Bosan dengan komputer

Macam yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni… Blog saya lebih kepada blog geek. Iaitu benda yang melibatkan komputer dan teknologi maklumat. Tapi kalau tgk akhir-akhir ni tak banyak benda berkaitan komputer saya kongsikan. Sebab ada kalanya saya bosan dengan komputer.

Ada kalanya saya nak jadi orang biasa. Bukan “pakar komputer” macam yang orang selalu cop kepada saya walaupun hakikatnya saya jauh sangat nak sampai tahap pakar tu.

Orang lain berani mengisytiharkan mereka pakar, tapi saya tak pernah berani mengaku yang saya ni berani, tambah-tambah ada satu keadaan tu, saya dapati, sebenarnya pengetahuan saya hanyalah lebih sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je dari user biasa.

Kalau nak dinyatakan atas kertas atau nak dibuat portfolio, memang ” . ” kosong, atau mungkin titik je yang ada.

Sebenarnya kalau ada yang nak temuramah saya dan tanya siapa yang mendorong saya untuk hidup dalam dunia komputer, saya macam tak ada jawapan nak jawab.

Yang saya ingat, masa darjah empat, masa saya sekolah kat sekolah kebangsaan polis depot, Saya pernah pinjam buku bertajuk bahasa komputer. Tapi saya tak ingat pun apa isi kandungan buku tu

sk polis depot

bangunan kelas saya ada lagi – hasil carian google

Saya mula berkenalan dengan internet melalui kawan saya yang memperkenalkan saya dengan mIRC, lepas tu saya rajin gakla pergi ke cc untuk berchating, sampai saya tingkatan 4 ke 5 macam tu.

Bila saya dah habis sekolah pun, saya tak pandai sangat lagi pasal komputer, sampailah masa saya tinggal serumah dengan seorang freelancer ni, dan sebelum saya masuk ke politeknik, barulah saya dapat beberapa ilmu asas tentang komputer.

Masa tu internet mahal lagi, dahla mahal, slow pulak tu… oleh kerana saya tak mampu nak melanggan internet masa tu, jadi dengan komputer yang sebahagiannya saya beli 2nd hand, dan sebahagian lagi saya beli ansur-ansur, saya pon godeklah komputer tu, dari pakai casing tower mini, saya pindahkan sendiri ke casing tower.

Masa tu software pirate pakai cd, beli kat kedai komputer atau kat kedai cd game, yang download bukan pilihan utama… jadi bila ada duit, saya beli la cd software, try segala macam software, install winamp pon pakai cd hehehehe

Evolusi pakai cd, ke cdr, ke dvd rom ke dvdrw saya sempat merasa, nak pakai blueray je tak mampu. Masa tu selalula pinjam cd kawan-kawan, pinjam cd game la, cd software la… dan cd yang bukan tatapan kanak-kanak(tu duluuuuuuuuuuuuuuu).

Keje menggodek komputer je… tapi yelah, bila tak ada internet, terhad lah benda nak dibuat, masa tu mula saya belajar photoshop… belajar sendiri je… takde menuntut dengan siapa-siapa pun. Tu yang kadang tak tahu istilah, tak tahu shortcut tu. Bila dah puas super impose gambar, main red alert, lepastu photoshopkan lagi gamba, gamba yang tak cantik, saya cantikkan gambar guna photoshop

Gambar lelaki saya pakaikan baju perempuan, yang perempuan saya… errrr… makeupkan… hehehehe. sampai dah bosan dengan komputer, saya shutdown. Baring…

Bangun tidur, buat apa yang patut, menghadap balik komputer tu, tak tahu apa nak buat, tutup balik.

bosan dengan komputer

Kadang orang ingat hidup saya ni dengan komputer je. kadang saya bosan dengan komputer, nak buat benda lain… tapi dah kerja hakiki pon juruteknik komputer, takkan nak betulkan paip pulak kan?(tapi tu pon kadang saya yang kena buat).

Hasil carian :

(Visited 105 times, 4,593,159)

huh…bosanye idup…

bosan tul rase idup nih….tak best cam sebelum nih… nape? tu yg susah tu,nak cite kang…cam jadi makin susah lak… ape pon…kejadian yg berlaku 2-3 menjak ni banyak menyedarkan aku tentang siapa aku… baru aku nampak salah,silap dan dosa-dosa aku, ape yang indah,ape yang tak…hadoi…nyesal tul la….pertama kali dalam idup aku,aku mengaku aku menyesal,selama ni aku taknak ngaku aku nyesal,sbb selalunya klu aku dah wat silap,aku akan push diri aku utk membaiki kesilapan tu,tp last2 pendirian aku tu makan diri aku sendiri, camne leh makan diri aku sendiri? sbb aku terlalu letak tekanan kat diri aku sendiri, aku terlalu ambik serius tanggungjawab aku, memangla kena amik serius,tapi aku ni terlalu amik serius,sampai aku tak sedar yg aku ni dah terlalu stress…padahal ada jalan dan kaedah yang boleh buat benda tu aku jadikan die mudah…barula aku tau yang aku ni leh tahan degilnye…skang aku kena tanggung sorg2…sendiri… mampu ke? Klu nak ikutkan mmg aku tak mampu,sbb aku ni manusia biasa,tp hikmah dari apa yg terjadi, aku baru sedar yang aku ni hamba Allah,die yang ciptakan aku,so,bila dah camni, aku pon mintakla bantuan dari Nya, walaupun asalnya aku tak nampak dia tolong aku,tapi bila aku baca komen sorg user ni,baru aku faham, Allah takkan bagi apa yang kita nak,tapi dia akan bagi apa yang kita perlukan, Alhamdulillah.. tapi aku harap doa aku makbullah…takde apa yang lebih berharga untuk aku didunia ni melainkan apa yang aku hilang sekarang.

kepada pembaca ni,sapa pon anda, saya minta maaf kalau saya ada wat salah…

Wassalam…

(Visited 7 times, 4,593,159)