ke 53.

 

4. FDR, Jr. (17 Ogos 1914 – 17 Ogos 1988):

Franklin_Delano_Roosevelt_Jr

Franklin D. Roosevelt, Jr adalah anak kepada Presiden Amerika ke 32 Franklin D. Roosevelt, Sr., beliau dikenali sebagai ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai ahli kongres negara itu dari 1949 hingga 1955. Selain dari sumbangan utama dalam politik Amerika, Beliau juga diingati sebagai pegawai Tentera laut pada Perang Dunia ke 2 yang mana Franklin D. Roosevelt, Jr telah menunjukkan keberaniaanya semasa peperangan di Casablanca. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di hospital New York komplikasi kanser paru-paru.

 

5. Ingrid Bergman ( 29 Ogos 1915 – 29 Ogos 1982):

 (Newscom TagID: dpphotos018490)     [Photo via Newscom]

Ratu kecantikan semulajadi yang luar biasa dan sangat dikenali sebagai orang yang mengelak dari bersolek tebal seperti pelakon kontemporari, Ingrid Bergman adalah satu bintang Hollywood yang sangat menyinar dan masih dikira sebagai salah satu pelakon wanita terhebat sepanjang zaman. Selepas sekian lama bertarung dengan kanser payudara, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada ulangtahun kelahirannya yang ke 67 di London.

 

6. Norman Haworth ( 19 Mac 1883 – 19 Mac 1950):

Norman Haworth

Seorang ahli kimia british dan seorang Profesor Kimia di Universiti Birmingham, Norman Haworth telah dianugerahkan Hadiah Nobel 1937 dalam Kimia kerana telah melaksanakan penyelidikan dan penyiasatan mendalam pada kabohidrat dan Vitamin C. Beliau telah membangunkan unjuran Haworth semasa kerjaya mengajarnya dan digunakan secara meluas dalam Biokimia bagi menterjemahkan struktur 3-D gula yang kompleks kepada bentuk grafik 2-D yang mudah. Pada ulangtahunnya yang ke 67, beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Birmingham.

 

7. Ahmad Zahir ( 14 Jun 1946 – 14 Jun 1979):

Ahmad Zahir

Ahmad Zahir sangat dikenali sebagai Godfather bagi arena muzik Afghanistan, merupakan anak kepada Abdul Zahir, pemimpin Afghanistan yang berpengaruh yang juga Perdana Menteri Afganistan dari 1971-1972. Lagu Ahmad Zahir masih dipuja oleh peminat muzik kerana menaikkan emosi semangat, gaya syair, kedalaman budi dan ton merdu. Kerana membalas dendam dasar Kerajaan Marxsis, lagenda muzik ini dibunuh pada umurnya genap 33 tahun.

8. Raphael ( 6 April 1483 – 6 April 1520):

Raphael

Raphael adalah pelukis Itali yang membentuk “the trinity of the great masters of the High Renaissance” bersama Leonardo da Vinci dan Michaelangelo (Macam group ninja turtle je hehe). Lukisan Raphael, “The School of Athens” dianggap sebagai sebagai salah satu lukisan yang paling mengagumkan hingga hari ini. Menurut seorang pelukis terkemuka, Giorgio Vasari, akibat seks melampau, Raphael jatuh sakit dan mati pada tarikh ulangtahunnya yang ke 37 akibat salah rawatan.

 

9.George Washington Carver ( 5 Januari 1864 – 5 Januari 1943):

George Washington Carver

Seorang ahli botani terkenal dan juga seorang pencipta yang mempunyai bakat yang luar biasa, George Washington Carver telah mencapai pencapaian besar dengan melalukan penyelidikan rapi dalam promosi tanaman alternatif kepada kapas. Atas sumbangan besar beliau dalam penyelidikan pertanian, beliau telah dianugerahkan Pingat Spingarn berprestij iaitu NAACP. Pada suatu hari, beliau telah jatuh tangga dan tidak lama kemudian, akibat dari kejadian itu, belaiu mati pada umurnya genap 78 tahun.

 

10.Elizabeth of York ( 11 Febuari 1466 – 11 Febuari 1503):

Elizabeth of York

Anak perempuan King Edward IV(4) England dan isteri kepada Henry VII(7) ini dipuja seluruh murid2 kerajaan beliau kerana sifat pemurah, baik hati dan lemah-lembutnya. Elizabeth of York mempunyai 7 orang anak tetapi hanya 4 yang hidup sehingga dewasa. Beliau mati ketika umurnya genap 37 akubat komplikasi melahirkan anak.

Hasil carian :

(Visited 61 times, 4,600,289)

Multitasking!!!

Mike Uniform Lima Tanggo India Tanggo Alpha Sierra Kilo India November Golf !!! hahahaha… sume aku nk translate jd fonetik, tu lom RAE,pas RAE nnt aku nk concentrate kat Morse Code lak. thn dpan korg akan jumpe bykla titik dan dash kat blog aku nih. Bukan kerana nk kejar callsign 9M, tapi aku suke benda unik,pada aku Morse code tu unik, bukan sume org tau,faham n sanggup blaja.

Ok, balik kepada tajuk asal seperti diatas, Multitasking menurut kata wikipedia bermaksud melakukan lebih dari 1 kerja pada satu-satu masa. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 18 times, 4,600,289)